Cannis Bakal Menjadi Bintang Terhebat di NASDAQ

by - October 23, 2018

Ahad lepas sekali lagi aku berkesempatan untuk turut hadir memeriahkan majlis 'CANNIS ~ THE FUTURE STAR OF NASDAQ' yang diadakan di KLCC Convention Centre yang turut dihadiri oleh lebih 3 ribu hadirin.


Pada yang memang follow aku mesti dah pernah baca artikel aku mengenai CANNIS. Bagi yang belum pernah baca boleh la klik link ni ..hehehe..http://www.bebelancikmin.com/2018/08/aplikasi-cannis-gabungan-7-dalam-1.html

NASDAQ

Sebelum aku pergi lebih lanjut, aku nak terangkan sedikit pada korang apa itu NASDAQ? NASDAQ adalah singkatan kepada National Association of Security Dealers Automated Quotation iaitu pasaran perdagangan sekuriti ekuiti berskrin elektronik terbesar di Amerika Syarikat. 

Dengan kira-kira 3,700 syarikat dan perbadanan, bursa ini menikmati jumlah dagangan sejam yang terbanyak di kalangan semua bursa saham di dunia.

Sedikit Tentang CANNIS

Ha..bila korang dah faham apa itu NASDAQ barulah senang aku nak ceritakan lebih lanjut tentng CANNIS pulak. Dan untuk tak memeningkan kepala korang, aku ceritakan serba sedikit tentang CANNIS sebelum aku ceritakan tentang aplikasi CANNIS dan sebagainya..hehe..

CANNIS adalah sebuah syarikat yang mempunyai hampir 100 orang pakar engineer daripada syarikat software di Hong Kong dan Amerika Syarikat.

CANNIS ni bukan calang-calang syarikat tau sebab CANNIS ini diketuai oleh insan-insan hebat di Malaysia seperti Y.A.M Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai Pengerusi CANNIS, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat sebagai Naib Pengerusi, Miss Angle Huang sebagai CFO dan Dato' Dr Azman Ching sebagai Group CEO.

Dato' Dr Azman Ching sebagai Group CEO.

Y.A.M Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai Pengerusi CANNIS telah diiringi oleh Dato' Dr Azman Ching untuk masuk ke dewan.


Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat sebagai Naib Pengerusi

Aplikasi CANNIS

CANNIS telah mencipta sebuah aplikasi gabungan 7 dalam 1 iaitu :
  • Live Broadcast
  • Creative Video
  • E-Dagang
  • Social Media
  • Diskaun untuk membeli-belah
  • Online game
  • Pembayaran online

Bayangkan, dalam masa kurang 2 bulan, aplikasi mudah alih CANNIS ini telah berjaya mengumpul 100 ribu pengguna! Hebat kan? Mana tak nya..korang boleh lakukan banyak perkara cuma menerusi 1 aplikasi sahaja. Senang dan sangat menjimatkan masa.

Sejak awal tahun 2018 lagi sebenarnya CANNIS telah melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama rakan strategik mereka, CANNIS telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di NASDAQ tidak lama lagi. 

Dengarnya Suku Ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk App Store  sebab dikhabarkan jumlah muat turun aplikasi komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebiji 29 bilion, kenaikan 10%. Ha..jadi bagi korang yang berminat untuk mencuba aplikasi CANNIS ni jangan lupa untuk download di Google Play dan App Store..

Menurut Dato' Dr Azman Ching ketika sidang akhbar baru-baru ni, CANNIS juga bakal melancarkan Long TV iaitu sebuah siaran tv yang menyediakan pelbagai channel dan juga 'powerbank station' yang memudahkan pengguna untuk menggunakan powerbank secara sewaan. Ha? Camne tu? Ekekeke..tak sabar aku nak tunggu diaorang melancarkan ini semua.



Bagi korang yang masih mahukan keterangan lanjut dan lebih pemahaman korang boleh lah dapatkan keterangan lanjut mengenai CANNIS ni di :

You May Also Like

19 comments

  1. Info baru utk RV..terima kasih kobgsi cerita cannis ni.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. cannis app ni sekarang banyak popular.. memang bagus kalau bolah jadi bintang terhebat.. bravo!!!

    ReplyDelete
  3. sy follow cik min..jgn lupa follow sy ye..😁

    ReplyDelete
  4. 1st time tau aplikasi Cannis nie.nak kena try install dulu aplikasi nie baru faham kot,tapi yang powerbank station tu macam blur sikit but macam menarik juga..kena tunggu pelancaran lah nanti baru tahu kam.

    ReplyDelete
  5. Menarik juga ek aplikasi ni. Semua ada dalam tu. Tapi satu je soalan saya, ni MLM ke? Hahaha

    ReplyDelete
  6. tahniah Cannis app yang bakal tersenarai di Nasdaq...aplikasi yang cukup menarik dan memudahkan kita

    ReplyDelete
  7. Tak familiar sangat tentang Cannis ni tp nak terjah laman web diorang utk info selanjutnya...apapun kena download apps jugak ni

    ReplyDelete
  8. Wow...akan disenaraikan di NASDAQ. Makin melonjak lah nanti value syarikat ni bila disenaraikan di situ nanti

    ReplyDelete
  9. Tahniah cannis !! Tapi kita hanya kenal namanya je. Kena cari maklumat lebih lagi ni. Tapii yang Powerbank secara sewaan tu menarik la. Tak sabar nak tunggu ni macamana sebenarnya ianya tu

    ReplyDelete
  10. Tahniah Cannis. Hebat betul..dlm masa 2 bulan dah menarik ramai pengguna..lps ni makin melonjak lagi lah..nanti nk suh kawan2 download apps ni

    ReplyDelete
  11. Wah bukan calang-calang Cannis ni kalau dah boleh diapungkan di NASDAQ..nanti nak tengok status Cannis ni. mana tahu kot kot boleh trade kaunter ni plak hehe

    ReplyDelete
  12. byk juga aida baca pasal ni.
    apps yg ada semua 7 perisian tu kan.
    aida ni kurang arif kalau baca sekali lalu jer.
    kena gi google on the apps itself.

    ReplyDelete
  13. cannis ni popular sebab dia ada 7 dalam 1...memang agak kompak kalua bandingkan dengan apps yang sedia ada di pasaran. memang berbaloi org yg muat turun apps ni kan

    ReplyDelete
  14. Macam menarik ni Cannis App..berpotensi utk buat duit online

    ReplyDelete
  15. kiranya dalam cannis ni semua ada la kan?
    So berbaloi la tak yah nak beratkan hp dgn byk2 apps.
    nak beli hp ram besar dan storage besar tggu duit dulu mai hehe
    tp pakai cannis je dah cukup kan.

    ReplyDelete
  16. Wow they really called them self so high level. Well. Is not a bad things. Really looking forward to hear more about them

    ReplyDelete
  17. Sekarang ni, dah ramai orang bercerita tentang cannis ni. Mula tu maCam tak paham juga apa bendanya. Rupanya ianya satu apps baru ye. Dikatakan 7in1 gitu. Mudahnya macam tu dengan cannis ni.

    ReplyDelete
  18. Tahniah CANNIS. Qiss pun salah seorang pengguna aplikasi Cannis ni. Jadi host kat situ. Jangan lupa follow Qiss punya channel tau.

    ReplyDelete