Cabaran Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari dengan Eucerin

by - March 26, 2018

Ha..meh korang..aku nak share pengalaman aku menyahut cabaran ’EUCERIN 14 DAYS ACNE  CLEAR CHALLENGE’ .

Kisahnya bermula bila aku mendapat e.mail dari pihak Eucerin bagi menyahut cabaran bebas jerawat dalam masa 14 hari dengan Eucerin .Dapat je kiriman dari Eucerin memang teruja sangat. Jadi siap-siap amik terus gambar dengn produk..hahaha..maklumlah memang teruja tahap gaban. Produk yang aku dapat ni namanya Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT.



Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT ni ialah sejenis krim  yang bertindak sebagai pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat yang direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat di samping mengekalkan kelembapan kulit. Sangat sesuai dengan kulit aku yang memang jenis berminyak dan berjerawat ni.





Apa Formula Menghasilkan Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT?

  • 10% Hydroxy Complex, kombinasi 3 ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (Asid Glikolik), BHA (Asid Salisilik) dan PHA (Gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P.acnes dan menanggalkan sel kulit mati.
  •  Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah.
  •   Dexpanthenol yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar
Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT ternyata sangat berkesan untuk mengurangkan jerawat komedon (merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil yang biasanya terdapat di dahi dan dagu)..pendek kata sangat sesuai yang ada jerawat pasir macam yang aku alami.

Cabaran 14 Hari Aku..

Hari pertama aku terima parcel ni memang aku ada sebijik jerawat besar di bahagian kiri muka berdekatan dengan telinga. Jerawat pasir pun banyak tumbuh. Jadi malam tu aku terus sapukan krim Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT seluruh wajah. Oh ye..krim ni pakai malam je tau…esoknya bangun pagi selepas cuci muka aku perasan yang jerawat besar berdekatan ngan telinga aku semalam makin mengecut.

Hari kedua pula, jerawat yang makin mengecut semalam dah betul-betul kering. Itu perubahan pada jerawat besar yang aku nampaklah..pada jerawat halus masih belum ada perubahan.

Masuk hari ketujuh penggunaan..aku perasan yang jerawat halus sekitar dahi mula berkurangan. Bila tengok perubahan macam tu sure la hepi kan..

Hari ke -14 penggunaan..TADAAAAAA…boleh rasa liang pori makin mengecil, jerawat semakin berkurangan dan jerawat halus juga dah segan nak tumbuh. Alhamdulillah ternyata  sahutan cabaran  ’EUCERIN 14 DAYS ACNE  CLEAR CHALLENGE’ sangat berjaya. Syukur kulit dah semakin licin.

Sedikit Tentang Eucerin

Dilancarkan lebih 100 tahun lalu, Eucerin adalah peneraju inovasi dalam sains penjagaan kulit. Hari ini, jenama ini telah menjadi salah satu jenama dermo-kosmetik yang paling dipercayai di dunia, dibangunkan dan disyorkan oleh ahli dermatologi, dengan disokong oleh kajian terperinci.
Menggunakan pendekatan berasaskan sains, Eucerin membangunkan penjagaan kulit derma yang selamat dan efektif dengan menggabungkan manfaat kosmetik dan keberkesanan produk farmaseutikal. Jenama ini membuat pelaburan besar dalam kajian dan pembangunan diikuti dengan ujian-ujian ketat untuk memberikan pengguna produk pemjagaan kulit yang inovatif dan efektif untuk kulit yang sihat di samping memberi penjagaan khas pada kulit untuk sekarang dan di masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin boleh layari mereka di www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.








You May Also Like

35 comments

  1. wow. btul2 berkesan ke.. sy tgh nk hilangkan parut ni.. hmm

    ReplyDelete
  2. Nak kena cuba produk ni. Nak hilangkan parut jerawat. Boleh tak

    ReplyDelete
  3. Patut kulit dah makin cantik skrg. Ini rahsianya ye...

    ReplyDelete
  4. Ty de dengar juga rakan opis de guna yang ni.

    ReplyDelete
  5. Slalu gak tgk produk ni cuma tak penah try lagi..

    ReplyDelete
  6. Ooo. .. Berkesan! Boleh laaa belikan tuk anak sulung kak nina. Dak remaja, jerawat menjadi².

    ReplyDelete
  7. makin cantik jelita la kak min.. huda pun dah try, memang best, suka sangat lembut jer pada muka.

    ReplyDelete
  8. Yanie start pregnt bny betul jerawat naik..lepas pantang leh cuba kalu xbaik lg jerawat ni.

    ReplyDelete
  9. best kan kalau dah jumpa produk yg sesuai dengan masalah muka. macam ekin ni, jerawat segan nak tumbuh tapi kulit ekin jenis kering sangat . huhu

    ReplyDelete
  10. Nak samarkan parut je ni skrg..huhu. Eucerin jenama dipercayai.

    ReplyDelete
  11. I pun ada masalah jerawat. Mungkin boleh juga cuba Eucerin sebab nampaknya sangat berkesan.

    ReplyDelete
  12. Nampak menarik produk ni. Masalah jerawat ni klu bagi sesetengah org mmg susah nak kawal mahupun bentras. Saya pun pernah mengalami masalah mcm tu. Boleh juga dapatkan nanti dan rekemen family serta rakan juga.. menarik ni.

    ReplyDelete
  13. waa alhamdulillah berkesan bila pakai kan! tak pernah cuba Eucerin ni tapi well known brand jugak kan ni..nicee 👍🏿😁

    ReplyDelete
  14. Wow, looks interesting! I always have acne problems, will try to use this brand then! Thanks for the recommendation! Terima kasih! =)

    ReplyDelete
  15. huda suka brand eucerin ni, memang berkesan hilangkan jerawat. berbaloi try

    ReplyDelete
  16. I've been seeing this product but haven't tried it yet. You convinced me to finally try it at once.

    ReplyDelete
  17. Ramai juga yang review produk ni ya. Kita pun banyak jerawat ni, nak kena try jugalah.

    ReplyDelete
  18. Sis saya guna eucerin pro acne solution . Day mat , whitening spf 60 . Dah sebulan jerawat makin naik . Kenapa tu yaa 😅

    ReplyDelete
  19. no wonder ur skin looks different now. so u took up this challenge. perhaps I should buy this as gift to my friend who had been complaining about acne issue

    ReplyDelete
  20. Wow! it looks like it really made a difference to your skin.. looks great!

    ReplyDelete
  21. I have never tried this product and it looks so interesting to try. I will surely check this out.

    ReplyDelete
  22. Looks so promising! Would love to try this new series of acne line from Eucerin!

    ReplyDelete
  23. I can't wait to share my experience too. It seems very effective.

    ReplyDelete
  24. Wah, bestnya kalau dapat hilangkan jerawat. Kena try juga laa.

    ReplyDelete
  25. Saya baru cuba 1 minggu produk proAcne ni..Alhamdulillah.. serasi ngan muka saya..perubahan yg nampak jerawat baru mmg xde naik.. kalau x.. on off ja.. jerawat lama makin kecut.. pipi saya dah xde merah2 bila kena panas.. sbb muka saya jenis kombinasi berminyak & cepat sgt berpeluh.. x sabar nk tggu result lagi 1 minggu.. In Syaa Allah..

    ReplyDelete