GARNIER MALAYSIA LANCAR PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH DI SELURUH NEGARA DI BAWAH INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’

Umum mengetahui bahawa Garnier Malaysia sangat komited dalam usaha menyelamatkan bumi agar kekal hijau. Terbaru, Garnier Malaysia telah melancarkan program pendidikan sekolah di seluruh negara di bawah inisiatif  'Green Beauty'.


Pelancaran tersebut diadakan di SMK Darul Ehsan di Selayang Baru dan dihadiri oleh Puan Hajah Marpuaton binti Sastero, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan I.S.Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen Garnier Malaysia untuk memupuk generasi Hero Hijau yang seterusnya melalui pendidikan.


GARNIER MALAYSIA LANCAR PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH DI SELURUH NEGARA DI BAWAH INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’


Green Beauty adalah inisiatif global Garnier melibatkan pendekatan menyeluruh ke arah kelestarian. Komitmen ini mempunyai sasaran besar menjelang 2025 untuk mengurangkan impak keseluruhan Garnier terhadap alam sekitar secara menyeluruh. Matlamat kelestarian 2025 termasuklah memastikan produk tidak dihasilkan daripada plastik baharu, dan menukar bungkusan bagi memastikan semua bahan boleh diguna semula, dikitar semula dan boleh dikompos. Dengan mengambil langkah-langkah hijau dalam setiap perjalanan operasi jenamanya, Garnier juga komited memastikan tapak industrinya adalah neutral karbon menjelang 2025. Garnier juga berhasrat memperkasa 1,000 komuniti melalui program Penyumberan Perpaduan (Solidarity Sourcing).



Berikut adalah 5 langkah kelestarian keterlibatan Garnier ;

1. Lebih banyak penyumberan perpaduan

Garnier memperkasakan 670 komuniti sebagai sebahagian daripada program penyumberan bahan mereka.

 

Menjelang 2025, ia akan merangkumi 800 komuniti.

 

2. Formula yang lebih hijau dan lebih bersih

Pada 2019, formula baru syampu dan penjagaan rambut Garnier mencapai purata 91% terbiodegradasikan*.

 

Menjelang 2025, mereka akan mencipta formula baru yang berprestasi tinggi dan dihormati untuk rambut dan kulit, yang dikuasakan oleh Green Sciences, seperti bioteknologi.

 

3. Lebih banyak pembungkusan yang dikitar semula & boleh dikitar semula

Pada 2019, Garnier menjimatkan 3670 tan plastik penggunaan pertama. Penghujung 2020, botol Fructis akan diperbuat daripada 100% plastik yang dikitar semula di Eropah dan Amerika Syarikat.

 

Menjelang 2025, semua produk Garnier akan diperbuat daripada 100% plastik yang dikitar semula dan 100% akan boleh dikitar semula, boleh diisi semula atau boleh diguna semula.

 

4. Lebih banyak tenaga yang boleh diperbaharui

Sejak 2005, loji dan pusat pengedaran Garnier telah mengurangkan penggunaan air sebanyak 45% dan pelepasan CO2 sebanyak 72%.

 

Menjelang 2025, 100% tapak perindustrian Garnier akan menjadi neutral karbon.

 

5. Lebih banyak tindakan untuk memerangi pencemaran plastik

Garnier menyertai Ocean Conservancy untuk memerangi pencemaran plastik, menggerakkan seramai 373 pekerja bersempena Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa.

 

Apa yang lebih menarik lagi, Garnier Malaysia telah bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) untuk menjalankan program pendidikan dengan mensasarkan lebih 1,000 guru dan beribu-ribu pelajar dalam mendidik mereka bagaimana cara-cara menangani pencemaran plastik. Para pelajar juga turut diperkasa untuk mengamalkan pengetahuan kitar semula yang dipelajari melalui tong sampah kitar semula yang disediakan oleh Garnier.


Inisiatif ini dimulakan dengan pameran bergerak jelajah yang interaktif, dipenuhi pelbagai aktiviti dan bengkel pendidikan yang menyeronokkan di SK Subang Bestari 2 dan SMK Seksyen 4, Bandar Kinrara. Acara ini menerima banyak maklum balas positif daripada pelajar dan guru.


