CARRISA JENAMA PRODUK KECANTIKAN TEMPATAN YANG DIJUAL DI SOGO

Agak bangga rasanya apabila produk tempatan duduk sebaris dengan produk-produk antarabangsa. Carrisa, jenama produk tempatan yang dikeluarkan oleh kumpulan syarikat pengilang yang berstatus ISO, memiliki pengesahan Halal JAKIM dan Good Manufacturing Practice (GMP) kini boleh didapati di SOGO.


Umum mengetahui, untuk menembusi pasaran seperti di SOGO bukanlah sesuatu yang mudah. Sebab itulah biasanya hanya produk antarabangsa seperti LANCOME, SHISEIDO, SKII dan sebagainya yang dijual di sini namun kini Carrisa berjaya duduk sebaris dengan jenama-jenama ini di SOGO.


Carrisa Beauty Sdn.Bhd telah ditubuhkan di Kuala Lumpur sejak tahun 2015 lagi namun ketika itu mereka lebih menumpukan kepada butik pakaian sehinggalah pada tahun 2018 baru mereka membuat penyelidikan bagi pembuatan produk kosmetik asas di bawah jenama Carrisa.




Rangkaian Produk Keluaran Carrisa


Produk Jenama Carrisa terdiri daripada kelengkapan kosmetik, penjagaan muka dan penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan dan juga pencuci peribadi wanita.


Untuk kosmetik, terdapat set palet lengkap bertemakan warna merah jambu dan warna terang. Ianya sesuai digunakan untuk majlis rasmi, ke pejabat mahupun majlis santai.Dipadankan dengan bedak muka BB Chusion dengan liputan penuh supaya kulit nampak lebih semulajadi dan mekap akan tahan lebih lama. 


Terdapat 4 pilihan untuk BB Cushion iaitu ;

  • Enchanting
  • Belle
  • Cover Girl
  • English Rose

Tak lengkap bermake-up tanpa lipstik, di Carrisa terdapat 4 pilihan warna menarik yang anda boleh pilih iaitu ;

  • Salmah
  • Mei Ling
  • Priya
  • Fatimah


Dah namanya rangkaian kosmetik, jadi sudah pastilah barangan make-up untuk mata juga ada. Carrisa mengeluarkan lengkap produk make up seperti mascara, liquid eyeliner dan juga eyebrown. Tapi paling aku tertarik ialah eyeliner yang dikeluarkan oleh Carrisa sebab terdapat 3 pilihan warna dan salah satunya adalah berwarna biru.



Apa pun sebelum membeli produk kosmetik, wanita disarankan untuk mengetahui rona warna dan tekstur kulit supaya kosmetik yang digunakan akan kekal cantik dan tahan pada kulit muka disamping mengelakkan mekap menjadi tidak sekata dan bercapuk.



Jika ingin mendapatkan khidmat nasihat dan membuat penampilan baharu dengan berdandan, anda boleh ke kaunter Carrisa untuk mendapatkan khidmat nasihat. Pegawai mereka akan memberi tips dan produk yang sesuai untuk digunakan. Pastinya anda akan pulang dengan penampilan baru yang mengujakan untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga yang lain.


Bagi krim mandian dan skrub badan pula, terdapat tiga campuran bahan utama iaitu estrak Bunga Sakura, Lavender dan susu kambing.  Ia diformulasikan dengan tiga bahan utama bersama ramuan terbaik yang lain. Kesannya ia dapat menanggalkan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Dalam masa yang sama memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan segar.


Pencuci peribadi wanita pula diformulasikan daripada ekstrak tumbuhan semulajadi yang secara tradisinya telah digunakan sejak dahulu lagi bagi membantu membersih dan menjaga bahagian intimasi wanita. Khasiat daun sirih dipercayai dapat membunuh bakteria dan mikro-organisme yang menjadi penyebab keputihan.  Manjakani pula digunakan untuk menyembuhkan luka.  Ia dijadikan jamu untuk kesihatan dalaman wanita 


Jika anda berminat untuk mendapatkan rangkaian produk kecantikan dari Carrisa Beauty, anda boleh kunjung SOGO i-Central Shah Alam dan SOGO Midvalley Southkey, Johor Bharu. Atau anda boleh layari laman sosial mereka di ;


Instagram : https://www.instagram.com/carrisa.beautyhq

Facebook : https://www.facebook.com/Carrisa.Beauty/

Post a Comment

0 Comments