SEDAPNYA MENU-MENU DI WHA RONG!

Baru-baru ni aku dan kawan-kawan pergi makan di restoran Wha Rong yang terletak di 1 Utama Shopping Centre.

Buat pengetahuan, restoran Wha Rong ini menyediakan hidangan mee tarik dan Sichuan cuisine. 


Untuk pergi ke restoran ini agak tricky sebab restoran ini terletak di bahagian luar 1 Utama Shopping Centre bukannya di dalam mall. Namun nak cari restoran ini tidaklah susah, anda cuma perlu pergi ke old wings (bagi yang tak biasa, 1 Utama Shopping Centre ini terbahagi kepada old wings dan new wings) dan cari McDonalds dan KFC. Di tengah-tengah antara McDonalds dan KFC ni terdapat laluan keluar, anda perlu keluar mengikut laluan keluar ini dan restoran Wha Rong terletak berhadapan pintu keluar ini di bahagian sebelah kanan. Jelas tak?



Sedapnya Menu-Menu di Wha Rong!


Seperti yang aku jelaskan sedikit di atas tadi, Wha Rong ini adalah sebuah restoran yang menghidangkan mee tarik dan Sichuan cuisine. 


Berstatus 'Muslim Friendly' (kerana sijil halal mereka masih dalam proses), hidangan di sini sememangnya selamat dimakan. Buat pengetahuan untuk rempah-rempah kebanyakkannya adalah dari Sichuan dan sememangnya mendapat sijil halal dari kerajaan China namun belum mendapat sijil halal dari Malaysia walaubagaimana pun, mereka sedang di dalam proses untuk mendapatkan sijil halal tersebut.


Terdapat pelbagai pilihan mee tarik yang dihidangkan di sini. Baik yang pedas atau pun tidak, hidangan mee tarik di sini tersangatlah sedap. 


Jujur, aku bukanlah peminat mee tarik namun mee tarik yang dihidangkan di sini benar-benar menambat selera makan aku.



Antara menu yang aku cuba tempohari adalah ;

✅ Mee Tarik with Crispy Chicken Chop in Chicken Collagen Soup (RM21.80)
✅ Plain Mee Tarik in Collagen Chicken Soup (RM11.80)
✅ Mee Tarik with Beef Balls in Collagen Chicken Soup (RM19.90)
✅ Mee Tarik with Chicken Dumplings in Collagen Chicken Soup (RM18.80)
✅ Dry Mee Tarik with Soup Dumplings (RM18.80)
✅ Dry Mee Tarik with Pan Fried Dumplings (RM19.80)
✅ Crispy Fried Mee Tarik with Seafood (RM20.80)
✅ Panfried Chicken Buns (RM10.80)


Bagi peminat-peminat makanan pedas macam aku, jangan lupa untuk mencuba Mala Mee Tarik with Beef Slice (RM25.80). Rasa pedas dia memang padu! Ini antara yang paling aku suka.


Boleh dikatakan kesemua menu di sini sangat sedap apatah lagi mee tariknya tidak terlalu berminyak. Rasa supnya pula ya rabbi memang sedap sangat baik yang pedas atau tidak. 


Agak jarang aku nak puji keseluruhan makanan di mana-mana restoran tetapi di Wha Rong ni hampir kesemua menunya sangat sedap. Pendek kata berbaloi dengan harga!


Oh ya! Bagi peminat hot pot pula, anda boleh mencuba hidangan hot pot di sini pada harga RM138.80 (untuk hidangan 4 orang) atau yang berharga RM158.80 (untuk hidangan 4 orang).



Untuk hot pot terdapat 2 pilihan kuah sama iaitu yang pedas dan yang tak pedas. Dua-dua disediakan, jadi mudahlah untuk kita semua mencuba hot pot mengikut citarasa masing-masing.



Pendek kata dengan harga yang aku sebutkan di atas, anda dan keluarga atau pun sahabat handai akan dapat menikmati hot pot ini sepuas-puasnya.



Bagi yang berminat untuk mencuba mee tarik dan hot pot di Wha Rong, anda boleh terus ke outlet mereka yang terletak di ;

Alamat : LG603 & 603A, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor (landmark laluan pintu keluar di tengah-tengah antara MCD & KFC)
@bebelancikminfoodhunter Korang peminat mee tarik? Wajib cuba mee tarik di Wha Rong yang terletak di 1 Utama Shopping Centre tapi bukan di dalam mall ye tetapi Wha Rong ni terletak di luar mall. Senang je nak cari, korang kena ke level LG (Old Wings), nampak Mcd & KFC? Ha kat tengah2 antara Mcd & KFC tu ada laluan keluar, just keluar menghala ke kanan nnt korang akan nampak restoran Wha Rong ni. Sumpah! Makanan kat sini sedap2, paling aku suka Mala Mee Tarik sebab aku peminat makanan pedas. Seyes ye berbaloi makan kat sini. Jom la korang ke restoran Wha Rong ni. #bebelancikmin #bebelancikminfoodhunter #wharong #meetarikhalal #meetarik #malahotpot #malameetarik #makanlokal ♬ Songs of Chinese folk instruments - 余白

Post a Comment

1 Comments