Gigih 'ber' Hiking ke Bukit Batu Putih, Gopeng

by - January 13, 2018

Cepat je masa berlalu. Dah nak masuk seminggu rupanya aku ke Natasya Riverside Resort Gopeng. Macam baru je lagi rasanya berKENDURIAN di sana dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Banyak sangat kenangan dan pengalaman best kat sana. Hari ni baru aku nak cerita macam mana pengalaman 'ber' Hiking di sana.


Ahad lepas, selepas masing-masing dah sarapan kami semua start untuk aktiviti hiking. Plan asalnya konon nak pergi tengok 'sunrise'..konon pukul 6.30 pagi dah start nak mendaki. Tapi oleh sebab masa tu ada beberapa masalah jadi tukar ke pukul 8.00 pagi. Tapi ntah macam mana akhirnya drag jugak..haha..pukul 9 lebih kalau tak silap baru kami mendaki.

Nak mendaki Bukit Batu Putih ni, untuk parking memang free..tapi untuk mendaki kena bayar RM3. Ok lah kan..fee untuk mereka menjaga kebersihan alam sekeliling tu. Bukan senang juga nak jaga tempat yang macam tu.


Untuk aku yang kali pertama berhiking, memang best gila. Pulak-pulak lepas pulih dari slipped disc, memang satu kejayaan besar la untuk pencapaian diri sendiri.

Untuk naik ke puncak Bukit Batu Putih ni sebenarnya memerlukan masa 30 minit je. Tapi haritu kami semua sibuk nak bergambar di banyak tempat maka daripada 30 minit drag juga ke 45 minit.



Yang bestnya..bila sampai ke puncak, semua berpossing sakan..hahaha..aku pun haruslah tidak ketinggalan untuk berpossing. Giler tak nak possing kan..bukan senang nak naik ke puncak Bukit Batu Putih yang berketinggian 135.9 meter ni. Dah la naik je, boleh terus tengok pemandangan yang cantik.



Habis berpossing sakan, kita orang turun dan pergi berendam ke sungai pulak. Secara jujur, aku pun tak tau apa nama sungai tu hahaha..yang pasti syok berendam dalam air yang sejuk selepas berpanas naik ke puncak Bukit Batu Putih.




Bagi korang yang berkesempatan datang ke Gopeng, jangan lupa ber hiking ke Bukit Batu Putih ni..memang best. Dan kalau ke sana jangan lupa bermalam di Natasya Riverside Resort. Memang happening giler.


Bagi yang berminat untuk datang ke Natasya Riverside Resort Gopeng, Jangan lupa hubungi no seperti di bawah untuk tempahan dan keterangan lanjut.

Tel : 017-4146669
Email : irman@natasyaresort.com
Alamat : Lot 10855, Jalan Besar, Kg Jahang, 31600 Gopeng, Perak

You May Also Like

2 comments

  1. Seronoknyaa! Lama Fatin xjoin aktiviti nature macam ni.

    ReplyDelete
  2. bestnya..siap bermandi manda lagi

    ReplyDelete