6 Individu Termasuk Influencer Bakal Berdepan Saman Akibat Sebarkan Fitnah

Tidak tahan menerima akibat panasnya bahang fitnah yang luas tersebar di media sosial hingga meraih jutaan tontonan, Amira Khan, pengasas produk Modest tampil menjelaskan isu terbabit dan telah menamakan 6 orang individu termasuk influencer sebagai mereka yang menyebarkan fitnah terhadapnya.




Bertempat di pejabat Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co iaitu  peguam yang mewakili  Amira Khan,  pengasas produk Modest itu menepis sekerasnya semua tuduhan yang tular tersebut. Sebelum ini, 6 individu terbabit dikatakan telah menggelarkan Amira Khan sebagai 'scammer' dan penipu besar.


Akibat tuduhan tersebut, perniagaan beliau telah merundum dengan teruk hingga mengakibatkan kerugian mencecah jutaan ringgit. Menurut Amira,


Bayangkan, jika dahulu kami mampu menjual hingga beratus ribu botol sebulan tapi akibat kejadian tersebut jualan kami zero! 


Jelas Amira lagi, beliau bukan hanya menghadapi kerugian dalam perniagaan malah telah menerima rawatan akibat 'depression' sejak 2019. Depression yang dihadapinya terlalu teruk hingga beliau hampir membunuh diri akibat tidak tahan menghadapi tohmahan tersebut.




Apa yang lebih menyedihkan kerana bukan hanya beliau yang diganggu malah ibu dan keluarganya turut terkesan akibat fitnah yang menular di sosial media. Jadi untuk membersihkan kembali namanya, beliau telah melantik Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co sebagai peguam yang mewakili dirinya dalam menjelaskan isu terbabit.


Pada hari ini saya telah diberikan mandat mewakili anak guam saya, dan segala kenyataan yang telah dikeluarkan adalah merujuk kepada penceritaan serta bukti yang disimpan oleh anak guam saya. Saya mengambil tanggungjawab ini untuk memberi penjelasan mengenai pertuduhan scammer yang telah dilabelkan kepada anak guam saya, Puan Amira Khan, seorang ahli perniagaan dalam bidang kosmetik, yang telah disebarkan dan tular di media sosial dengantontonan lebih 1.7 million viewers di tiktok dan juga instagram.


Sidang media ini bertujuan untuk memberi maklum balas kepada cerita fitnah yang telahdisebarkan secara meluas di media sosial dan menjejaskan nama baik serta perniagaan PuanAmira Khan. Terdapat 6 orang individu yang telah dikenal pasti menyebarkan fitnah secara meluas menggunakan platform media sosial



Ujar  Muhamad Akmal Arif dari Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co.


Puan Amira Khan bertegas menafikan segala pertuduhan penipuan yang telah disebarkan. Puan Amira Khan bertegas untuk memperjuangkan maruah yang sudah tercalar sertaperniagaanya mengalami kerugian jutaan ringgit disebabkan penyebaran fitnah tanpa henti yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. 


Sidang media ini amat penting bagi memulihkan kembali nama baik Puan Amira Khan danperniagaanya. Ini juga penting dalam menyuarakan kelantangan bagi menentang Cyber Bully yang berleluasa pada akhir dekad ini. Saya bagi Pihak Puan Amira Khan telah menjelaskan satu persatu apakah yang terjadi sebenarnya, diharapkan tidak timbul isu fitnah ini lagi selepas ini dan isu ini secara tegasnyaPERLU diberhentikan daripada menular


Tambahnya lagi.


Buat masa ini Amira Khan masih dalam mempertimbangkan untuk memfailkan saman, namun tidak teragak-agak untuk meneruskannya jika keenam-enam individu terbabit masih tidak berhenti menyebarkan fitnah terhadap beliau.


Apa pun aku hanya mampu doakan yang terbaik dan semoga kes ini tidak berlanjutan. Semoga kesemua individu terbabit dapat menyelesaikan kes ini dengan cara baik.  

@bebelancikmin @Bossbabe founder @Modest HQ tampil jelaskan isu fitnah yang viral di TikTok. Beliau turut pertimbangkan saman jika keadaan ini masih berlarutan #modest #modesthq #isuviral #founder #fyp #samanfitnah #bebelancikmin ♬ Dj Rip Love Lore ( Epann Remix ) - Faouzia

Post a Comment

7 Comments

  1. Fuuhhh, ada kes fitnah yea? Bertemulah kisahnya di mahkamah nanti tengok apa yang akan terjadi.

    ReplyDelete
  2. Bab fitnah ni jangan di buat memain, berdosa besar dr membunuh.. eloknya settlekan laa dengan secara elok kan.. harap semuanya akan membaik dengan tenang, aman dan memaafkan...

    ReplyDelete
  3. tu pasal la malas nak bicara hal orang... salah klik, salah taip boleh jadi fitnah

    ReplyDelete
  4. Dahsyatnya tekanan kan sehingga buat manusia jadi selemah-lemahnya. Moga kebenaran dapat ditegakkan

    ReplyDelete
  5. Kes fitnah ni memberi kesan negative kat semua orang kan! Kesian juga depression because of this issue! Hopefully dapat diselesaikan secepat mungkin ni

    ReplyDelete
  6. alamak ni kes apa erk.. tak tau pulak ...

    ReplyDelete