JUNGLE HOUSE LANCARKAN GEDUNG MADU GAYA HIDUP PERTAMA DI MALAYSIA SEMPENA PEMBUKAAN CAWANGANNYA YANG KE-9

Madu bukanlah asing buat seluruh penduduk di dunia kerana madu telah diamalkan sejak 8,000 tahun lepas lagi untuk kesihatan dan kecantikan. 


Pengambilan madu sebagai sumber untuk kesihatan dan kecantikan telah diamalkan berkurun lamanya dan menjadi salah satu sumber kecantikan  Cleopatra ketika zaman Mesir Purba lagi. 


UNGLE HOUSE LANCARKAN GEDUNG MADU GAYA HIDUP PERTAMA  DI MALAYSIA SEMPENA PEMBUKAAN CAWANGANNYA YANG KE-9

Menyedari bahawa begitu berkhasiatnya madu, Jungle House telah melancarkan gedung madu gaya hidup pertama di Malaysia sempemna pembukaan cawangannya yang ke-9 yang terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar.


Menariknya lagi, cawangan mereka yang ke-9 ini berkonsepkan kafe yang turut menghidangkan pelbagai makanan enak berasaskan madu bertepatan dengan cogan kata mereka iaitu "All Things Honey" (Segalanya Mengenai Madu).



Cawangan Bangsar menampilkan suasana tersendiri dengan ruang gaya hidup serba santai yang terbuka dan juga tertutup. Kafe ini menyajikan pelbagai makanan dan minuman berinspirasi madu termasuk Oat Sarapan Madu, Kek Madu Rusia, pelbagai jenis Croffles(gabungan croissant dan wafel), kopi madu, teh dan jus – semuanya digandingkan dengan jenis dan perisa madu yang khusus.

 

Sempena pelancaran cawangan mereka yang ke-9 ini, mereka turut memperkenalkan hidangan terbaharu dalam menu, iaitu “Honey-misu” – sejenis manisan yang sihat tetapi tidak kurang lazatnya, selain madu-madu terkenalnya – Royal Black & Royal White dan Signature Honey Variety.


JUNGLE HOUSE LANCARKAN GEDUNG MADU GAYA HIDUP PERTAMA  DI MALAYSIA SEMPENA PEMBUKAAN CAWANGANNYA YANG KE-9


Bukan sahaja pengunjung dapat menikmati pelbagai hidangan enak dan berkhasiat di sini, malah pelanggan boleh membeli belah segala jenis madu berkualiti yang dijual di sini sama ada untuk kegunaan sendiri atau pun untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang.


JUNGLE HOUSE LANCARKAN GEDUNG MADU GAYA HIDUP PERTAMA  DI MALAYSIA SEMPENA PEMBUKAAN CAWANGANNYA YANG KE-9



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Poh, Jungle House berhasrat untuk membawakan madu mentah asli dari sarang lebah terus ke rumah, dengan kerjasama komuniti orang asli terutamanya dari hutan belantara Indonesia dan juga Thailand dan Malaysia.  Jungle House sentiasa berusaha menaik taraf dan menjamin kelestarian industri lebah, melindungi dunia dengan mengajar kaedah penjagaan lebah yang betul untuk menyelamatkan ekosistem dengan melindungi populasi lebah.

  

Jungle House mempunyai lebih daripada 10 jenis madu asli, monofloral, mentah, tulen, tanpa sebarang perisa tiruan termasuk Royal Black (nektar iaitu madu bunga yang diekstrak daripada pokok Mahoni), Royal White (nektar bunga Kiawe), Jungle’s Heart (nektar bunga Strawberi), Yellow Love (nektar bunga Linden), Sweettooth (nektar bunga mangga), Jungle’s Eye (nektar bunga longan), Pink Lady (nektar bunga kapas), Roast Cube (nektar bunga kopi), Citrus Bloom (nektar bunga oren) & Fruit Boss (nektar bunga durian).

 

Kami menawarkan produk madu biasa dan juga madu hutan liar premium kepekatan tinggi seperti Royal Black dan Royal White yang sangat jarang ditemui dan mengandungi khasiat perubatan tinggi yang memberikan manfaat kesihatan. Sesungguhnya setiap titisan madu amat berharga dan jarang ditemui kerana bekalan rendah daripada hutan liar dan tidak diperolehi dari ladang. Oleh yang demikian, kita perlu memulihara koloni madu supaya ekosistem dan juga perniagaan adalah lestari,

 

 

jelas Paul.


Kami bertekad untuk menjadikan madu mentah lebih mudah didapati dan mampu dibeli semua rakyat Malaysia. Kami juga menggalakkan orang ramai untuk menikmati madu sebagai pengalaman gaya hidup harian untuk meningkatkan kesihatan secara semula jadi.



Cinta Yang Telah Menghasilkan Madu


Kisah bagaimana Jungle House diasaskan sememangnya amat menarik dan merupakan satu pengalaman semanis madu yang disediakan di gedungnya. Apa yang bermula sebagai pengembaraan menyusuri hutan tebal di Garut di Jawa Barat, Indonesia beberapa tahun lepas telah mencetus minat Paul dan Ashley terhadap madu apabila mereka terserempak dengan sekumpulan pemburu lebah asli yang memberi peluang kepada mereka mencuba madu hutan segar. Madu yang tulen, organik, mentah, tidak tercemar itu mempunyai perisa bunga yang dikunjungi lebah madu untuk nektar dan debunga, dan berbeza daripada madu yang pernah dirasai sebelum ini. 


