Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

FADHILAT DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Doa Akhir Tahun Hijrah dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (Akhir waktu Asar penghujung tahun Hijrah). Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.


Barang siapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa ini maka diampuni Allah sekalian dosanya yang setahun ini.


FADHILAT DOA AWAL TAHUN HIJRAH


Doa Awal Tahun Hijrah dibaca selepas menyempurna kan Sembahyang Fardhu Maghrib awal tahun Hijrah. Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.


Barang siapa membaca doa ini maka bahawasanya syaitan akan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal umurnya pada tahun ini kerana bahawasanya Allah Taala telah mewakilkan dua Malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.


KAIFIYAT MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


1. Dibaca 7 kali: أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم

وأتوب إليه.


2. Surah Al-Fatihah:

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العلمين و الرحمن الرحيم ملك يوم الدين و إياك نعبد وإياك نستعين و أهدنا الصراط المستقيم و صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


3. Dibaca 7 atau 21 kali: أستغفر الله العظيم إنه كان غفارا


4. Dibaca 7 atau 21 kali:

أستغفر الله العظيم إنه كان توابا


5. Dibaca 7 atau 21 kali:

لًا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH (DIBACA 3 KALI)


الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.

اللهم ما عملنا في هذه السنة مما نهيتنا عنه فلم تثب منه ولم ترضه، ونسيناه ولم تنسه وحلمت علينا بعد قدرتك على عقوبتنا ودعوتنا إلى التوبة منه بعد جراءتنا على معصيتك فإننا نستغفرك فاغفر لنا، وما عملنا فيها مما ترضاه ووعدتنا عليه الثواب، فسألك اللهم يا كريم يا ذا الجلال والإكرام أن تتقبله منا ولا تقطع رجاءنا منك يا كريم.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العالمين.



DOA AKHIR TAHUN HIJRAH DALAM BAHASA MELAYU


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.


Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu. Oleh yang demikian kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia.


Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.


KAIFIYAT MEMBACA DOA AWAL TAHUN HIJRAH


Dibaca 7 kali: 1. أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم

وأتوب إليه.


2. Surah Al-Fatihah:

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العلمين و الرحمن الرحيم ملك يوم الدين و إياك نعبد وإياك تستعين في أهدنا الصراط المستقيم و صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


3. Dibaca 7 atau 21 kali: أستغفر الله العظيم إنه كان غفارا

4. Dibaca 7 atau 21 kali.

أستغفر الله العظيم إنه كان توابا 5. Dibaca 7 atau 21 kali:

لًا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين



DOA AWAL TAHUN HIJRAH (DIBACA 3 KALI)


الله الرحمن الرح الرحيم

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.

اللهم أنت الأبدي القديم الأول، وعلى فضلك العظيم وجودك المعول، وهذا عام جديد قد أقبل علينا، نسألك العضمة فيه من الشيطان الرجيم وأوليائه، وجنوده، والعون على هذه النفس الأمارة بالسوء والإشتغال بما يقربنا إليك زلفى يا ذا الجلال والإكرام يا أرحم الراحمين.

وصلى الله على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وصحبه أجمعين، والحمد لله رب العالمين.



DOA AWAL TAHUN HIJRAH DALAM BAHASA MELAYU


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.


Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada-Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepada Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.


Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad. berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.




Post a Comment

5 Comments

  1. Salam Maal Hijrah Kakmin. Moga sukses dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru Hijrah buat Min.. moga akan terus sihat dan maju berjaya..

    ReplyDelete