Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa Part 13 (Finale)

Maaf sangat..lama aku terhenti nak sambung kisah Natrah ni. Agak ramai yang tanya tentang sambungan yang aku janjikan. Kebelakangan ni aku sibuk sikit jadi tergendala rancangan untuk sambung Kisah Lara 3 Jiwa ni. Maklumlah..kalau bab sejarah ni aku tak boleh main-main, kena fokus sikit.

Berbalik pada kisah Natrah, selepas mengharungi kesedihan, kepayahan dan kekecewaan selama berpuluh tahun, akhirnya pada 29 Januari 1998 iaitu selepas 48 tahun kejadian tragis menimpa dirinya..dia kembali menjejakkan kaki ke Kemaman..tempat dia membesar..tempat dimana dia menggambarkan sebagai 'kenangan paling indah' dalam hidupnya.

Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa

Kali ini dia pulang bukan sebagai Natrah..dia kini pulang sebagai Bertha. Orang yang sama tapi agama yang berbeza. Natrah pulang berempat iaitu bersama 2 orang wartawan yang bernama Gerda dan Pino serta suami baru Natrah bernama Ben.

Kepulangan Natrah adalah atas usaha Gerda untuk menemukan Natrah bersama keluarga angkat yang sudah lama terpisah. Oleh kerana Natrah fobia dengan publisiti yang diterimanya sejak kecil, maka kepulangan Natrah ke Kemaman dirahsiakan daripada semua pihak.

Kebetulan, Natrah 'pulang' menjelang malam hari Raya Aidilfitri, maka 'kepulangan' Natrah kali ini sangat berbaloi. Menurut Gerda melalui e.amail yang diutuskan kepada Datin Fatini, setelah urusan check-in dan selesai berehat mereka telah menghampiri Masjid Jamek iaitu masjid lama Kemaman untuk menanyakan rumah kakak angkat Natrah iaitu Puan Kamariah yang dipanggil Kak Mar. Ketika itu sudah pukul 9 malam tapi memandangkan malam itu adalah malam Raya maka masih ramai yang berada di masjid ketika itu jadi tidak mendapat kesukaran untuk bertanyakan arah rumah Puan Kamariah.

Kerana terlalu teruja dan gembira ..sanggup mereka berjalan kaki kira-kira 2-3 kilometer dari masjid tersebut menuju ke rumah Puan Kamariah. Natrah sampai terlupa yang dia baru sahaja melakukan pembedahan pada lututnya. maklumlah..tahun 1998 kemudahan belum sehebat sekarang tambahan pula pada malam hari raya.

'Kepulangan' Natrah disambut gembira oleh Puan Kamariah sekeluarga. Puan Kamariah yang ketika itu uzur langsung seolah-olah lupa tentang keuzurannya. Natrah dan Kamariah berpelukan lama sambil menangis gembira dan hiba..48 tahun terpisah..bukan jangka masa yang singkat namun kasih sayang antara mereka tak pernah luput.

Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa

Ramai jiran tetangga turut berkunjung untuk bertemu Natrah. Natrah kelihatan tidak selesa dengan orang yang tidak dikenalinya apatah lagi ada antara mereka bertanyakan tentang soal agama. Walau tidak selesa setiap pertanyaan dijawab ala kadar. Tapi menurut Dahlia iaitu anak keenam Puan Kamariah, Natrah telah memberitahu kepada beliau dalam soal agama.."Itu hati saya, hati saya Tuhan saja yang tahu.."

Oh ye..Natrah memang fasih berbahasa melayu loghat Indonesia jadi tiada penghalang dari segi bahasa untuk mereka berkomunikasi. Malam itu Natrah membuat permintaan untuk mengunjungi kubur arwah Che Aminah, ibu kesayangan beliau yang kemudiannya ditunaikan permintaan beliau keesokkan harinya.


Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa

Keesokkan pagi iaitu Hari Raya Pertama, Natrah mengenakan baju kedah berwarna oren lengkap selendang pemberian Dahlia. Natrah yang sememangnya merindu 'kehidupan dulu' sangat gembira mengenakan pakaian tersebut.  Natrah dijamu dengan makanan hari raya seperti rendang, ketupat pulut, ketupat palas bergoreng dan nasi dagang iaitu makanan khas Pantai Timur beserta ketupat nasi dan sate. Menurut Rukayah anak kedua Puan Kamariah, Natrah makan banyak ketupat palas sebab dia masih ingat tentang hidangan tersebut. 

