Telekung Siti Khadijah Rasmikan Butik Baharu di Aeon Mall Shah Alam

 "Nak, mak teringin nak telekung Siti Khadijah" , seakan terngiang ditelinga bait kata-kata yang menjadi tagline Telekung Siti Khadijah. Tidak dinafikan, sejak tahun 2009 nama Telekung Siti Khadijah meniti bibir ke bibir tentang kualiti telekung keluarannya.




Menjadi pemangkin bagi jenama-jenama lain turut tampil mengeluarkan telekung, namun jenama Siti Khadijah tetap utuh dan berdiri teguh hingga kini. Mempunyai 39 buah butik di seluruh negara dan Indonesia, kini Telekung Siti Khadijah merasmikan butik baharu mereka semalam di Aeon Mall Shah Alam.




Butik Siti Khadijah di Shah Alam membawakan pengalaman membeli belah yang berbeza sedikit dengan ruang jualan yang lebih luas, selesa dan rekaan dalamannya yang berkonsepkan moden dan mewah. Rekaan dinding yang berkeluk di samping sentuhan warna neutral pastinya membangkitkan atmosfera tenang ketika membeli belah.


Butik Siti Khadijah di Aeon Mall Shah Alam dipilih sebagai perintis kepada konsep rekaan dalaman terkini kerana saiz ruang jualan dan variasi produknya yang terhad sebelum ini. Butik baharu yang berkonsepkan lebih moden dan mewah diharapkan dapat memberi pengalaman luar biasa buat para pelanggan.




Kombinasi warna korporat SK iaitu merah hati dengan pilihan warna emas dan rose gold menyerlahkan nilai SK yang meyakinkan. Apa yang lebih menarik, ini adalah butik pertama SK yang dibuka di pusat membeli belah AEON di Malaysia.


Majlis pembukaan butik baharu ini dirasmikan oleh Encik Mohammad Munzir Aminuddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn. Bhd dan Puan Munirah Azmi selaku Pengarah Bahagian Operasi, Pemasaran dan Sewaan, AEON Co (M) Bhd.


Sudah menjadi keutamaan SK untuk sentiasa berinovasi dan memperbaiki mutu pengeluaran serta kenyamanan pelanggan dari masa ke semasa


Ujar Encik Mohammad Munzir Aminudin



Buat pengetahuan, SK akan membuka dua buah butik baharu lagi di Kulim, Kedah pada 1 Julai 2022 dan Ampang Point, Kuala Lumpur pada 15 Julai 2022. Di samping itu, Hegira, sebuah jenama hijab di bawah payung Kumpulan Siti Khadijah akan melancarkan butik pertamanya di AEON Mall Kota Bharu pada 1 Julai 2022


Bagi mereka yang ingin mengunjungi Butik Siti Khadijah di AEON Mall Shah Alam boleh la ke Lot F-4G yang terletak di aras 1 AEON Mall Shah Alam.

Post a Comment

3 Comments

  1. cantik sungguh butik dia..sejadah tepi tu pun cantikkk

    ReplyDelete
  2. Lawa butik baru yang ni. Luas dan selesa nak shopping kan.

    ReplyDelete
  3. Lawa butik dia... Cantik sejadah dia tu kak min

    ReplyDelete