Natasya Riverside Resort Gopeng Punya Tarikan Tersendiri

by - January 09, 2018

Kali pertama aku menjejakkan kaki ke Natasya Riverside Resort Gopeng. Pada fikiran aku sebelum tiba ke Natasya Riverside Resort ni ialah mungkin biasa-biasa aje.

Sampai je ke perkarangan Natasya Riverside Resort, pandangan aku masih belum berubah. Getus hati aku ialah 'tak jauh beza dari resort-resort yang ada'

Tapi bila aku pusing melihat sekeliling dan diterangkan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan..pandangan aku yang pada mula-mulanya 'biasa-biasa aje' mula berubah. Menarik..itu aku rasakan.

Bagi yang tak pernah datang ke Natasya Riverside Resort Gopeng ni, aku sediakan info untuk korang senang merancang percutian ke sini. Jujur, tempat ni sangat menarik. 

Kat sini ada 2 jenis chalet yang disediakan iaitu 

1. Cabin Chalet
Berukuran 200sqft, mempunyai 3 single bed yang boleh memuatkan 3 orang dewasa. Dilengkapi dengan bilik air didalamnya serta lcd tv, aircond serta kemudahan lain.






2. Wooden Chalet
Berukuran 400sqft. Mempunyai 1 queensize bed dan 1 single bed (double decker) yang boleh memuatkan 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Disediakan denga lcd tv, aircond, sofa, cerek, kopi & teh juga kemudahan lain. Juga terdapat balkoni disetiap chalet.





Aktiviti di Natasya Riverside Resort Gopeng

Banyak aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak Natasya Riverside Resort Gopeng. Antaranya ialah 

  • White Water Rafting
  • Water Abseiling
  • Water Tubing
  • Sunset Hiking
  • Mountain School
  • Archery
  • Flying fox + wall climbing
  • Joy Ride
  • Horse Ride
  • Treasure Hunt
  • Telematch
  • Caving
  • Bike Rental
  • Human Foosball

Memang penuh dengan aktiviti dan korang pasti tak akan menyesal kalau datang ke sini.






Antara tarikan lain ialah Natasya Riverside Resort Gopeng ni terdapat dusun buah-buahan sekelilingnya. Jadi bagi mereka yang datang pada musim buah-buahan pasti sangat beruntung. Macam kami semalam..kebetulan datang masa musim durian jadi memang kami kenduri durian habis-habisan di sini.





Bagi yang berminat untuk datang ke Natasya Riverside Resort Gopeng, Jangan lupa hubungi no seperti di bawah untuk tempahan dan keterangan lanjut.

Tel : 017-4146669
Alamat : Lot 10855, Jalan Besar, Kg Jahang, 31600 Gopeng, Perak

You May Also Like

20 comments

  1. Alaaaaa bestnya kat sana, nak ikut next time plisssss

    ReplyDelete
  2. seronok sangat ni... dalam wishlist lagi.Destinasi pilihan ina

    ReplyDelete
  3. teruskan nak masukkan dalam wishlist jugak. ada pokok rambutan tak kak min kat sana?

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. aktiviti lain-lain tu harga dah termasuk dalam harga bilik atau tak?

    ReplyDelete
  5. Wooden chalet tu sesuai sangat untuk family. Harga pun ok. Bab makan buah dari Dusun... Adusss.. Nak jugakkkk...

    ReplyDelete
  6. seronok tengok natasya resort ni, terasa nak pergi juga ke sana bawak keluarga. mesti best!

    ReplyDelete
  7. menariknyaa resort ni. arghh tak bole la tgok aktiviti dkt resort ni. best gile

    ReplyDelete
  8. Here we have jack fruit growing in our kerala area but i didnt seen much in singapore ,i think in Malaysia there would be a lot.. Thank you for sharing wonderful pic

    ReplyDelete
  9. Cantik chalet dia, harga pun berpatutan. Pastu ada aktiviti menarik pulak, berbaloi!

    ReplyDelete
  10. Wow that's so healthy looking jackfruit and they are huge! That is rare now here in the Philippines. This place is very relaxing, perfect for retreat.

    ReplyDelete
  11. tak nak komen benda lain, nak komen tang durian tu je.. jelesnyeeee! pulun makan durian nampakk hihihi

    ReplyDelete
  12. Tetiba teringat durian kampung yang kita makan hari tu... Dgn water rafting... Jom plan g sana lagi....

    ReplyDelete
  13. Oh!! It seems that you really enjoy your expedition with your team. Perfect place for a team building. I will recommend this with my friend.

    ReplyDelete
  14. Nampak menarik dgn susana kampung..siap ada pokok durian lagi. Kalau musim durian sure tempat ni penuh kan? Banyak jugak aktiviti yg disediakan...memang tak sempat nak rasa boring nampaknya...syiokkk

    ReplyDelete
  15. Oh wow can eat fruits striaght from the farm...and that family suite looks accomodating ...

    ReplyDelete
  16. cantik tempat dia..sesuai la untuk buat aktiviti company dekat sini

    ReplyDelete
  17. Even though I have visited Gopeng numerous times, I have not entered Natasya Riverside Resort yet. Looks so colourful and worthy of plenty of photos!

    ReplyDelete
  18. Now I know how Gopeng actually looks like, the view really best la! It was a quiet and peaceful stay at the Natasya Riverside Resort!

    ReplyDelete
  19. cantik tempat ni ... terasa nak pergi juga melawat dan menikmati keindahan kawasan...

    ReplyDelete