Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell Bakal Mengubat Kerinduan Peminat

Bagi peminat-peminat stesen radio Suria FM pasti merindu Jelajah Suria FM seperti tahun-tahun sebelum pandemik. Saban tahun Suria FM pasti akan membawa team mereka dan artis-artis ternama tanah air ke seluruh pelusuk Malaysia untuk menghiburkan peminat-peminat mereka.


Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell Bakal Mengubat Kerinduan Peminat


Tahun ini, sekali lagi Suria FM bakal menemui peminat melalui 'Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell' dengan sentuhan yang berbeza. Berkonsepkan sentuhan '90an' yang bertepatan dengan tema Suria FM itu sendiri yang mengangkat lagu-lagu 90-an, Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell akan membawakan seramai 33 orang artis popular menampilkan gabungan artis legend 90an dan juga artis masa kini.


Antara artis yang akan bersama menghiburkan peminat dalam jelajah kali ini ialah Ziana Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, Zamani Sla,, Amir Uk's, Alim Kris, Liza Hanim, Amelina, Muss (Mus May), Safura, Hatta Junction, Kumpulan Boboy, Poey Stings, Renggo (Arrow), Rahmad Mega, Man Bai, Wan (Lestary), Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Amir Masdi, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Ara Johari, Afieq Shazwan, Dolla, Tajul, Wany Hasrita, Yonnyboii, Insomniaks, Floor 88, Nabila Razali, Fieya Julia, Iman Troye dan ramai lagi.




Manakala barisan artis baru yang akan turut hadir bagi mempromosikan lagu mereka antaranya ialah Farah Rose, Wawa Shazwa, Ahmad Syafiq, Farra Ahmad, Hakim Khan, Aiman Zaidi dan Syeera Aziz. Turut bakal memeriahkan pentas jelaljah suda pastilah barisan penyampai radio Suria FM sendiri iaitu Ajak, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahira (Rara), Tyzo, Anna Aljuffrey (Anna J) dan DJ Lin


Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin,

Setelah hampir 2 tahun tidak menemui peminat sejak berlakunya pandemik Covid-19 di tanah air, kini Suria FM kembali turun padang untuk menghiburkan pendengar setia sebagai tanda terima kasih di atas sokongan padu yang mereka berikan selama ini



Ujarnya, tema Jelajah kali ini sejajar dengan konsep radio Suria FM yang sentiasa memainkan lagu-lagu hit 90an selain bertujuan mengembalikan nostalgia lagu yang pernah menjadi fenomena.


Banyak tarikan menarik yang menanti pengunjung antaranya sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah istimewa seperti 4 buah motosikal, 4 buah basikal lipat (folding bike), barangan elektrik, pakej percutian yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih dari RM100 ribu ringgit dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria seperti Combo Sejati, Combo Jalan Pulang, Combo Baldu Biru dan banyak lagi dengan harga promosi di booth Kedai Suria pada hari jelajah berlangsung


Tambah DJ Lin. 


Jelajah kali ini turut membawakan aktiviti pentas yang lebih menarik dengan menampilkan kumpulan busker sebagai persembahan pembukaan juga sesi bersama pengasas produk Kak Ell yang turut menawarkan pelbagai hadiah istimewa.


Kami mengharapkan siri 'Jelajah 90 Suria' mendapat sambutan baik dari semua pihak dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara. Ianya adalah percuma.


akhiri DJ Lin.


Bagi mereka yang ingin turut serta memeriahkan Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell bolehlah merujuk pada jadual Jelajah 90 Suria memang Cantik Kak Ell seperti di bawah ;


Kuantan 

Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang

6 Ogos 2022

 

Aman Central Alor Setar, Kedah

13 Ogos 2022

 

Paradigm Mall, Johor Bahru

20 Ogos 2022

 

IOI Mall 2, Putrajaya

27 Ogos 2022

 

City Mall, Kuantan, Pahang

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari ;

Laman web : https://jelajah.suria.my/


Sedikit Mengenai Kak Ell


Pasti anda tertanya-tanya siapakah Kak Ell dan kenapa namanya turut ada di dalam Jelajah 90 Suria ini? Buat pengetahuan, Kak Ell adalah pengasas produk kecantikan jenama KAK ELL. Nama Kak Ell mula menjadi sebutan apabila videonya tular di TikTok mengenai cara penjagaan wajah.


Kak Ell yang sering berkongsi tentang tips penjagaan wajah di TikTok, sehingga kini meraih sehingga 598.5k pengikut.

Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell Bakal Mengubat Kerinduan Peminat


Bagi program Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell  ini, Kak Ell adalah penaja utama bagi Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell 

Post a Comment

0 Comments