Review Drama | She Was Pretty Malaysia

Bagi peminat-peminat drama romantik komedi, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton drama She Was Pretty (Malaysia) yang mula ditayangkan di Viu sejak 23 Jun yang lalu.


She Was Pretty adalah sebuah drama komedi romantik yang dihasilkan semula (remake) lakonan mantap Diana Danielle dan Aiman Hakim Ridza. Buat pengetahuan, versi asal drama She Was Pretty ini adalah dari Korea dengan barisan pelakon hebat seperti Hwang Jung-eum, Park Seo-joon, Go Joon-hee dan Choi Si-won


Review Drama | She Was Pretty Malaysia



Sinopsis She Was Pretty


Arahan : Datuk Yusry Abdul Halim
Durasi : 42 Minit
Tayangan : Viu

Barisan Pelakon ;

Aiman Hakim Ridza sebagai Haniff Hilmi

Diana Danielle sebagai Nadia Rahman

Alvin Chong sebagai Ashraff

Daniella Sya sebagai Kejora "Jo' Yusoff

Yasmin Hani sebagai Julie

Adam Malek sebagai Junad

Arena Wan sebagai Aria Bakri

Amelina Amir sebagai Madam Rara

Jasmin Hamid

Arash Mohd

Zainol McWilson


She Was Pretty mengangkat kisah cinta monyet di zaman kanak-kanak yang kembali menghantui ketika usia menginjak dewasa. Nadia seorang gadis popular di zaman remaja berkawan baik dengan Haniff meskipun Haniff pada ketika itu seorang budak lelaki yang mempunyai fizikal badan yang gemuk. Nadia pada Ketika itu bukan sahaja cantik malah lahir dari keluarga yang kaya.  Ibarat enggang dan pipit persahabatan antara Nadia dan Haniff, mereka akhirnya terpisah kerana Haniff terpaksa mengikut keluarganya ke luar negara.

Setelah 15 tahun berlalu, keadaan merubah segalanya. Nadia bukan lagi gadis cantik yang popular suatu masa dahulu malah rambutnya kini kerinting dan muka yang penuh dengan cela manakala Haniff juga bukan Haniff yang berbadan gempal tetapi Hanif kini tampil dengan wajah kacak bergaya. Setelah 15 tahun terpisah, Haniff yang menetap di luar negara kini pulang ke Malaysia dan ingin bertemu dengan cinta monyetnya iaitu Nadia. Meskipun terpisah lama namun hubungan mereka masih kekal dengan adanya e-mail.

Akibat rasa rendah diri dengan keadaan fizikalnya sekarang, Nadia telah meminta kawan baiknya Jo untuk menyamar sebagai dirinya. Haniff yang tidak mengesyaki apa-apa hanya menerima bahawa Nadia yang berada dihadapannya adalah Nadia yang dia kenali 15 tahun lepas walau hakikatnya Nadia yang ada dihadapannya sekarang hanyalah seorang ‘penyamar’.


Review Drama | She Was Pretty Malaysia


Lebih merumitkan keadaan, Nadia yang sebenar adalah pekerja sambilan di majalah The Most iaitu syarikat di mana Haniff turut bekerja. Apakah kesudahan kisah cinta mereka? Dapatkah Haniff mengenali siapakah Nadia yang sebenarnya? Jangan lupa untuk menonton She Was Pretty pada setiap hari Khamis di Viu.


Review Drama | She Was Pretty Malaysia


Secara jujurnya drama She Was Pretty yang diadaptasi dari drama Korea dengan judul yang sama ini mengingatkan aku pada filem Hindi lakonan Kareena Kapor, Rani Mukerji dan Hirthik Roshan yang bertajuk Mujhse Dosti Karoge. Filem tersebut juga berkisarkan tentang cinta monyet yang kembali bertaut setelah lama terpisah, namun menjadi sangat rumit bila antara 2 sahabat iaiatu Kareena Kapor dan Rani Mukherji bertukar tempat bagi mengelirukan Hirthik Roshan yang akhirnya terjebak kepada cinta tiga segi.

Apa pun, garapan semula drama She Was Pretty oleh Datuk Yusry Abdul Halim ini tidak mengecewakan apatah lagi dengan barisan pelakon-pelakon yang hebat.

