Pengenalan
Restoran Utara dengan gembiranya mengumumkan pelancaran bufet Ramadan tahunannya, yang akan berlangsung dari 12 Mac hingga 9 April 2024. Mari nikmati semangat Ramadan dengan pengalaman kuliner yang menampilkan pelbagai hidangan lazat dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari sepanjang ramadan nanti.
"Kemilau Ramadan" di Restoran Utara, Hotel Armada Petaling Jaya
Nikmati hidang berbuka puasa yang memikat dengan lebih dari 100 hidangan untuk dipilih, menampilkan gabungan rasa tradisional dan kontemporari. Antara hidangan istimewa termasuk Kambing Golek, Kari Kepala Ikan, Rendang Tok, Kambing Kuzi, Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak, dan Daging Dendeng.
Anda juga boleh menikmati pelbagai kuih muih, Dodol, Pengat Pisang, Bubur Lambuk, Rojak, dan Ulam-Ulaman. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan dari live stall yang menampilkan Roti Canai dan Satay yang enak.
Harga Bufet Kemilau Ramadan
Harga Bufet Kemilau Ramadan adalah seperti berikut ;
- RM158 nett untuk dewasa
- RM79 nett untuk kanak-kanak
- dan RM128nett untuk Early Bird
Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai tradisi Ramadan yang meriah.
Bagaimana Untuk Membuat Tempahan?
Bagi mereka yang ingin merasai suasana berbuka staycation dan berbuka puasa di Hotel Armada PJ, mereka menawarkan pakej Staycation Ramadan istimewa dari 17 Mac hingga 11 April 2024. Harga bilik bermula RM370nett, termasuk bufet Sahur & iftar untuk satu orang, manakala bilik berkembar boleh ditempah dengan harga RM520nett, termasuk bufet Sahur & iftar untuk dua orang.
Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi:
- Restoran Utara (Bufet Ramadan) di (03) 7954 6888 samb. 4557
- Hotel Armada PJ (Iftar Staycation) di (03) 7954 6888 atau melalui emel armada@armada.com.my
0 Comments