Ketika itu Paul baru berjinak-jinak dengan  perniagaan madu, manakala Ashley sudah menceburi perniagaan runcit madu sejak 2007. Pada 2014 beliau menemui Paul yang terlibat dalam bidang kejuruteraan. Maka bermulalah kisah cinta yang bukan sahaja menyaksikan kedua-duanya mengikat tali kasih sayang, tetapi turut melahirkan sebuah perniagaan perkongsian bernama Jungle House pada 2018.


JUNGLE HOUSE LANCARKAN GEDUNG MADU GAYA HIDUP PERTAMA  DI MALAYSIA SEMPENA PEMBUKAAN CAWANGANNYA YANG KE-9



Ketua Pegawai Perniagaan Ashley Lam menerangkan,


Selain daripada minat membawakan madu yang sihat dan lazat ke bandar-bandar besar dan ke serata dunia, saya dan Paul tersentuh dengan sikap pemburu lebah yang baik hati dan pemurah. Mereka menghadapi pelbagai cabaran, kesukaran dan bahaya dalam kerja yang memberi mereka hanya sedikit pendapatan, tetapi tetap gigih mencari nafkah. Kami mahu membantu para pemburu lebah yang bekerja keras ini untuk meraih pendapatan yang sewajarnya sambil mengumpulkan madu secara bertanggungjawab,

 

Ashley menambah,


Dalam situasi endemik semasa, kita perlu hidup dengan Covid, oleh sebab itu kita perlu membina tahap keimunan badan dengan mengambil makanan sihat seperti madu. Memang menjadi matlamat kami untuk membuka Jungle House di bandar-bandar utama di Malaysia dan rantau ini menerusi proses pengembangan yang terancang dengan teliti. Kami komited untuk menambah baik dunia ini, sambil membawakan madu 100% tulen, asli, mentah dan organik kepada anda terus dari hutan-hutan dunia ke rumah anda.


Di majlis tersebut pakar runding diet, Cik Indra Balaratnam berkongsi khasiat dan manfaat madu yang memang terkenal sebagai salah satu makanan unggul yang membantu meningkatkan keimunan badan.

Madu mempunyai pelbagai khasiat, serta kaya dengan mineral dan vitamin, antioksidan dan enzim yang membantu meningkatkan keimunan dan melindungi badan kita. Selain itu, madu mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antimikrob, yang baik untuk badan dan membantu meringankan gejala batuk dan sakit tekak, menjadikannya amat berguna untuk menentang gejala Coivd,


kata Indra.  

Indra juga menunjukkan dua resipi, iaitu Salad Ayam Quinoa Dengan Vinaigrette Balsam Royal Black Jungle House dan Oat Semalaman Jungle House. Beliau berkata madu sebagai ramuan yang serba guna boleh diadun ke dalam pelbagai resipi untuk menambah rasa atau digunakan sebagai bahan utama. Madu ialah ramuan sesuai untuk menyerlahkan kreativiti kulinari, cita rasa dan kesihatan,” ujar Indra. 


En. Deden Hamdan, yang dulunya seorang pegawai bank sebelum menjadi pemburu lebah sejak 10 tahun lepas menerangkan bahawa empat unsur alam, iaitu lebah, bunga, hutan dan cuaca membentuk ekosistem seimbang yang perlu wujud secara harmoni untuk memberikan rasa lazat, perisa tersendiri dan warna ambar madu. Beliau telah bekerjasama dengan Jungle House untuk membekalkan madu mentah kepada syarikat sejak 2018.


Deden berkata

Cabaran yang dihadapi oleh industri lebah adalah faktor alam sekitar seperti perubahan iklim & penebangan hutan dan penjual tidak beretika yang menjejaskan kualiti madu dengan mencampurkannya dengan bahan lain. Sebab itulah kita perlu berhati-hati untuk memastikan kualiti madu kita adalah yang paling tulen dan segar dan dikumpul, disimpan dan diangkut dalam keadaan yang paling cekap dan bersih

 

JUNGLE HOUSE LANCARKAN GEDUNG MADU GAYA HIDUP PERTAMA  DI MALAYSIA SEMPENA PEMBUKAAN CAWANGANNYA YANG KE-9


Resipi Jungle House Overnight Oat Oleh Dietition, Ms. Indra Balaratnam


Bahan-bahan:

1 cawan rolled oat

2 cawan susu segar atau susu berasaskan tumbuhan tanpa gula pilihan anda (susu soya atau badam)

1 epal merah sederhana -- parut

1 hingga 2 sudu besar madu strawberi Jungle House (atau mana-mana madu JH pilihan anda)

Topping tambahan - strawberi yang dihiris, badam yang dihiris, biji rami panggang (flaxseed)

 

Kaedah:

Masukkan rolled oat, susu, epal parut ke dalam bekas. Satukan bahan sebati & tutup bekas

Masukkan bekas ke dalam peti sejuk dan biarkan sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya selama 6 jam

Cara Hidangan : Letakkan campuran oat ke dalam mangkuk, dan letakkan di atasnya dengan madu Jungle House, strawberi yang dihiris, badam yang dihiris dan biji rami panggang.



Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan madu premium dari Jungle House, jangan lupa untuk menggunakan kod BEBELAN20 dan anda bakal nikmati diskaun sebanyak 20% untuk semua non-promotional item termasuk F&B sehingga 31 Ogos 2022.


Untuk maklumat lanjut tentang Jungle House atau memesan produk madu di dalam talian, sila layari

laman web: www.junglehouse.com.my

FB :  https://www.facebook.com/JungleHouseMY/

IG :   www.instagram.com/junglehousemy/

atau hubungi +6012 203 0317.


Post a Comment

0 Comments