Dekati Masyarakat Murut Sabah Di Marais Centre

Antara keunikan negeri Sabah adalah kerana terdiri daripada beberapa suku kaum berbeza yang tiada di Semenanjung. Masyarakat Murut adalah salah satu daripadanya.


Berpeluang mendekati masyarakat Murut di Sabah baru-baru ini umpama satu bonus buat diri aku. Terletak di Tenom, perjalanan kami dari Kota Kinabalu ke Marais Centre cecah hampir 5 jam perjalanan dek kerana struktur jalannya yang tidak seperti di Semenanjung Malaysia.


Buat pengetahuan, Marais Centre adalah sebahagian daripada inisiatif pelancongan berasaskan komuniti untuk menggalakkan kelestarian dan meningkatkan kehidupan masyarakat di perkampuangan Marais. Usaha murni ini bagi mendekatkan lagi masayarakat luar dengan adat dan budaya dari suku kaum Murut.




Sedikit Mengenai Masyarakat Murut


Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan, Beaufort dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung atau Tirong, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung, Murut Agabag atau Ahavah,Tanggara atau Tanggala, Kolor atau Kolod atau Akolod, Murut Nabai, Murut Gana atau Hana dan Murut Lundayeh[3]/ Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.



 

Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.

 

Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.


Mengenai kepercayaan pula, dahulu mereka mempercayai amalan angkapio iaitu suatu yang telah menjadi amalan seseorang atau kelompok masyarakat, selain itu mereka juga mempercayai akan konsep amamahun iaitu ada makhluk lain yang mendiami kehidupan lain seperti pada suatu kawasan, pokok atau haiwan lain contohnya :- timbolong, induluyon, panggaangon dan banyak lagi . Menurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno atau nama lainnya aki kaulung dan juga disebutkan pada suku lain kinapuuno adalah kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya yang berada di bumi, termasuk orang. Kini,kebanyakan suku kaum Murut majoritinya beragama kristian.

 

Pengalaman Aku di Marais Centre Mendekati Masyarakat Murut


Seperti yang aku tuliskan di awal tadi, perjalanan kami dari Kota Kinabalu bermula seawal 5 pagi dan mengambil masa hampir 5 jam untuk sampai ke Marais Centre, Kampung Marais di daerah Tenom ini. Sesampai di Marais Centre, kehadiran kami disambut meriah dengan tarian Magunatip iaitu tarian sebagai ucapan selamat datang.


Kemudian kami telah dibawa untuk melihat bagaimana pakaian tradisional masyarakat Murut dibuat. Pakaian tradisi lelaki masyarakat Murut dinamakan PUPUTUL ;

Babaru puputul

Pakaian tradisi masayarakat Murut diperbuat dari kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana.



 

Aba puputul

Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang

 

Tupi'sinulatan

Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot.




Berlainan pula dengan pakaian tradisi wanita masyarakat Murut yang secara tradisinya menggunakan baldu untuk dijadikan pakaian, nama bagi pakaian tradisi masyarakat Murut adalah ;

Pinongkolo

Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.

 

Pipirot

Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod.

 


Salupai

Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.

 

Sinikot

Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.

 

Rarangkol

Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.



 

Holong

Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.


Banyak juga yang kami pelajari di sini tentang adat dan budaya masyarakat Murut. Antaranya tentang senjata yang digunakan oleh mereka ketika pergi memburu. Ketika ditanya soal rantai yang dipakai oleh mereka, tengkorak yang dipamerkan pada rantai adalah dari tengkorak monyet atau yang dibuat sendiri. Namun pada suatu masa dahulu, tengkorak tersebut adalah tengkorak dari rangka manusia dan rantai yang dipenuhi tengkorak ini biasanya hanya dipakai oleh pahlawan mereka pada zaman dahulu.


Harus diingatkan juga kepada pengunjung muslim agar jangan menyentuh rantai yang dipakai mereka kerana ada antaranya diperbuat dari tulang babi.


Kunjungan kami tidak lengkap jika tidak mencuba makanan tradisi masyarakat Murut. Hidangan tengahari kami di jamu dengan hidangan nasi linopot iaitu nasi yang dimasak sedikit lembik dan dibalut dengan daun pisang.

Bagi lauk pauknya pula ada ayam yang dimasak di dalam buluh, ada pucuk ubi, sambal tuhau, bambangan dan terung bakar. Jika ditanya apa yang paling menambat hati aku, aku pilih terung bakarnya yang dibakar sempurna dengan rasa asap. Memang betul-betul sedap hidangan terung bakar masyarakat Murut ni.




Menu lain yang menjadi pilihan hati aku ialah sambal tuhau! Ya rabbi sambal tuhau yang dihidangkan di Marais Centre ni betul-betul kena dengan tekak aku, rasa masam dan pedas yang menyengat betul-betul membuat aku sangat berselera.

Jika anda ke Sabah, jangan lupa untuk ke Marais Centre ;

Alamat : Peti Surat 206 Kampung Marais, 89908 Tenom, Sabah

Phone: 016-834 9781


Untuk maklumat lebih lanjut tempat-tempat menarik di Sabah anda boleh dapatkan di ;


@bebelancikmin Kalau berkesempatan ke Sabah, jangan lupa singgah ke Marais Centre sbb di sini kita boleh tgk dgn lebih dekat lg kehidupan, adat dan budaya masyarakat Murut. Tapi kalo ke sini jgn gatal2 nak sentuh rantai yg ada tulang2 tu.. teringat pulak dgn kisah rakan media yang tgh buat interview sambil tangannya menyentuh rantai dan soalannya ; "Rantai ni diperbuat dari apa" "Tulang babi" jawap org Murut tersebut 🤣🤣🤣🤣.. keras je lepas tu si tukang interview🤣🤣.. tak pepasal kena samak oiii Apa pun korang boleh baca lanjut di https://www.bebelancikmin.com/2022/10/dekati-masyarakat-murut-sabah-di-marais.html #EnchantingSabah #SabahOnsoi #CutiCutiMalaysia #VisitSabah #MalaysiaAirlines #GayaTravel #AksesMalaysia #murut #murutsabahan #muruttenom #info #fyp #bebelancikmin ♬ Ngajat Ngalu Temuai - Various Artist - Taboh

Post a Comment

2 Comments

  1. Bestnya..Harap satu hari nanti dapatlah ke sana

    ReplyDelete
  2. Menu dia tu sedapnyaa Min..
    Kalau Sis jenis suka mencuba rasa.. mesti sedapkann..
    Ko pun dah macam orang Murut Min hehehehe

    ReplyDelete