Bersenam Untuk Cantik???

by - December 22, 2017

Lately ni mesti korang selalu tengok aku update entry pasal jaga pemakanan la..pasal senam la..hurm..aku nak tanya korang..apa tujuan korang bersenam? Untuk cantik? Untuk sihat?


Kalau aku..aku bersenam untuk sihat sekali pakej cantik hahaha..Tak la..aku bersenam sebab aku nak sihat. Aku dah serik sakit terlantar cam orang lumpuh akibat slipped disc.



Aku asalnya dulu selim melim haha..zaman sekolah memang orang panggil bini popeye. Bila dah masuk zaman kolej berat badan naik la sikit, paling berat 47 kg. Masuk alam pekerjaan..badan makin naik hehe..paling berat masa aku bekerja dengan BOH di Cameron Highland, masa tu berat badan naik sampai 57 kg sebab kat sana kan sejuk..staf-staf BOH Tea Centre pulak sebab dah tau aku suka minum hot choc, biasanya kalau nampak aku turun dari office (nak balik rehat..kat sana rehat 1 jam setengah wakaka so balik tidur la dulu sebab rumah sebelah office je haha), diaorang dah sediakan hot chocolate dengan sandwich atau nasi lemak untuk aku. Jadi..dapat bayangkan tak berapa banyak lemak aku dah ternak sebab biasanya aku makan dulu, lepas makan solat pastu tidur dalam selimut yang tebal (zaman aku kerja dulu memang sejuk gile walaupun tengah hari buta).

Bersenam? haha..memang tak pernah la jawabnya. Lepas tu bila dah kahwin, berat badan main la meningkat sampaikan badan dah jadi kembang semangkuk. dari yang paling berat 47 kg dah jadi 69 kg. Sebab kegemaran aku makan..makan..dan makan tanpa senaman. Wakaka..pernah la dulu dapat kesedaran jap so rajin la pergi gym..masa tu badan turun la. 


Dipendekkan cerita, sebab badan mengembang..usia makin meningkat maka awal tahun ni aku kena slipped disc. Doktor suruh turunkan berat badan effectively. Maka sejak itu aku sangat jaga pemakanan dan gaya hidup aku.

Sekarang memang dah rajin la bersenam..hari-hari cuba paksa diri untuk berjalan sekurang-kurangnya 3 kilometer. Kadang aku swimming, jogging atau buat skipping cuma skipping jarang buat sebab aku masih takut kalau-kalau slipped disc berulang.

haha..tetibe ambil gambar orang tengah berjogging..
Sekarang Alhamdulillah berat badan dah turun dari 69 kg ke 60 kg tapi target aku ialah 57 kg. Hehehe..moga aku terus istiqomah. Jadi berbalik pada soalan aku bersenam untuk cantik atau kesihatan..jawapan aku dua-dua hahaha..






You May Also Like

7 comments

  1. yay.. sis min mesti boleh.. Sihat dulu, barulah cantik terpancar di wajah.. tak gitew?

    ReplyDelete
  2. Lynda wlupun bdn nampak kecil tapi kena bersenam untuk sihat. Dan pakej boleh cantik..hehe

    ReplyDelete
  3. 9kg banyak tu. Ai pun berat dah menjadi-jadi dah ni. Nak kena bersenam.

    ReplyDelete
  4. Teruskan Min.. insyaAllah tercapai impian nanti.

    ReplyDelete
  5. Insha Allah akan berjaya mencapai cita yang dihajati tu...

    ReplyDelete
  6. Untuk kedua2 pun boleh Kak Min. kita tamak.. hehehe.

    ReplyDelete
  7. kalau rasa x sedap badan bru teringat nak bersenam hehe..senaman baik untuk kesihatan & kecantikan sekali

    ReplyDelete