Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa. Part 2

Sambungan kisah Natrah..untuk yang baru singgah boleh la rujuk part yang pertama di Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa Part 1


Kehidupan Natrah Sebagai Anak Angkat Che Aminah


Natrah telah dipelihara oleh Che Aminah bermula 1 November 1942 ketika Natrah berusia 5 tahun. Ketika itu mereka berada di Bandung. Nama asal Natrah iaitu Hurbedina Maria Hertogh telah ditukarkan kepada Natrah Binti Ma'aruf.


Memandangkan persetujuan asal kedua belah pihak untuk membenarkan Natrah dibesarkan secara Islam, maka tiada bantahan daripada pihak Adeline iaitu ibu kandung Natrah atas pertukaran nama tersebut. 


Malah dikhabarkan bahawa keluarga kandung Natrah ketika itu sering juga menziarahi Natrah yang berada di bawah jagaan Che Aminah. Namun keadaan itu tidak lama kerana selepas itu Adeline mula berhenti menjenguk Natrah.


Pada bulan Julai 1946, keluarga Hertogh telah kembali ke Belanda tanpa Natrah selepas Sarjan Hertogh iaitu ayah Natrah telah dibebaskan oleh Jepun. Sarjan Hertogh telah bersara daripada askar dan dikhabarkan juga menapung hidup dengan wang pencen dan bekerja di kilang roti. Mereka menetap di 24, Emmaplein, Bergen op Zoom, di bahagian selatan Belanda.. Kehidupan mereka agak susah, tidak seperti Natrah yang hidupnya dimewahkan oleh Che Aminah.


Pada bulan Julai 1947, setahun kemudian barulah Che Aminah membawa Natrah daripada Bandung ke Kemaman, Terengganu yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Malaya.

Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa



Natrah di Kemaman


Kehidupan Natrah di Kemaman adalah saat paling bahagia di dalam hidup beliau. Natrah sendiri mengakui ketika ditemubual sekitar tahun 1989. Menurutnya beliau hidup dalam keadaan dimanjakan oleh Che Aminah. Malah Che Aminah mempunyai kehidupan yang mewah ketika itu. Natrah dimanjakan seperti anak sendiri. Kerja rumah tidak pernah menjadi tanggungjawab Natrah kerana Che Aminah mempunyai seorang pembantu rumah dan seorang tukang kebun.


Natrah seperti kebanyakan kanak-kanak, memang bersifat nakal. Malah menurutnya selama berada di Kemaman dia seringkali ponteng kelas. Namun Natrah membesar sebagai seorang yang taat pada agama. Solat 5 waktu tidak pernah ditinggal dan menurut Natrah sendiri dia juga khatam membaca Al-Quran sebanyak 2 kali.


Natrah adalah seorang kanak-kanak yang nakal tetapi taat. Walaupun nakal, dia seorang yang lemah lembut dan mempunyai peribadi yang baik. Sebab itu Che Aminah terlalu menyayangi Natrah.

Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa

Permulaan Kehancuran Syurga Duniawi Natrah


Semuanya bermula apabila A.A Locke seorang pegawai British telah terlihat Natrah di Sekolah Rendah Daerah Kemaman dalam acara senaman yang dihadiri Locke.


Locke yang pada mulanya menyangka Natrah anak British mula mengajak Natrah berbual namun Natrah tidak pandai berbahasa Inggeris dan memberitahu bahawa dia adalah anak Belanda. Beberapa hari kemudian Locke mengunjungi rumah Che Aminah bertanyakan tentang bagaimana Natrah menjadi anak angkat Che Aminah, seorang penduduk tempatan.


Beberapa hari kemudian Locke datang kembali dengan mengatakan bahawa Che Aminah mestilah ke Singapura untuk membincangkan tentang kedudukan hak pemilikan Natrah dengan Konsul Jeneral Belanda.


Che Aminah walaupun dihalang oleh kaum keluarga, tetap juga berkeras untuk ke Singapura. Mungkin pada perkiraan beliau, beliau akan menang..ye pada permulaannya kes penjagaan Natrah telah DIMENANGI oleh Che Aminah.

Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa

Post a Comment

8 Comments