Dengan Kontrak USD 1 Juta, Hanis Zalikha Rasmi Jadi Duta Innersejuk

Siapa yang tak kenal Hanis Zalikha yang merupakan seorang usahawan wanita terkenal di Malaysia dan dikenali sebagal Ikon Modest Fashion.


Jika dulu Hanis Zalikha dikenali sebagai blogger yang kemudiannya menceburi bidang seni, Hanis Zalikha kini tampil pula sebagai duta rasmi Innersejuk.


Dengan potensi kontrak bernilai USD 1 Juta (Ringgit Malaysia 4.2 Juta), Innersejuk menaruh harapan tinggi untuk mendapat pulangan minima USD 10 Juta bagi produk yang mereka pasarkan.


Kami sangat teruja dan mengalu-alukan Hanis Zalikha untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Innersejuk. Personaliti beliau yang sangat berani, mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri, sangat sesuai untuk membawa jenama Innersejuk. Beliau adalah seorang usahawan wanita berbakat yang berjaya, juga seorang isteri dan ibu. Kami sangat kagum dengan keberanian dan kesungguhan beliau dalam mencapai sesuatu kejayaan, 
kata Azrul Izzam, Pengarah Urusan Innersejuk.


Buat pertama kalinya Hanis Zalikha akan turut serta dalam kempen Innersejuk, menonjolkan koleksi Telekung Suqainah yang terbaru.


Dalam kempen tersebut. Hanis Zalika memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Suqainah Luxe, koleksi telekung sejuk berteknologi tinggi yang memberikan keselesaan tetapi tetap kelihatan cantik dan elegan ketika dipakai. Koleksi Telekung Suqainah ini telah pun berada di pasaran di semua platform online dan di outlet Innersejuk.


Fabrik Telekung Suqainah ini dihasilkan dari rekaan inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill Tuff, fabrik yang lebih lasak & lebih tebal daripada telekung biasa. Ciri menarik berkenaan dengan fabrik ini, walaupun lebih tebal dari kebiasaan telekung yang berada di pasaran, fabrik Telekung Suqainah ini direka khas supaya kekal sejuk dan anti-mikrob, ditambah pula dengan ciri kemasan yang mewah menjadikan Telekung Suqainah ini sesuai dengan semua jenis muka, cantik terletak apabila memakainya dan memberikan keselesaan kepada pemakainya.



Suqainah bermaksud ketenangan dalam Bahasa Arab dan ia menggambarkan. perasaan saya apabila memakai telekung ini. Telekung ini tidak jarang, rasa sejuk bila dipakai dan yang paling saya suka bila di bahagian muka nampak sangat kemas dan terletak dengan sempurna. Saya sangat suka dan Telekung Suqainah ini merupakan antara telekung terbaik yang pernah saya miliki,
kata Hanis Zalikha.



Telekung Suqainah Signature merupakan potongan klasik untuk jenama ini yang sesuai digunakan untuk kegunaan harian dan juga di majlis-majlis khas. Manakala Telekung Suqainah Luxe pula mempunyai ciri yang lebih mewah dengan fishtail yang lebih panjang di bahagian belakang.


Ketika ditanya tentang cara penjagaan telekung eksklusif ini, menurut Azrul Izzam penjagaan telekung ini sangat mudah, boleh dimasuk ke dalam washing machine namun disarankan untuk tidak menggunakan dryer kerana bimbang akan merosakkan kain.


Dari segi penjemuran pula, Telekung Suqainah sangat mudah kering dan tidak memerlukan masa yang lama untuk proses penjemuran.




Dijual pada harga bermula RM290 sepasang, Telekung Suqainah mensasarkan golongan muda yang mementingkan keselesaan dalam menunaikan ibadah 5 waktu yang menjadi kewajipan umat Islam


Latar Belakang Innersejuk


INNERSEJUK merupakan sebuah jenama Malaysia yang sedang berkembang di bawah syarikat Airaz Technologies Sdn. Bhd. Innersejuk menghasilkan pakaian berkualiti tinggi serta menarik untuk dipakai merangkumi modest sports, lifestyle ready-to-wear, pakaian untuk beribadah dan juga aksesori fesyen yang sesuai untuk gaya hidup wanita muslimah pada hari ini.


Pada tahun 2017, Innersejuk menyedari kekurangan dalam pasaran modest fashion dan memutuskan untuk menghasilkan produk yang bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi juga mempunyai fungsi yang lebih baik. Selepas melakukan penyelidikan intensif selama beberapa tahun, Innersejuk telah berjaya mencipta DriChill Technology®- fabrik yang sejuk dan anti-mikrob, yang dapat menyerap peluh, selesa, serta sesuai dipakai bukan sahaja untuk bersukan malah boleh digayakan sebagai lifestyle wear.


Hari ini, Innersejuk telah berkembang dengan menawarkan pelbagai pilihan produk yang menekankan elemen modest fesyen untuk wanita melalui penggunaan fabrik yang inovatif, reka bentuk moden dan harga pasaran yang kompetitif.




Facebook: Innersejuk

Hubungi:

Ezly Marzuki (CEO) +6011 2870 8626 ezly@airaz.my

Post a Comment

2 Comments

  1. Perghhhh automatik Hanis jadi jutawan yaaa.. wowwwww.. hebatnya dia.. nak nengok laa koleksi ni.. macam sedap dan selesa ajaaa...

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar macam dapat rasa mesti keselesaan tu tak terucap. Nikmatnya kalau dapat memakainya setiap kali solat.

    ReplyDelete