100 Usahawan Jutawan Bakal Kongsi Rahsia Kejayaan di Program Titan Summit 2021

Bertahan ketika berada dalam keadaan sukar di musim pandemik bukanlah sesuatu yang mudah. Berdepan dengan masalah ekonomi yang merundum berbanding sebelum kedatangan pandemik dan menghadapi halangan dari segi jualan menjadikan tahun 2020 sehingga kini adalah tahun mencabar terutama buat para usahawan.


Namun begitu, dapat bertahan dalam keadaan yang penuh cabaran ini juga bukanlah sesuatu yang mustahil jika dada dipenuhi ilmu dan mendapat bimbingan yang betul. Justeru itu, seramai 300 lebih usahawan jutawan sedang 'berkampung' dalam Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual bagi menimba ilmu bersama Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman. 


100 Usahawan Jutawan Bakal Kongsi Rahsia Kejayaan di Program Titan Summit 2021


Siapa Yang Layak Menyertai Program Titan Summit 2021?


Program Titan Summit 2021  khusus bagi usahawan yang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun dalam program mentoring, Titanium. Usahawan-usahawan itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 20 lebih industri di negara ini malah ada dari luar negara.


 

"Usahawan jutawan di RichWorks ini merupakan 'market leaders' yang mempunyai pemikiran, keinginan dan hala tuju sama bagi membina bisnes ke tahap lebih tinggi lagi.

 

"Mereka ini merupakan sebahagian besar daripada 700 usahawan dibimbing RichWorks yang berjaya mencapai jualan terkumpul pada 2020 berjumlah RM2.2 bilion berbanding RM900 juta tahun sebelumnya," jelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman.


100 Usahawan Jutawan Bakal Kongsi Rahsia Kejayaan di Program Titan Summit 2021

 

ICM diadakan selama 3 kali setahun bagi ahli Titanium mendapatkan panduan, strategi, pemahaman dan keadaan masa ini yang diperlukan sesebuah perniagaan terus berkembang serta kehadapan berbanding pesaing lain.


 

Tambah beliau, usahawan jutawan itu bukan saja dibimbing, malah mereka juga dapat membina rangkaian perniagaan antara satu sama lain.


 

"Saya berkongsikan ilmu, strategi dan dapatan berdasarkan ilmu dan kajian terbaru serta pengalaman bagi meningkatkan sesebuah perniagaan bagi 2022.

 

"Mereka bukan hanya diajar soal teori tetapi praktikal bagaimana usahawan jutawan ini boleh 'menang' dan terus menyaksikan peningkatan bagi bisnes pada peringkat ‘growing’ dan ‘expansion’," jelasnya.

 

 

Jelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika membuka program ICM itu, mengingatkan agar semua usahawan jutawan tidak berada dalam keadaan selesa berikutan jualan dan peningkatan yang dicapai pada tahun lalu dan ketika ini.

 

“Ekonomi sekarang sudah mula dibuka dan dijangka Oktober dan November ini, aktiviti akan lebih agresif. Inilah masanya untuk usahawan rebut peluang dan berniaga secara kompetitif.

 

“Jangan cepat selesa, dengan landskap perniagaan masa ini juga membuatkan persaingan lebih sengit dan anda kena bergerak dengan pantas supaya tidak ketinggalan berbanding pesaing lain,” ujarnya.

 

 

100 Usahawan Jutawan Bakal Kongsi Rahsia Kejayaan di Program Titan Summit 2021



Dalam pada itu, beliau memberitahu, dikalangan 300 orang ini, 100 usahawan jutawan  RichWorks akan tampilkan dalam program khas, Titan Summit - 10X Bina Bisnes Berjaya yang terbuka kepada orang ramai khususnya pengasas dan pemilik bisnes secara percuma pada 24 - 26 September ini.


 

“Bagaimana 100 usahawan jutawan ini berjaya harungi cabaran bisnes ketika pandemik dan mereka bakal berkongsikan jatuh bangun, strategi dan tindakan mereka.

 

"Titan Summit ini bagi pengasas dan pemilik perniagaan yang mungkin sudah bertahun berniaga nak berkembang ke tahap lebih seterusnya, yang mahu mengetahui apa perkara betul dilakukan usahawan jutawan ini di samping peluang perniagaan ditawarkan," ujarnya lagi.


