KELAB SUKAN, KEBAJIKAN & REKREASI TOURISM SELANGOR MENGANJURKAN PROGRAM PUSING SELANGOR DULU JUNIOR AMBASSADOR ATTACK 2022

Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Tourism Selangor telah menganjurkan Pusing Selangor Dulu Junior Ambassador Attack sebagai sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), dengan kolaborasi bersama CSR Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).


KELAB SUKAN, KEBAJIKAN & REKREASI TOURISM SELANGOR MENGANJURKAN PROGRAM PUSING SELANGOR DULU JUNIOR  AMBASSADOR ATTACK 2022

Seramai 70 orang anak-anak yatim daripada rumah anak yatim terpilih di sekitar Selangor; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia, Asrama Anak Yatim Damai, Kuang, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Kuala Langat dan Rumah Amal Raudhatul Jannah telah menyertai aktiviti berkayak di Paya Bakau Bagan Lalang, Sepang.


Bagi terus menyokong pembangunan rumah anak yatim di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), sumbangan sebanyak RM 2,000 akan disalurkan oleh pihak Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Tourism Selangor kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) melalui Program CSR ini. Program CSR pada tahun ini memainkan peranan yang amat penting dalam membina industri pelancongan yang lebih inklusif dengan melibatkan anak-anak ini sebagai duta kecil bagi negeri Selangor, terutamanya dalam mempromosikan pelancongan domestik melalui kempen #PusingSelangorDulu.


KELAB SUKAN, KEBAJIKAN & REKREASI TOURISM SELANGOR MENGANJURKAN PROGRAM PUSING SELANGOR DULU JUNIOR  AMBASSADOR ATTACK 2022

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Tuan Azrul Shah Mohamad, Program Pusing Selangor Dulu Junior Ambassador Attack bagi tahun 2022 ini selaras dengan Rancangan Selangor yang Pertama dalam mempertingkatkan inklusiviti sosial dan kesejahteraan rakyat seterusnya menjadikan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang ideal untuk didiami dengan memberi penekanan kepada kesejahteraan dan kebajikan secara seimbang dan inklusif.


Pemilihan Sungai Sepang Besar di Bagan Lalang Sepang ini merupakan salah satu inisiatif bagi merancakkan industri pelancongan tempatan dan memperkenalkan produk serta aktiviti pelancongan kepada anak-anak yatim yang menyertai program ini.

Disamping itu, program ini dapat memberikan kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar serta pengenalan mengenai penjagaan hutan paya bakau khususnya di Bagan Lalang, 

kata beliau lagi.


Program CSR yang dilaksanakan oleh Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Tourism Selangor merupakan antara usaha dalam mendekatkan masyarakat bersama agensi kerajaan negeri Selangor. Dengan sokongan para penaja yang terdiri daripada pemain industri pelancongan tempatan serta agensi-agensi kerajaan negeri Selangor, ia mampu mempertingkatkan promosi bagi pelancongan domestik yang bersesuaian bagi setiap lapisan masyarakat.

Post a Comment

0 Comments