Recap Episod 6 & 7 Drama Villa Kristal Di WeTV | Benarkah Ustaz Adib Pelakunya?

Drama Villa Kristal semakin hampir ke kemuncaknya. Drama yang bergenre komedi suspens arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di WeTV pada setiap hari Khamis dan Jumaat ini, kini semakin mendebarkan.



Dalam episod 6, Hani (lakonan Mimi Lana) telah berjaya menyelamatkan Diana (watak yang dipegang Tiz Zaqyah) dari cubaan membunuh diri. Namun persoalannya benarkah Diana ingin membunuh diri?


Ustaz Adib berkelakuan semakin pelik apabila menjual motor kesayangannya. Bukan itu sahaja, malah Ustaz Adib telah menyerahkan duit kepada Alia dan melarang Alia untuk menggugurkan kandungan.


Rose (lakonan Mawar Rashid) pula semakin mencurigai suaminya Ustaz Adib. Tambahan lagi dengan kemunculan Alia, seorang wanita seksi yang mendakwa beliau anak murid Ustaz Adib.



Alia dengan sengaja tampil dihadapan Rose dengan niat ingin mendekati Rose sekaligus berkunjung ke kediaman Rose dan Ustaz Adib. Siapakah Alia yang sebenarnya?!


Dalam episod 6 ini, Hani sebagai watak utama di dalam drama Villa Kristal ini pula menghadapi dilema tentang manuskrip yang telah dihantar kepada Karya Juta Juta Adik Beradik. Walaupun Hani teruja dengan manuskrip yang telah siap ditulis namun Hani agak berbelah bagi dengan persahabat yang telah terbina diantara dia, Rose, Diana dan Angel.


Benarkah Ustaz Adib Pelakunya?


Dalam episod 7, Hani semakin terdesak untuk mendapatkan semula manuskripnya sehingga sanggup bersubahat dengan sahabatnya yang bernama Ben memecah masuk ke syarikat Karya Juta Juta Adik Beradik untuk mencuri manuskrip tersebut.


Kehadiran Ben yang menemani Hani pulang ke Villa Kristal dan mengakui dirinya sebagai mo suami Hani mengeruhkan susana bibit-bibit cinta yang semakin terserlah antara Inspektor Isa dan Hani.


Rose semakin meragui Ustaz Adib dan mengekori jejak suaminya. Kemunculan Alia yang kemudiannya dikenalpasti oleh Angel sebagai wanita yang mendampingi Ustaz Adib mengeruhkan lagi suasana. 


Rose yang sangat kecewa kemudiannya memohon agar mereka berpisah namun sesuatu yang tidak terjangka telah berlaku. Ustaz Adib telah mengaku melakukan jenayah besar dan kerana itu dia telah menjual motornya bagi memastikan isteri-isteri dan anak-anaknya tetap hidup senang ketika dia berada di dalam penjara.


Apakah jenayah besar yang telah dilakukan oleh Ustaz Adib dan benarkan Ustaz Adib adalah pelakunya??


Jangan lupa untuk menonton drama Villa Kristal setiap hari Khamis dan Jumaat pada pukul 8 malam di WeTV dan untuk tahu lebih lagi, anda boleh follow WeTV di Instagram 



Pendapat Peribadi Aku Mengenai Drama Villa Kristal 


Aku sebenarnya agak suka dengan genre komedi suspens yang ditampilkan oleh drama Villa Kristal ini cuma secara jujur aku agak kurang menyukai babak-babak panas dalam drama ini.


Selebihnya watak-watak yang dibawakan oleh para pelakon semuanya dijayakan dengan sempurna.


Untuk pengakhiran episod nanti, aku harapkan sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku dan aku mengharapkan kematian Idris bukanlah melibatkan Ustaz Adib.


Drama ini sebenarnya agak ringan, tidak terlalu berat seperti drama-drama yang melibatkan adengan kematian atau pembunuhan yang lainnya. Ini sekaligus menjadikan drama Villa Kristal agak berbeza dan tidak klise seperti drama-drama yang sering ditayangkan.


Bagaimanakah pengakhiran drama Villa Kristal? Sama-samalah kita menonton drama ini di WeTV pada setiap Khamis dan Jumaat jam 8 malam.




Info Drama Villa Kristal


Episod : 13
Tarikh Tayangan : 2022
Rangkaian : WeTV
Penulis Skrip : Nor Hazlin Nor Salam
Pengarah : Kabir Bhatia, Jason Chong
Produksi : Revolution Media Films

Barisan Pelakon
Mimi Lana sebagai Hani
Jasmine Suraya sebagai Angel
Mawar Rashid sebagai Rose
Tiz Zaqyah sebagai Diana
Tony Eusoff sebagai Idris
Alvin Wong sebagai Robin
Nazrief Nazri sebagai Ustaz Adib
Fadlan Hazim sebagai Detektif Isa
Sherry Ibrahim sebagai Nur Sakinah
Maria Farida sebagai Shahila
Daniella Sya sebagai Alia
Aisar Khaled sebagai Ben
Yvonnez Lee sebagai Jessica
Shekeen Waida sebagai Fauziah
Liza Semion sebagai Datin Maimun
Daler Yusof sebagai Ethan
Boba sebagai Kuch/Matahari



Instagram : wetvmalaysia

Anda boleh download aplikasi WeTV Malaysia dari Play Store untuk pengguna android dan Apps Store untuk pengguna IOS.

Anda juga boleh tonton terus di ;

Post a Comment

0 Comments