ARE YOU OKAY CENTRE Bantu Golongan Psiko Sosial

Menghadapi masalah tekanan jiwa bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Golongan yang mengalami masalah psiko sosial ini adalah golongan yang sewajarnya di bantu.


Sehubungan dengan itu, UiTM dan Wanita Ikon Selangor Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Datin Rita Sosilawati telah memulakan langkah pertama untuk mempromosi kesihatan psiko sosial melalui ARE YOU OKAY CENTRE.




Objektif utama penubuhan ARE YOU OKAY CENTRE ialah ;


1. Sebagai medium interaktif sesama warga UiTM yabng terdiri daripada golongan pelajar dan staf dalam berkongsi masalah yang menyumbang kepada tekanan dan masalah mental.


2. Pusat ini bertindak dalam membantu mencadangkan saluran yang betul kepada pihak yang berkaitan untuk diambil tindakan. Ini kerana ramai orang yang mempunyai masalah dan tidak tahu kemanakah saluran yang betul untuk menyelesaikan belenggu mereka.


3. Berfungsi sebagai tempat bagi aktiviti-aktiviti sihat minda di kalangan warga UiTM dan komuniti setempat.


Menurut YBHG.Prof Datuk TS.DR. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM yang berucap ketika Majlis Menandatangani Surat Hasrat Antara UiTM Dengan Wanita Ikon Selangor 2022 Dan Majlis Pelancaran ARE YOU OKAY CENTRE


Saya berharap melalui penubuhan 'Are You Okay Centre' mampu meluaskan lagi akses untuk mendapatkan pertolongan dan bantuan bagi menangani isu dan cabaran kehidupan terutama kepada warga UiTM yang terdiri dari pelajar, staf serta komuniti setempat. Oleh itu, semua pihak perlu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek ini.


Saya juga berharap agar program kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan kesejahteraan warga UiTM dan pihak komuniti setempat diambil perhatian serius. Kami daripada pihak UiTM menyambut baik usaha pelbagai pihak sama ada dari agensi kerajaan mahupun NGO untuk bergandingan dalam memberikan sumbangan ke arah kesejahteraan insan sejagat.

 


Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Datin Rita Sosilawati pula melalui ucapannya menyatakan ;


Orang dulu-dulu ada berkata 'tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain'. Saya masih ingat lagi, sekitar tahun 2003 hingga tahun 2008 dahulu di sinilah tempat saya dan kawan-kawan bertemu, sama-sama kami menuntut ilmu dan menjalani kehidupan di alam kampus sebagai mahasiswa.


Kini saya seperti sireh pulang ke gagang, saya kembali lagi ke sini, ke UiTM di Hatiku ini, untuk menyumbang kalau tidak banyak pun, sedikit idea dan tenaga. Insha Allah saya akan laksanakan amanah ini dengan pertolongan Allah SWT dan sokongan semua. 




Mengikut statistik, di UiTM sahaja terdapat sehingga 152 kes psiko sosial dan keadaan ini agak membimbangkan serta perlu mendapat perhatian. Diharapkan dengan adanya ARE YOU OKAY CENTRE dapat membantu bukan hanya golongan pelajar dan komuniti yang memerlukan.



Post a Comment

0 Comments