Ali Puteh Kini Duta Red Grocer Pembekal Ayam Segar Halal


Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud :

"Diharamkan di atas kamu makan bangkai yang mati dengan tiada disembelih, dan darah yang mengalir, dan daging khinzir, dan binatang-binatang yang disembelih dengan tiada menyebut nama Allah, dan binatang yang mati dengan dicekik, dan binatang yang mati dengan dipukul, dan binatang yang mati dengan jatuh dari tempat tinggi ke bawah atau ke dalam telaga, dan binatang yang mati dengan sebab ditanduk oleh lawannya, dan binatang yang mati sebab dimakan oleh binatang buas, dikecualikan jika kamu dapati itu ada roh dan ada hayah mustaqirrah seperti ia bergerak dengan kuat dan sempat kamu menyembelih akan binatang-binatang itu, dan binatang yang disembelih , dan binatang yang disembelih dengan nama berhala.."

Penyembelihan

Dari segi bahasa adalah potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
Dari sudut syarak pula menyembelih binatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan halkum dan mari' dengan sekali sembelihan


Rukun Sembelihan


  • Penyembelih
  • Binatang yang disembelih
  • Alat penyembelih
  • Tempat yang disembelih
  • Niat meyembelih


Syarat-syarat Sembelihan

  • Beragama Islam samaada lelaki atau perempuan
  • Ahli kitab sama ada Yahudi atau Nasrani (yang berpegang dengan kitab Allah selain dari Al Quran)
  • Kanak-kanak yang mumayiz
  • Baligh
  • Berakal fikiran waras
  • Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji


Red Grocer (RG) Dukung Fardu Kifayah Bekalkan Ayam Segar Halalan Toyyiban


Menyedari bahawa membekalkan ayam segar yang 100% halalan toyyiban adalah fardu kifayah, Red Grocer yang diusahakan oleh tiga sahabat memberikan jaminan mereka menawarkan ayam yang dijamin segar, bersih dan halal untuk semua masyarakat. 


Ketua Pegawai Eksekutif RG Farhan Umar berkata, mereka sedar tanggungjawab untuk memastikan bekalan ayam diproses dengan mengikut piawaian dan syariat yang ditetapkan agar ia selamat untuk pembeli. 


Bagi kami selain mencari keuntungan, kami beikrar ayam keluaran syarikat kami selamat dan halal untuk pengguna. 


Kami juga mahu menawarkan pelan harga yang berpatutan dalam masa sama memastikan bekalan sentiasa ada dari bekalan tempatan untuk pasaran tempatan,
katanya pada majlis perasmian kilang RG di Taman Daya di sini. 


Ali Puteh Dilantik Sebagai Duta Red Grocer


Dalam mengorak langkah untuk terus maju ke hadapan, Red Grocer (RG) telah memilih Ali Puteh sebagai duta mereka.


Ketika ditanya kenapa Ali Puteh yang menjadi pilihan? Ketua Pegawai Eksekutif RG Farhan Umar berkata pelawak itu mampu memberikan komitmen dan bersama-sama memperkenalkan syarikat itu kepada orang ramai. 

Ali juga menunjukkan minat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan serta komited dan bersungguh-sungguh me pelajari selok belok memproses ayam. 

Bagi saya Ali ada karakter lain berbanding pelawak sedia ada. Malah saya difahamkan dia juga memang pernah berniaga bersama arwah abangnya, Abam. 


"Kita mahu membentuk Ali menjadi usahawan berjaya dan membimbing dia sehingga mampu menjadi seorang dari pemegang saham syarikat ini," katanya. 

Bukan saja sebagai duta, Ali juga diberikan tanggungjawab sebagai Pengurus Perhubungan Awam RG. 

Ali ketika ditemui mengaku terharu dengan peluang yang diterima dan menganggap ia mimpi yang menjadi kenyataan. 

Memang menjalankan perniagaan menjual udang secara kecil-kecilan, dia tidak kekok memproses dan memotong ayam. 

"Saya bersyukur dengan rezeki ini dan saya percaya ia memberikan peluang untuk masa depan yang lebih terjamin," katanya. 

Menganggap ini sebagai dunia baharunya, Ali enggan ambil pusing apa juga pandangan orang sebaliknya terus melangkah demi kebaikan semua pihak. 

"Saya mahu tutup buku lama, sesuai dengan bulan Ramadan yang baru bermula dan saya percaya jika kita berusaha pasti ada ganjarannya. 

"Saya masih aktif dalam bidang seni  jika ada tawaran, tapi saya juga mahu memberikan fokus pada bidang ini," katanya. 




Sehingga kini, RG mempunyai tiga kilang utama di Kelantan, Kajang dan Johor Bahru dengan kapasiti pengeluaran 250,000 ekor ayam sehari. 

Ketika ditanya apakah target RG untuk memperluaskan pasaran mereka, jawap mereka RG memasang target untuk membuka kilang di setiap negeri di seluruh Malaysia.

Syarikat milik penuh bumiputra ini turut menawarkan bekalan ayam seekor, isi dada, chicken chop, anggota ayam dan juga ayam cincang. 



RG turut mengintai peluang untuk meneroka pasaran Singapura memandangkan pintu masuk negara sudah dibuka kepada Kota Singa itu. 

Turut membuka peluang perniagaan kepada yang berminat, Farhan berkata terdapat 30 ejen syarikat itu di seluruh negara ketika ini. 

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RG bolehlah layari mereka di ;

Facebook : Red Grocer
Instagram : Red Grocer




@bebelancikmin Ali Puteh skrg jadi penjual ayam? #ayam #ayamazingggggg #ayamhalal #ayamciken #aliputeh #aliputeh🥀🥀 ♬ Yang Penting Halal - Wali

Post a Comment

1 Comments

  1. Lorr RG ni di Taman Daya ke? Dokat dengan rumah Sis...
    Lepas ni bolehlah dapatkan ayam segar di RG yaa..

    ReplyDelete