Theme Park Hotel, Genting Highlands Penuh Kelainan

by - November 16, 2018

Biasa kalau korang ke Genting Highlands..korang stay kat hotel mana? Baru-baru ni aku ke Genting Highlands dan berkesempatan untuk menginap 1 malam di Hotel Theme Park. Hotel Theme Park ni terletak betul-betul berhadapan dengan The Resort World.

Ruang Lobby Yang Menambat Hati

Melangkah masuk ke ruangan lobby Hotel Theme Park ini, hati memang tertarik dengan dekorasi seakan taman permainan. Ruangan ini pastinya menambat hati si kecil korang! Jadi sementara menunggu giliran untuk mendaftar masuk, anak-anak boleh bermain sambil menghayati pemandangan yang cantik.

Ye wak..kte bawak anak-anak kte yang dah tua ni..hahaha

Bilik Penuh Ceria Dengan Lukisan 3D

Sebenarnya apa yang sangat-sangat buat aku tertarik dengan Hotel Theme Park ni ialah hotelnya dipenuhi dengan lukisan 3D hasil lukisan tangan. Memang sangat cantik dan unik. Di sekitar dinding dan lantai, banyak lukisan yang comel termasuk di dalam lift juga!




Jadi kalau korang datang bercuti seisi keluarga terutama ketika cuti sekolah yang bakal menjelma tak lama je lagi..pastikan korang memilih Theme Park Hotel ni sebagai pilihan tempat penginapan korang!

Hotel Theme Park ini menawarkan 456 bilik sekitar 8 tingkat dan terbahagi kepada 'main wing' dan 'valley wing'. Terdapat juga 4 buah 'honeymoon suite' ditawarkan dengan pemandangan panorama yang sungguh indah dan semestinya romantik untuk pasangan 2 sejoli..



Untuk yang mempunyai anak lebih dari satu, jangan bimbang..korang boleh menginap di 1 bilik je dah cukup sebab bilik di Hotel Theme Park  ni menyediakan 2 buah katil bersaiz 'queen' yang cukup selesa untuk seisi keluarga.


Sebenarnya bilik di Hotel Theme Park ni boleh memuatkan 4 orang dalam satu masa. Hehe..sebab tu cawan yang disediakan dalam bilik ni ada 4 jugak..comel je..


Paling aku sebenarnya dekorasi dalam bilik. Baik dinding bilik mahupun pintu bilik air, semuanya dipenuhi lukisan 3D yang comel-comel. Bak kata omputih..cuteness overload gitooohhh..Aku pasti anak-anak mesti sukakan bilik-bilik di Hotel Theme Park ni.



Selain tu, di bilik ini tidak disediakan almari macam dikebanyakan hotel..tetapi mereka menggunakan ruang dibawah katil sebagai tempat menyimpan bag-bag pakaian, pakaian dan barang-barang keperluan lain. Namun, untuk pakaian yang ingin disangkut, terdapat ruang di sudut dinding. 

Oh ye, punya la comel bilik ni..sampaikan telefon dan ruangan meja makan pun terlampau comel! hahaha..suka sangat!



Tak seperti kebanyak hotel lain, in-house coffee house tidak disediakan di sini kecuali ada grab & go F&B outlet yang dinamakan Eatopia. Di ini ada menjual makanan & minuman seperti nasi lemak dan aneka roti namun tiada tempat duduk disediakan untuk pelanggan.

Jika korang ke Genting Highlands, jom la menginap di Hotel Theme Park. Untuk keterangan lanjut mengenai hotel ini boleh la ke website www.rwgenting.com atau hubungi talian 03-61011118

Last but not least..nah sedikit video untuk tontonan korang..


You May Also Like

2 comments

  1. wow bestnyaaa nak masuk dlm list lah sbb mmg ada plan nk bawak anak2 p GH...!!!

    ReplyDelete
  2. Haah best je bawak anak2 kat sini..mesti diaorg suka

    ReplyDelete