Tentang Viu


Viu, perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka PCCW, terdapat di 16 buah negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika Selatan, dengan 58.6 juta pengguna aktif bulanan (“MAU”) sehingga Disember 2021.



Review Drama | She Was Pretty Malaysia



Perkhidmatan Viu tersedia secara  percuma dengan sokongan iklan dan juga langganan premium yang terdiri daripada beberapa pilihan langganan). Viu menawarkan siri TV, filem terbaharu dan program gaya hidup dalam bahasa tempatan dan serantau beserta sarikata daripada pembekal kandungan terkemuka, serta produksi di bawah jenama “Viu Original”.


Viu juga menawarkan fungsi penstriman dan ciri muat turun kandungan yang mesra  pengguna, dan boleh disambungkan ke  pelbagai peranti n. Viu juga membekalkan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira peranti atau rangkaian internet. 


Perkhidmatan penstriman ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (secara percuma di App Store dan Google Play) pada telefon pintar dan tablet, TV pintar, serta di laman web www.viu.com.


Bukan itu sahaja, Viu International Limited, melalui anak syarikat Moov (Hong Kong) Limited, turut mengendalikan MOOV, perkhidmatan penstriman muzik digital dan konsert popular secara langsung di Hong Kong. 




Menangi percutian ke Korea bersama pelakon Viu Original She Was Pretty dan Blimey!



Ini pula berita baik buat penonton-penonton drama She Was Pretty. Anda berpeluang untuk memenangi percutian lima hari empat malam  ke Korea Selatan dengan menyertai peraduan yang dianjurkan.



Review Drama | She Was Pretty Malaysia




Peraduan ini bakal menyaksikan dua pasangan bertuah memenangi percutian ke Korea Selatan, ditemani pelakon utama She Was Pretty, Diana Danielle dan Alvin Chong, dan Blimey! 



Anda hanya perlu mengikuti akaun rasmi Instagram dan TikTok @ViuMalaysia dan @BlimeyToYou, serta nantikan posting  babak terpilih She Was Pretty setiap minggu.



Muat naik video anda melakonkan semula atau memparodikan adegan tersebut di akaun Instagram atau TikTok anda, dan jangan lupa untuk dan hashtag #SheWasPrettyMalaysia #SheWasPrettyContest, serta tag @ViuMalaysia @Blimeytoyou. 



Dapatkan dan isi borang peraduan disini (https://docs.google.com/forms/d/1Em8tGT8VeJa2KJAdXKV8JvjNdWJ_mPQf82DByBVcZQY/edit?ts=62afed85) atau di akaun Instagram Viu Malaysia dengan butiran peribadi anda dan pautan ke video anda, beserta slogan 'Saya nak bercuti di Korea bersama BLIMEY, Diana Danielle dan Alvin kerana....’ tidak lebih daripada 15 patah perkataan. 



Arahan-arahan ini boleh didapati daripada video oleh Blimey di sini. (https://www.instagram.com/tv/Cfkz1qyjlMk/?igshid=YmMyMTA2M2Y=



Peserta dengan penyertaan lengkap setiap minggu dengan karya video kreatif dan slogan yang menarik akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang. Pertandingan ini berlangsung bermula 30 Jun hingga 28 Julai.



Adaptasi drama Korea She Was Pretty versi Malaysia dibintangi oleh Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan Daniella Sya kini ditayangkan di Viu, dengan dua episod setiap Khamis, dan tiga episod pada minggu akhir tayangan.



Penonton Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh didapati secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan televisyen pintar terpilih serta laman web www.viu.com.



Tertakluk kepada terma dan syarat.





@bebelancikmin Menangi Pakej Percutian ke Korea! Anda hanya perlu mengikuti akaun rasmi Instagram dan TikTok @ViuMalaysia dan @BlimeyToYou, serta nantikan posting  babak terpilih She Was Pretty setiap minggu.Muat naik video anda melakonkan semula atau memparodikan adegan tersebut di akaun Instagram atau TikTok anda, dan jangan lupa untuk dan hashtag #SheWasPrettyMalaysia #SheWasPrettyContest, s ♬ original sound - Bebelan Cik Min

Post a Comment

1 Comments

  1. Yeah!!! LeYa memang tonton drama She Was Pretty ni... tak sabar2 tunggu next episod

    ReplyDelete