Suami di dapur Isteri bahagia

by - December 17, 2017

Tajuk cam tak leh blah je kannn..haha..tak de la..cuma nak share pasal hubungan suami isteri dalam rumahtangga.

Sebenarnya dalam rumahtangga sikap muafakat tu sangat-sangat penting bagi memastikan keharmonian rumahtangga. Memanglah tak akan ada yang perfect tapi sekurang-kurangnya kita mencuba perbaiki ketidaksempurnaan itu.

Kadang agak terkilan dengan sikap sesetengah suami yang lagak ‘bos’, order apa saja ngan isteri. Sampaikan air masak segelas pun tak boleh nak ambil sendiri sedangkan isteri sibuk mengendong anak.

Alhamdulillah..aku bersyukur sangat punya suami yang ringan tulang membantu dalam urusan rumahtangga. Rajin nak kemas rumah, rajin nak memasak, rajin nak lipat baju. Aku bab kain baju memang surrender..paling benci nak handle bab kain baju ni hahaha..awal-awal dah bagitau suami sebelum kawen dulu.



Nasib la dia faham. Aku memang sejenis manusia yang tak boleh la sepah-sepah sangat umah. Memang dari kecil mak ajar mengemas. Jadi aku bab kemas rumah dan masak memang tak ada masalah..masalah cuma bila bab kain baju je haha.

Suami aku memang pengemas orangnya. Kalau dia mengemas kalah aku haha. Tapi dia paling suka kalau bab tanam menanam, bertukang dan memasak. Memasak tu sebenarnya baru gak jadi hobi dia..sejak kawen dengan aku katanya sebab jangkit ngan perangai aku yang suka memasak. Jadi sekarang dia la rajin sangat nak memasak.

Cam malam tadi, dah pesan siap-siap aku tak payah masuk dapur sebab dia nak memasak haha..kebetulan mak mertua baru balik dari kampung di Tumpat, Kelantan. Belikan ikan budu kegemaran suami, maka malam tadi suami masakkan masakan kelate la. Simple tapi sedap.

Malam tadi hidangan kami berdua ialah ikan budu goreng telur, singgang ikan selayang, ulam dan budu. Ekeke..bukan nak kata la tapi singgang laki i masak lagi sedap dari singgang kat medan selera singgang Kampung Baru tu hahaha..




Tu je aku nak share. Untuk keharmonian rumahtangga, sikap kedua belah pihak sangat penting. Bantu membantu ringankan beban masing-masing. Hehe..tapi malam tadi laki aku terlebih rajin. Siap makan dia yang sibuk mengemas dan basuh pinggan bagai..ahakss..cam mem pulak rasa. Tapi korang ingat tau..bila suami dah ringan tulang camni jangan amik kesempatan pulak. Sekali sekala dia layan kita camni ok..tapi jangan la sebab dia layan camni kita pulak naik lemak jadi malas nak masak bagai..jalankan tanggungjawab cam biasa tapi lagi manis kalau sama-sama buat kerja rumah..hehe..cam gotong royong plak rasa..

You May Also Like

20 comments

  1. Wah wah wah.. bestnya.. Rajin Abe Yee.. Bertuah sungguh mem dia..πŸ˜€

    ReplyDelete
  2. hurm..sedap tu. menyelerakan betul. Harap satu hari nanti,rezeki cikmin pula menimang cahaya mata.

    ReplyDelete
  3. Heheheh tips baru belajar nak singgang sedap.. rebus sampai mengelegak dulu bawang semua baru masuk ikan dan sayur (bendi) kalau nak.. heheheh beza betul rasa

    ReplyDelete
  4. untung yer kak min.. suami kita rajin makan jer. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..hehe..masing2 ada kelebihan dan kekurangannya Huda

      Delete
  5. Rajin betu abe yee.. Hahahahaaa best oii singgang!

    ReplyDelete
  6. Huntong laa cikmin😁😁😁

    ReplyDelete
  7. betul. ramai suami yg berlagak bos. air dalam jug dpan mata pun jerit2 suruh ister tuangkan. haha

    ReplyDelete
  8. Best pulak nampak singgang tu

    ReplyDelete
  9. Amboiiii abe yee! tapi nengok lauk pun dah terliur Cikza

    ReplyDelete
  10. betul..setuju. sikap kedua belah pihak amat penting..
    moga kak min dan suami bhgia dan sentiasa serasi bersama hingga syurga ye,aminn.. =)

    ReplyDelete
  11. Vvaaah! suwit gitu kak min. Saya setuju ngan kak min.. bersama-sama tu lagi elok. Tentang pakaian, hehehe...saya pun tak suka.. Ya Allah... stressss kalau part pakaian. Wkwkwkw. Tapi takleh lari, menimbun kang. Abe yee suka macam husband saya. suka masak.

    ReplyDelete
  12. Nak resepi singgang Abe Yee kak...hehe

    ReplyDelete