Hidangan Nasi Lemak Seafood Spread Juadah Istimewa Berbuka Puasa Di Just Seafood

Minggu lepas aku berkesempatan untuk berbuka puasa di Just Seafood, Kota Damansara. Bagi mereka yang membaca blog aku pasti tahu yang Just Seafood adalah antara restoran kegemaran aku. Kerap kali juga aku ke sini untuk menjamu pelbagai hidangan makanan laut.



Bezanya kali ini aku pergi untuk berbuka puasa. Sempena bulan Ramadan ini Just Seafood menghidangkan menu istimewa iaitu Nasi Lemak Seafood Spread. Istimewanya lagi, hidangan ini dimakan dengan cara ala shellout.


Nasi Lemak Seafood Spread dihidangkan dengan sos sambal istimewa, ikan bilis dan kacang yang menghidupkan lagi rasa Nasi Lemak kegemaran rakyat Malaysia.


Jika anda ke Just Seafood untuk menikmati hidangan Nasi Lemak Seafood Spread, anda boleh memilih set untuk 2 pax yang berharga RM125 atau pun set untuk 4 pax yang berharga RM250.


Berikut adalah senarai hidangan yang terkandung dalam Nasi Lemak Seafood Spread (ini senarai untuk 4 pax, jika anda memilih untuk 2 pax bermaksud anda akan mendapat separuh dari hidangan ini ye) ;


✔️ 600g Sotong Katak

✔️ 8 ekor Baby Octopus

✔️ 400g Udang Besar

✔️ 400g Kerang

✔️ 300g Kupang

✔️ 2 Jenis Ikan Bilis

✔️ Jagung/Lobak Merah/Kentang/Kacang Goreng

✔️ 4 set Nasi Lemak Wangi

✔️ 4 set Minuman Butterfly Pea Tea

✔️ 4 set Pencuci Mulut (Aiskrim Kelapa)

✔️ 4 biji Kurma Medjool XL 


Untuk tambahan menu, anda juga boleh menambah Ketam bersaiz L 350g - RM30 (Harga Biasa RM40) atau pun boleh order Baby Lobster 1⁄2kg RM50 (Harga Biasa RM60)


Untuk pilihan sos pula, boleh pilih sama ada nak Original Cajun, Golden Salted Egg, Butter Cream Milk atau Signature Kari


Itu apa yang terkandung dalam menu Nasi Lemak Seafood Spread. Aku tempohari, oleh kerana berbuka bersama rakan-rakan yang lain maka kami order tambahan menu lain iaitu ketam bersaiz XL yang berharga RM170 seekor dan Tiram segar yang berharga RM21 seekor.




Oh ye! Tak lupa juga Nelayan Platter iaitu hidangan istimewa lain di Just Seafood.


Sedikit Tentang Nelayan Platter

Mungkin anda sedikit tertanya apakah Nelayan Platter? Nelayan Platter adalah hidangan istimewa khas restoran Just Seafood yang menghidangkan pelbagai makanan laut termasuk ketam dengan sos istimewa yang meraka dapatkan sendiri resipi asli dari nelayan-nelayan di Bali, Indonesia.


Keunikan rasa sos istimewa ini pasti membuatkan anda susah untuk beralih ke menu lain. Rasanya yang seakan rasa masakan dari Thailand namun mempunyai sentuhan Bali cukup membuatkan hidangan ini lain dari yang lain yang mana anda tidak akan merasainya di restoran-restoran hidangan masakan laut yang lain.


Puas! Itu sahaja ungkapan yang mampu aku gambarkan untuk hidangan ini.

Hidangan Nasi Lemak Seafood Spread Juadah Istimewa Berbuka Puasa Di Just Seafood

Nak dessert? Jangan lupa order ais krim kelapa ni. Aku yang tak berapa suka makan ais krim pun habis licin aku makan. Memang sedap! Tetapi bagi mereka yang menempah set Nasi Lemak Seafood Spread, ais krim kelapa ini sudah termasuk di dalam set yang anda tempah.

Hidangan Nasi Lemak Seafood Spread Juadah Istimewa Berbuka Puasa Di Just Seafood


Bagaimana Ingin ke Just Seafood?


Just Seafood terletak di dalam bangunan Sunway Giza, Kota Damansara dan beralamat di ;

Sunway Giza Mall, C-8-G, No.2
Jalan PJU 5/14, Kota Damansara,
47810, Petaling Jaya,
Selangor


Hidangan Nasi Lemak Seafood Spread Juadah Istimewa Berbuka Puasa Di Just Seafood

 
Untuk maklumat lanjut anda juga boleh melayari Facebook mereka :

Post a Comment

0 Comments