Kisah pembunuhan Ratu Cantik Kanak-kanak JonBenet

by - September 08, 2017

Sebenarnya aku pernah share cerita ni di blog aku yang lagi 1 tu..KLIK SINI
Tapi saja aku nak share lagi cerita ni memandangkan aku tak ada idea sebab demam..wakakak..eh tak la..sebab memang suka share cerita camni. Aku memang jenis suka tengok cerita yang real..cerita ngarut2 cam Oh Abang Bomba ke..Duda pujaan Dara ke tak berapa nak masuk sangat..wakaka..

Siapa JonBenet? JonBenet Patricia Ramsey adalah seorang Ratu Cantik Kanak-kanak yang telah dibunuh dengan kejam di kediaman keluarga beliau pada 25-26 December 1996. Pada ketika itu JonBenet baru berusia 6 tahun. Dilahirkan dalam keluarga jutawan, ibunya merupakan bekas Ratu Cantik iaitu Patsy Ramsey. Ironinya..keluarga beliau dituduh atas pembunuhan kejam itu.

Kenapa mereka pulak yg kena tuduh? Semuanya bermula dari kepincangan siasatan pembunuhan tersebut oleh pihak polis Boulder. Kerana ketidakcekapan mereka telah menimbulkan spekulasi. Maklumlah kita ni kan manusia yang mmg ada instinct. Bila polis sibuk2 siasat kita plak2 time kita tgh sedih of coz la sebagai ibu yang tengah stress, sedih, dan bermacam perasaan bila pihak polis amik sample darah automatik dalam keadaan sedih tu kita akan cakap 'bukan sy yg bunuh anak saya' haaaa..dari situ la bermulanya. Kesian Patsy yg baru kehilangan anak..dituduhnya sebagai pembunuh anak sendiri. Bukan itu saja, malah Ramsey iaitu bapa JonBenet dan abang beliau Burke yang ketika itu berusia 9 tahun juga dituduh sebagai pembunuh..kesian..bayangkan keluarga yg tengah bersedih dituduh sebagai pembunuh. Apa yang paling tidak adil adalah kerana keegoan pihak polis Boulder sendiri yang menepis setiap siasatan yang dilakukan oleh pihak luar termasuk oleh Lou Smith iaitu seorang pakar. Malah bukti2 dna juga ditepis dan tetap menegakkan kononnya Patsy adalah pembunuh..hurmmm..keadaan bertambah buruk bila pihak media masuk campur..secara tak langsung family itu telah dijatuhkan hukuman sebelum dibicarakan. Selepas 12 tahun kematian JonBenet pd tahun 2008 barulah pihak kerajaan memohon maaf secara terbuka pada family tersebut dan mengesahkan yang mereka bebas dr tuduhan membunuh itu pun selepas dna yg tak dikenali telah dijumpai (sebelum ni pihak polis Boulder sangkal). Bayangkan ketika permohonan maaf dan pengesah mereka bebas dari tuduhan itu, Patsy telah pun meninggal dunia akibat barah pada tahun 2006..Ya Allah sepanjang hidup hingga saat mati dia tertekan. Semuanya kerana apa? Kerana mulut2 manusia, kerana sikap manusia yang suka judge dulu sebelum mengetahui kebenaran, kerana sikap manusia suka prasangka, kerana sikap manusia yang suka terpengaruh dengan fitnah2..dan kerana itu tak pasal2 org lain jadi mangsa keadaan. Dan kerana itu juga la mereka menghabiskan masa 12 tahun dengan sia2 dan melepaskan pembunuh sebenar..sedihkan? Ramsey kini tidak lagi jutawan dan sudah pun berkahwin lain tapi masih dihantui oleh kisah silam yang menyakitkan.

Arghhh kisah benar ini sgt2 buat sis sakit hati..sebab apa? Sebab realitinya kehidupan seharian kita mmg begitu. Yang paling sedih bila kita melaungkan yang kita berpendidikan agama kononnya tapi masih lagi bersikap jahil. Masih ramai dikalangan kita bersikap seperti masyarakat Amerika, Colorado khususnya..kita masih suka membuat telahan yang tidak benar dan menyebabkan ramai yang menjadi mangsa keadaaan. Kita masih percaya pada golongan munafik yang tak pernah insaf yang sering melemparkan fitnah dan kita suka kaitkan dengan logik akal kita..sedihkan? Jadi pa bezanya kita dengan orang kafir? Ntah la pada sis ambil lah iktibar dari kisah pembunuhan JonBenet ini. Jangan mudah membuat tuduhan melulu, jangan mudah menunding jari dan paling penting jangan mudah menghukum sebelum tahu kebenaran. Kadangkala logik akal kita itu tak sepadan dengan keadaan sebenar yang dilalui mangsa


You May Also Like

3 comments

  1. kalau kak min xcerita, IQ pun xtahu kesah ni, sedih bila baca cerita macam ni, boleh ke terus hukum tanpa soal siasatr=..hurmm

    ReplyDelete
  2. Pernah baca kisah ni. Tapi kat luar negara kalau kes pembunuhan kejam camni memang susah nak diselesaikan dengan adil kan, akhirnya kes tergantung camtu je!

    ReplyDelete
  3. Kesiannya... cantik budak tu...

    ReplyDelete