Melalui penulisan Datin Fatini Yaacob, menurut Rukayah "Saya ingat lagi lepas makan, Natrah bagi hadiah clog shoes Belanda kepada mak dan duit Amerika. Saya tak ingat dah jumlahnya. Tapi yang istimewa dia minta mak buatkan kenduri arwah untuk nenek (Che Aminah). Saya ingat lagi lepas tu, mak suruh ayah tukar duit tu dan buat kenduri arwah kat masjid.."

Menurut Rukayah lagi. melalui perbualan mereka dengan Natrah, banyak yang Natrah imbaskan termasuk bagaimana dia diberikan suntikan sebelum 'dilarikan' ke Belanda. Kata Natrah ketika itu air matanya benar-benar sudah kering. Menurut Natrah lagi, semasa dia pergi ke Singapura dari Kemaman, banyak barang kemas dia pakai dan bawa, tapi barang-barang itu habis diambil oleh ibu kandungnya sehinggakan subang yang kecil pun diambil..tiada apa agi yang tinggal sebagai kenangan buat dirinya.

3 hari Natrah telah berada di Kemaman. Selepas itu Natrah berangkat ke Indonesia untuk melawati keluarga belah suaminya iaitu Ben. Pertemuan itu adalah pertemuan terakhir Natrah bersama Kamariah. Puan Kamariah telah kembali ke rahmatullah pada 6 Jun 1998 kerana penyakit leukimia.
 Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa
Sekembali Natrah dari kunjungannya ke Kemaman, Natrah kembali menjalani kehidupannya seperti biasa. Antara tahun 2001-2003 beliau telah bercerai dengan suaminya yang keempat dan terakhir iaitu Ben kerana tiada persefahaman. Pada 8 Julai 2009, Natrah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Huijerben, Belanda kerana menghidap leukimia.

Dahlia mendapat khabar kematian daripada anak anak Natrah yang bernama Caroline pada malam kematiannya. Natrah mewasiatkan agar tubuhnya tidak dikebumikan sebaliknya dia mendermakan tubuhnya untuk kajian saintifik : "She was convinced that, that might help other people who are diagnosed with leukimia, so that her death might in the end help others" 

Ketentuan Ilahi..kedua-dua anak angkat Che Aminah ini, sorang dari Barat..seorang lagi dari Timur tapi menghidap penyakit yang sama..juga meninggal dengan penyakit yang sama.
 Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa

Pemergian Natrah adalah pengakhiran kisah lara 3 jiwa..tamatlah kisah lara Natrah di dunia ini. Satu kisah yang sangat menyayat hati, menghiris jiwa bagi aku. Kisah yang sepatutnya dijadikan teladan buat kita semua. Jangan pertikaikan iman dan agama Natrah kerana hidayah itu milik Allah..

Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa


Post a Comment

12 Comments

  1. Sedih pulak baca. Kisah benar ke? Baru follow dapat baca dekat finale dah. heee

    ReplyDelete
  2. Tq Min.. terjawab persoalan akhirnya..

    ReplyDelete
  3. Sedih baca pengakhiran dia sebab tak sempat nak jumpa che aminah. Hanya dapat ziarah kubur sahaja.

    Betul hidayah milik Allah. Bukan hak kita mempertikaikannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..kali terakhir dia jumpe che Aminah n Mansor masa kes dia dipisahkan tu la..lepas tu terus x jumpe sampai tutup mata

      Delete
  4. tertanya jugak dia punya agama yang betul??

    ReplyDelete
  5. in sya Allah...semoga roh Natrah ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi oleh Illahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul...kita tidak tahu di dalam hatinya..semuga dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Allah Yang Menentukannya...

      Delete
  6. Penderitaan hingga akhir hayat,sampainya hati seorang ibu kandung huhhuu....dlm drama tak abis cite nya,kann hidayah milik Allah kita tak berhak menilai...

    ReplyDelete
  7. Emm.. sy jadi tertanya2 pulak kehidupan Mansor tu. Dia dah lupakan Natrah ke?

    ReplyDelete