Ha..meh korang..aku nak share pengalaman aku menyahut cabaran ’EUCERIN 14 DAYS ACNE  CLEAR CHALLENGE’ .

Kisahnya bermula bila aku mendapat e.mail dari pihak Eucerin bagi menyahut cabaran bebas jerawat dalam masa 14 hari dengan Eucerin .Dapat je kiriman dari Eucerin memang teruja sangat. Jadi siap-siap amik terus gambar dengn produk..hahaha..maklumlah memang teruja tahap gaban. Produk yang aku dapat ni namanya Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT.



Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT ni ialah sejenis krim  yang bertindak sebagai pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat yang direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat di samping mengekalkan kelembapan kulit. Sangat sesuai dengan kulit aku yang memang jenis berminyak dan berjerawat ni.





Apa Formula Menghasilkan Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT?

  • 10% Hydroxy Complex, kombinasi 3 ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (Asid Glikolik), BHA (Asid Salisilik) dan PHA (Gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P.acnes dan menanggalkan sel kulit mati.
  •  Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah.
  •   Dexpanthenol yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar
Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT ternyata sangat berkesan untuk mengurangkan jerawat komedon (merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil yang biasanya terdapat di dahi dan dagu)..pendek kata sangat sesuai yang ada jerawat pasir macam yang aku alami.

Cabaran 14 Hari Aku..

Hari pertama aku terima parcel ni memang aku ada sebijik jerawat besar di bahagian kiri muka berdekatan dengan telinga. Jerawat pasir pun banyak tumbuh. Jadi malam tu aku terus sapukan krim Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT seluruh wajah. Oh ye..krim ni pakai malam je tau…esoknya bangun pagi selepas cuci muka aku perasan yang jerawat besar berdekatan ngan telinga aku semalam makin mengecut.

Hari kedua pula, jerawat yang makin mengecut semalam dah betul-betul kering. Itu perubahan pada jerawat besar yang aku nampaklah..pada jerawat halus masih belum ada perubahan.

Masuk hari ketujuh penggunaan..aku perasan yang jerawat halus sekitar dahi mula berkurangan. Bila tengok perubahan macam tu sure la hepi kan..

Hari ke -14 penggunaan..TADAAAAAA…boleh rasa liang pori makin mengecil, jerawat semakin berkurangan dan jerawat halus juga dah segan nak tumbuh. Alhamdulillah ternyata  sahutan cabaran  ’EUCERIN 14 DAYS ACNE  CLEAR CHALLENGE’ sangat berjaya. Syukur kulit dah semakin licin.

Sedikit Tentang Eucerin

Dilancarkan lebih 100 tahun lalu, Eucerin adalah peneraju inovasi dalam sains penjagaan kulit. Hari ini, jenama ini telah menjadi salah satu jenama dermo-kosmetik yang paling dipercayai di dunia, dibangunkan dan disyorkan oleh ahli dermatologi, dengan disokong oleh kajian terperinci.
Menggunakan pendekatan berasaskan sains, Eucerin membangunkan penjagaan kulit derma yang selamat dan efektif dengan menggabungkan manfaat kosmetik dan keberkesanan produk farmaseutikal. Jenama ini membuat pelaburan besar dalam kajian dan pembangunan diikuti dengan ujian-ujian ketat untuk memberikan pengguna produk pemjagaan kulit yang inovatif dan efektif untuk kulit yang sihat di samping memberi penjagaan khas pada kulit untuk sekarang dan di masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin boleh layari mereka di www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.