100 Usahawan Jutawan Bakal Kongsi Rahsia Kejayaan di Program Titan Summit 2021



Pengasas Azraizat  Global  Sdn.Bhd (King's CKT) Bakal Berkongsi Rahsia


Aizat Zulhailie, Pengasas King's Char Kuey Teow turut menjadi inspirasi. Memulakan kerjaya sebagai BellBoy di Hotel Avillion Port Dickson, siapa sangka kini beliau adalah salah seorang usahawan jutawan yang berjaya di Malaysia dengan hanya mengusahakan perniagaan Char Kuey Teow.


100 Usahawan Jutawan Bakal Kongsi Rahsia Kejayaan di Program Titan Summit 2021


Mengimbas kembali zaman sebelum menemui kejayaan, sekitar tahun 2007-2008, hidup Aizat Zulhailie mungkin sama seperti kehidupan kita sekarang yang masih bertukar tukar kerjaya dari BellBoy ke penghantar pizza di Pizza Hut yang kemudiannya berniaga roti canai dan berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam sekitar Port Dickson.


100 Usahawan Jutawan Bakal Kongsi Rahsia Kejayaan di Program Titan Summit 2021


Namun untuk menjadi usahawan jutawan seperti sekarang bukanlah langkah yang mudah. Bertahun juga cuba membina empayar, sekitar tahun 2011-2013 beliau memulakan King's Char Kuey Teow dengan 3 orang pekerja dan hanya 5 buah meja mampu disediakan ketika itu. 


Lumrah kehidupan, kita akan buat apa sahaja untuk menampung perbelanjaan. Begitu juga dengan Aizat yang ketika itu tidak hanya menumpukan pada bisnes char kuey teownya malah turut membuat beberapa bisnes sampingan. 


Sehingga pada tahun 2014, beliau mula mengikuti  program IMKK anjuran Richworks dan dari situ setapak demi setapak beliau melangkah akhirnya mampu memiliki restoran yang mampu memuatkan 500 pelanggan dalam satu masa.


100 Usahawan Jutawan Bakal Kongsi Rahsia Kejayaan di Program Titan Summit 2021



Pada tahun 2020 walaupun negara kita dilanda pandemik COVID-19 yang menyebabkan kita terpaksa berkurung di rumah dan tidak boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa namun King's Char Kuey Teow mampu mendapat hasil sehingga RM1 juta.


Dari kisah Aizat Zulhailie ini dapat kita simpulkan bahawa berniaga tanpa bimbingan dan ilmu yang betul Insyallah mampu menjana pulangan yang hebat.



Sedikit Tentang Datuk Wira Dr. Azizan Osman


Dr. Azizan seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.




Tentang RichWorks International


Richworks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netfilx' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh Malaysia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program RichWorks adalah :
  • Pengurusan Bisnes
  • Pemasaran
  • Jualan
  • Pematuhan Undang-undang
  • Perakaunan & Percukaian
  • Operasi
  • Kepimpinan
  • Pembangunan diri
  • Pelaburan
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6-24 bulan.

Oleh kerana itu, jangan lupa untuk menyertai Program Titan Summit 2021 yang bakal berlangsung pada 24 sehingga 26 September ini. 

Bagi mereka yang ingin mendaftar, Jangan lupa untuk tekan pautan di bawah ;






Post a Comment

7 Comments

  1. Kalau pergi PD, memang akan cari Kings CKT ni sebab menu dia lain dari lain. Memang sedap. Rupanya anak didik DWDAO juga patutlah sangat hebat.

    ReplyDelete
  2. Bagusnya program ni dibuat secara percuma, indeed dalam masa sekarang ni ramai yg perlu berniaga dan ilmu niaga untuk memulakannya. All the best untuk semua!

    ReplyDelete
  3. Kisah kejayaan sebegini memang sangat mengujakan. Berguru pada yang bijak dan berpengalaman memang membantu.

    ReplyDelete
  4. Wahh bestnya kalau dapat join program macam ni. Sekurang-kurangnya dapat juga tambah ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
  5. bagus ni.. ramai dah dr azizan Bantu mereka dlm meningkatkan keuntungann dlm bisnes..sebab itu kita kena berguru

    ReplyDelete
  6. DAO memang best dan sesuai jadi mentor utk usahawan. Dia punya push sampai kita pun tak sangka kita bleh buat. Titan ni level tinggi. Susah nak jumpa mereka. Mesti syok event ni.

    ReplyDelete
  7. Laaa kita pernah makan di sini dan baru ni ke PD cucuk, nak singgah tapi tutup, tak tau plak dia dr anak didik DAO, tahniah laa.. memang program DAO ni banyak membantu mereka yang berjaya kan..

    ReplyDelete