Chicken Rice Shop Lancar Menu Baru ‘Ayam Kilau’ Sempena Musim Perayaan

Dengarnya The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan menu baharu iaitu Ayam Kilau. Asyik lalu lalang kat timeline aku tentang menu terbaharu dari The Chicken Rice Shop (TCRS) tu jadi sebab terliur aku ajak la kawan-kawan berbuka di The Chicken Rice Shop (TCRS) semata-mata nak mencuba Ayam Kilau.


Rupanya Ayam Kilau ni ialah hidangan ala ayam penyet di mana dihidangkan sambal hijau dan ulam-ulaman. Ayam yang digoreng rangup, dimakan pula dengan sambal hijau berulamkan sayuran segar dan nasi panas menjadikan menu ini menu kegemaran rakyat Malaysia yang rata-ratanya 'wajib' berbuka dengan nasi.




Tersedia mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi TCRS, hidangan istimewa ini boleh dipesan dalam 3 set berbeza – Meal A (set 1 orang), Meal B (set 2 orang) dan Meal C (set 4 orang) untuk pilihan makan seorang dan juga untuk makan sekumpulan pada bila-bila masa! 



Bulan puasa juga merupakan waktu yang istimewa di mana kita dapat berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan untuk berbuka puasa. Oleh sebab itu, TCRS berbesar hati melancarkan menu baharu ini untuk dinikmati bersama samada di restoran ataupun di rumah. Berkenaan pemilihan perkataan ‘kilau’ ini dijelaskan kerana mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat. Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.


Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd mengakui bahawa setiap budaya memiliki cara masak yang unik dan tradisional. “Kami teruja kerana dapat mereka cipta menu baharu bersempena bulan Ramadan dan Hari Raya dan kami juga mengalu-alukan semua orang, tidak kira yang tua ataupun muda untuk mencubanya. Pasukan kami telah bertungkus-lumus menyesuaikan resipi untuk musim perayaan ini dan kami berharap semua berpeluang mencuba Ayam Kilau”.

The Chicken Rice Shop amat menitikberatkan citarasa para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai jenis menu bersesuaian dengan hari perayaan dan TCRS bermatlamat untuk terus menginovasi menunya supaya ianya senantiasa dapat dinikmati demi menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia.



“Kami di TCRS amat berbangga kerana dapat menyediakan makanan tempatan yang terbaik kepada para pelanggan, resipi baharu yang kami perkenalkan juga sesuai dan berkualiti untuk santapan semua. Kami berharap musim perayaan ini akan dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan,” ungkap Wong.

Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/  

Post a Comment

0 Comments