Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa Part 12

Sebelum aku bawakan kisah Natrah seterusnya..aku nak ceritakan sedikit tentang Che Aminah selepas pemergian Natrah.


Petikan seterusnya aku ambil daripada majalah Dewan Masyarakat 1989, temubual yang dibuat oleh Datin Fatini Yacoob kepada Puan Kamariah iaitu anak angkat Che Aminah berbangsa Jepun yang diambil Che Aminah sebelum Natrah


Kehidupan Lara Che Aminah


Datin Fatini : "Bagaimana reaksi Che Aminah selepas semua peristiwa itu berlaku?"

Puan Kamariah : "Mama (Che Aminah) sangat menyesal. Dia selalu berkata dia tidak sepatutnya bawa Natrah ke Singapura. Dia juga menyesal menikahkan Natrah di Singapura, tidak di Johor. Sepatutnya untuk mengelakkan dari tindakan undang-undang, mereka patut nikah di Johor".

Datin Fatini : "Adakah Natrah mengirim khabar semasa dia di Belanda?

Puan Kamariah : "Ada juga pada tahun-tahun 50-an dan 60-an. Natrah hantar gambar dan minta mama kirimkan kain batik dan kain sarung yang menjadi kain kesukaannya."

Datin Fatini : "Bilakah Che Aminah meninggal?"

Puan Kamariah : "Mama meninggal pada tahun 1976. Dia kuat menghisap rokok selepas peristiwa kehilangan Natrah itu. Semasa meninggal, putung rokok masih ada dijarinya."

Datin Fatini : "Sebelum meninggal adakah penyelidik atau penulis buku datang menemuinya untuk menulis tentang riwayat hidup Natrah?"

Puan Kamariah : "Ada..tapi mama tidak mahu melayani mereka. Makcik ingat mama tidak mahu lagi memikirkan sesalnya membawa Natrah ke Singapura. Makcik pun jarang mendengar dia menyebut tentang Natrah beberapa bulan selepas peristiwa tersebut."

Melalui temuramah di atas, dapat dibayangkan bagaimana laranya hati Che Aminah. Lara hingga hujung nyawa. Betapa perpisahan tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap 3 jiwa ini. Che Aminah kerana terlalu sedih hingga ke saat kematiannya pun masih terselit rokok dijari..masih menyesali tindakannya membawa Natrah ke Singapura..




Post a Comment

9 Comments

  1. Ibu mna tak lara bila tengok anaknya dibawa lari. Dia yang membesarkan natrah...kesian che aminah

    ReplyDelete
  2. alaaa dah terlepas kereta apiiii.. nak kena baca dari awai ni..

    ReplyDelete
  3. Dari awal mmg saya tertanya2 kenapa cik aminah nak jugak bawak ke singapore sedangkan org keliling dia dah kata jangan masa tu.

    ReplyDelete