Samtai Yamch'a Dim Sum Perkenalkan Masakan Tionghua Halal

Jika anda berjalan-jalan ke One Utama Shopping Centre, singgahlah menjamu selera di Samtai Yamch'a Dim Sum yang terletak di level LG.




Lebih tepat lagi, Samtai Yamch'a Dim Sum ini terletak di bahagian 'old wings' dan berhadapan dengan KFC.


Kisahnya semalam aku dan kawan-kawan singgah makan di Samtai Yamch'a Dim Sum. Dari jauh memang agak ragu-ragu, 'halal tak makanan kat sini?' tetapi apabila datang dekat terhapus segala keraguan kerana dengan jelas logo Halal JAKIM beserta dengan no.sijil dan tarikh luput sijil dipampang di hadapan kedai.

Menyediakan hidangan masyarakat Tionghua seperti Cheong Fun, Siew Mai, Har Gao dan banyak lagi, Samtai Yamch'a Dim Sum tetap tidak melupakan menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak. Menariknya lagi ialah nasi lemak yang dihidangkan di sini dimasak bersama bunga telang yang menghasilkan nasi lemak berwarna biru seakan warna Nasi Kerabu.



Terdapat 10 jenis dim sum dan 5 jenis Cheong Fun yang disediakan di Samtai Yamch'a Dim Sum selain terdapat makanan lain seperti mee tarik dan banyak lagi.


Antara menu yang sering menjadi tumpuan di Samtai Yamch'a Dim Sum ini adalah Neardy Red Bean Bao dan Custard Lava Bao yang comel. Bukan sahaja comel malah enak dimakan. Tambahan pula Custard Lava Bao itu kalau dicucuk dengan chopstik akan mengeluarkan lava custard (boleh rujuk pada video yang aku lampirkan diakhir artikel ini)


Semalam aku sempat mencuba Custard Lava Bao, Nerdy Red Bean Bao, Hargao, Siew Mai, Beancurd Roll with Sweet Sor Sauce, Loh Mai Kai, Red Oil Wanton, Fried Gyoza, Mala Mee Tarik, Signature Fried Chicken Wings + Korean Ramyeon, Prawn Cheong Fun, Red Oil Wanton, Loh Mai Kai dan Prawn Salad.


Jika ditanya hidangan yang mana paling aku suka, secara jujur agak sukar untuk aku memilih kerana semua hidangan ini sedap tapi mungkin yang paling aku suka adalah Red Oil Wanton yang lembut dan rasanya yang sangat seimbang. 


Dari segi harga pula adalah sangat-sangat 'reasonable'. Bayangkan, Custard Lava Bao hanyalah RM9.80 dan Loh Mai Kai yang sangat susah nak makan yang halal jika di luar baru berharga RM8.80 sepiring.


Jika anda berminat untuk mencuba masakan Cina yang halal bolehlah singgah ke Samtai Yamch'a Dim Sum yang terletak di ;

Alamat : LG, Foodstreet, 1 Utama Shopping Centre, 122, Central Park Avenue,
Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya 
Selangor




@bebelancikminfoodhunter Nak rasa masakan Tionghua yang ada sijil Halal JAKIM? jom la ke @samtayamcha yang terletak di level LG, Food Street One Utama. Banyak menu yang aku cuba semalam dan seriously sangat berbaloi! Even aku pergi makan dgn kawan berbangsa Cina pun memang mereka pun approved kata sedap!! #kulinermalaysia #bebelancikmin #bebelancikminfoodhunter #klfoodie #foodiemalaysia #makanlokal #santaiyumchadimsum #ou #oneutama #oneutamashoppingmall ♬ original sound - Bebelan Cik Min Food Hunter

Post a Comment

0 Comments