Berita baik buat semua rakyat Kelantan Darul Naim kerana pada hari ini Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Sultanah Kelantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad
Yakob yang berkuat kuasa hari ini.
Ahmad ketika membacakan teks itu berkata, pengisytiharan
dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh
Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Sultan dan Yang dipertuan bagi negeri Kelantan sudah
mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat
Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.
Sultan juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat
kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan kehadapan isteri baginda
dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Baginda juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat
kemuliaan kepada Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan gelaran
Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, iaitu isteri kepada
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.
Semua kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.
@bebelancikmin Sultan Kelantan isytihar Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan #fyp #kelantan #sultan #sultanahkelantan #kelantanroyalfamily #bebelancikmin ♬ CASABLANCA - Nuha Bahrin & Naufal Azrin
0 Comments