Ayam Serendah RM1 Melalui Aplikasi Marrybrown?

Tular baru-baru ini di Twitter tentang aplikasi Marrybrown yang menawarkan harga RM1 ayam family meal. Jadi, aku tanpa berlengah terus la download aplikasi Marrybrown di telefon pintar aku.


Ternyata apa yang di tweetkan itu benar ye! Terdapat banyak deal menarik rupanya di aplikasi Marrybrown ni! Cuma aku tak sempat untuk redeem ayam yang RM1 tu tapi aku berkesempatanlah untuk redeem deal berharga RM5 untuk MB Crispy Chicken Bucket 5-pc (harga asal RM25.99). Fuh! Jimat banyak!!


Memandangkan aku beli untuk berbuka puasa, jadi aku cuma tambah beli air dan wedges je la tu pun jimat berganda-ganda jika nak bandingkan dengan harga asal dia.





Bagaimana Nak Download Aplikasi MB Di Telefon Pintar Anda?


Oh ye! Untuk menikmati semua tawaran istimewa MB ni, anda wajib memuat turun aplikasi Marrybrown terlebih dahulu di telefon pintar anda melalui Google Play atau Play Store.


Hanya perlu membuat carian Marrybrown dan anda hanya perlu menekan butang download. Selepas seketika, anda hanya perlu daftar dan boleh terus menikmati segala tawaran yang disediakan oleh Marrybrown.




Apa yang lebih menarik, bagi pengguna baru anda boleh menikmati seketul ayam secara percuma. Anda hanya perlu menekan butang redeem dan nikmati ganjaran anda dengan hanya menunjukkan aplikasi anda di kaunter. Mudah dan berbaloikan?!


Jadi tunggu apa lagi? Jom la muat turun aplikasi Marrybrown sekarang dan nikmati segala tawaran hebat di MB hari ini.


Untuk maklumat lanjut berkenaan Marrybrown, bolehlah mengikuti mana-mana medium seperti di bawah.


Twitter : @MarrybrownMY
Instagram : @MarrybrownMY
Marrybrown website: https://marrybrown.com/



Post a Comment

0 Comments