AnT Cafe & Bar Hidangkan Pelbagai Menu Menarik

Semalam aku bertuah sebab diundang ke majlis pembukaan AnT Cafe & Bar yang terletak di The Petalz Residence Jalan Klang Lama.


AnT Cafe & Bar berkonsepkan cafe  santai yang menghidangkan pelbagai menu yang menarik gabungan masakan barat dan asia. Beroperasi sepenuhnya semenjak semalam, AnT Cafe & Bar memberi tawaran menarik semperna hari pembukaan dan hari Natal yang bakal menjelma.

Banyak menu yang aku cuba semalam dan terus terang semuanya sedap belaka. Aku paling suka bihun kari dan ais krim gula melaka yang dihidangkan dengan waffle. Seriously memang sedap nak mampus!.. bihun kari tu memang rasa sangat ‘authencic’ masakan melayu. Susah tau nak makan bihun kari yang rasa sesedap itu.

Nasi Lemak Sotong

Spageti Oglio Olio

Pan-Seared Salmon

Pan Pizza




Ais krim gula melakanya pulak menggunakan gula melaka asli yang dibawa khas dari negeri Melaka tau! Ya Allah rasa dia tak terkata sedapnya. Aku ni sebenarnya kurang sikit makan ais krim..kurang gemar tapi ais krim gula melaka tu betul-betul buat aku jatuh hati. Lain kali nak ajak suami aku pergi lagi dan nak makan ais krim gula melaka tu puas-puas hahaha..


Bagi pelanggan beragama Islam, jangan bimbang..AnT Cafe & Bar ni memang menghidangkan makanan yang halal sahaja. Semalam aku sempat menjenguk ke bahagian dapur memang pekerjanya berbangsa Melayu. Hahaha..takkan lah aku nak promote kedai makan yang tak halal pulak kan?..


Kalau korang ada sekitar KL jangan lupa serbu AnT Cafe & Bar ni sekarang dan 29hb Disember nanti. Ada tawaran menarik menanti korang.


Camne nak datang? Alaaa..waze kan ada..waze je AnT Cafe & Bar mesti jumpe. Alamatnya pula ialah :-

AnT Cafe & Bar
G-01, The Petalz Residence,
Residency Rimbunan, No.2,
Jalan 1/132A, Off Jalan Klang Lama,
58000 Kuala Lumpur



Post a Comment

6 Comments

  1. tengok menu dan gambar2 perghh menyelerakan...kalau dekat dah lama masuk list wajib cuba hehe

    ReplyDelete
  2. temptingnya tengok gambar makanan tu, selamat jauh je kalau tak serbu dah ni hmmm.

    ReplyDelete
  3. Menu dia memang superb.. Terasa-rasa lagi waffle ice cream gula melaka...

    ReplyDelete
  4. Wahhh menarik menu²nya, boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  5. makanan dia..buat kita nak pergi je..

    ReplyDelete