Chris Chan selaku pemimpin Garnier Malaysia berkata,


Pencemaran plastik terus menjadi isu di Malaysia. Melalui inisiatif Green Beauty, kami ingin memainkan peranan sebagai sebuah jenama kecantikan yang lestari dalam mewujudkan impak, tidak kiralah kecil atau besar, ke arah kesejahteraan alam sekitar dalam jangka masa panjang.  Kami percaya terhadap kuasa pendidikan dan program pendidikan sekolah ini akan memupuk pencinta alam sekitar yang akan menjadi generasi Hero Hijau yang seterusnya demi Malaysia yang lebih bersih dan lebih hijau.


Garnier sangat berbesar hati dapat berganding bahu dengan MNS untuk melaksanakan inisiatif ini memandangkan mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang meluas bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan dan kesan inisiatif, sekaligus membolehkan kami sama-sama mencapai keseluruhan matlamat yang ditetapkan,


tambah Chan.



Dalam majlis pelancaran program pendidikan tersebut, SMK Darul Ehsan turut mempamerkan lukisan yang diperbuat dari bahan terbuang seperti penutup botol dan botol air mineral.



GARNIER MALAYSIA LANCAR PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH DI SELURUH NEGARA DI BAWAH INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’



SMK Darul Ehsan telah dipilih untuk pelancaran ini memandangkan sekolah tersebut cukup dikenali dengan pelaksanaan inisiatif hijau yang pelbagai di kalangan pelajar dan komuniti. Antara inisiatif hijau yang dilaksanakan di sekolah ini termasuklah membina rumah hijau, sistem tadahan air hujan, menyediakan kelas agrikultur dan hortikultur, dan juga hab pengumpulan untuk minyak masak dan fabrik terpakai. Sekolah tersebut juga dikenali dengan pelaksanaan ‘Eco-Brick’, dimana botol plastik diisi padat dengan sisa buangan plastik untuk digunakan sebagai bahan binaan bagi menghasilkan dinding penebat atau perabot luar.



Aku yang turut hadir menyaksikan majlis pelancaran program pendidikan di bawah inisiatif 'Green Beauty' ini turut merasa kagum dengan hasil tangan mereka yang menggunakan bahan buangan.


Bayangkan, daripada penutup botol dan bahan-bahan terbuang yang lain dijadikan sebuah lakaran indah yang mempersonakan.




I.S.Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia berkata,


Program pendidikan sekolah di seluruh negara ini bertepatan dengan matlamat dan tujuan kami ke arah mendidik pelajar bagi mewujudkan minat mereka terhadap kitar semula dan pengurusan sisa buangan plastik. Bengkel interaktif dan menyeronokkan adalah cara untuk memperkenalkan topik sebegini kepada kanak-kanak sekolah dan kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Garnier Malaysia untuk merealisasikan masa hadapan yang lestari dan  alam sekitar yang lebih hijau.


 


Buat pengetahuan semua, selain menjalankan program sekolah di seluruh negara , Garnier Malaysia dan MNS turut dalam perancangan untuk melaksanakan aktiviti pembersihan di lima pantai terpilih di negara ini. Aktiviti pembersihan pantai yang pertama telah diadakan pada 25 Mei lalu di Pantai Remis, Kuala Selangor dengan kehadiran 80 peserta.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Green Beauty oleh Garnier, anda boleh layari


Laman web : www.garnier.com.my/green-beauty

Facebook : GarnierMalaysia

Instagram : GarnierMalaysia


@bebelancikmin Allahu kreatifnya budak2 ni menghasilkan lukisan dari penutup botol air mineral. Tahniah @GarnierMY atas pelancaran program pendidikan 'Green Beauty' sebagai inisiatif menyelamatkan bumi dari pencemaran #gogreen #greenbeautygarnier #garnier #garniermy #selamatkanbumi #fyp #bebelancikmin ♬ Go Green - Kimbo Children's Music

Post a Comment

1 Comments

  1. Bagusnya kempen macam ni laa.. mengalakkan kita supaya lebih menjaga alam sekitar.. kreatif ek guna penutup botol tu..

    ReplyDelete