Bufet Ramadan Selera dari Dapur Binjai di Perdana KLCC

Pengenalan


Perdana Kuala Lumpur City Centre dengan bangga mengumumkan kembalinya promosi buffet Ramadan bertemakan "Selera dari Dapur Binjai" di restoran 10Binjai mulai dari 13 Mac hingga 8 April 2024.

Bufet Ramadan Selera dari Dapur Binjai di Perdana KLCC


Seiring dengan kedatangan Ramadan, Perdana Kuala Lumpur City Centre menjemput para tetamu untuk menikmati hidangan warisan autentik dalam suasana yang istimewa.

Para tetamu boleh merasai pengalaman kulinari yang istimewa di Perdana Kuala Lumpur City Centre pada Ramadan ini dengan stesen memasak yang ditetapkan,

kata Encik Zakaria Ismail, Pengurus Besar, Perdana Kuala Lumpur City Centre.

Dalam menyemarakkan bulan Ramadan pada tahun ini, bufet kami menawarkan lebih hidangan autentik Malaysia yang menonjolkan kepakaran kulinari pasukan chef kami.

Sebagai pelengkap kepada hidangan utama ini, terdapat juga gerai hidangan langsung yang menawarkan pelbagai juadah istimewa seperti juadah tradisional Daging Tumis Hitam dan Gerai Sup Perdana yang membangkitkan aroma rasa dengan daging tulang, urat, kambing dan ayam.

Diilhamkan dari resepi turun temurun, kami berhasrat untuk mengimbau kenangan-kenangan terindah buat para tetamu kami, 

ujar Zakaria Ismail, Pengurus Besar.


Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba nanti, Perdana Kuala Lumpur City Centre akan menyambut bulan yang suci ini di 10BinjaI yang terletak di Aras 1. Restoran 10Binjai mempunyai ruangan kapasiti bagi 250 orang dan ianya pasti merupakan lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan juga yang tersayang.

Butiran Harga dan Cara Untuk Membuat Tempahan


Butiran harga adalah seperti berikut:

Harga asal : RM158/pax
Early Bird : RM118/pax (sebelum 11 Mac 2024)


Selain dari tempat berbuka puasa, surau juga turut disediakan di Aras 5 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih. 

Untuk tempahan, hubungi 10Binjai, Tel: 03-7490 3333

Post a Comment

0 Comments