Pada 24 Februari lepas, dunia dikejutkan dengan kehilangan Tangmo Nida seorang artis dari Thailand. 2 hari kemudian iaitu pada 26 Februari 2022, mayat Tangmo telah ditemukan dalam keadaan yang menyayat hati dengan kesan luka di beberapa bahagian badan termasuk koyakan besar di peha.
Pelbagai teori dan kontroversi telah timbul berikutan kes itu sehingga ke hari ini. Namun agak sedih apabila polis Thailand membuat kenyataan kematian Tangmo bukan kerana konspirasi tetapi kemalangan.
Jika ditanya pendapat peribadi aku, terdapat banyak bukti jelas melalui rakaman CCTV bahawa 'kemalangan' Tangmo mencurigakan dan kenyataan bercanggah dari 4 orang rakan yang terlibat.
Bagi mereka yang masih kabur tentang kejadian ini, jom aku ceritakan sedikit kronologi kejadian ini ;
| 
   Khamis,
  24 Februari  | 
  
   Aktres
  yang pernah membintangi filem ‘The Flying Leaf’ itu dipercayai terjatuh ke
  dalam sungai pada 11.00 malam ketika menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya
  bersama-sama empat rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge. Ketika
  kejadian, Tangmo dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan dan telah
  terjatuh di bahagian belakang bot. Pengurusnya,
  Idsarin Gatick dan saksi, Surattanawee Suviporn telah membuat laporan polis
  di Balai Polis Muang Nonthaburi pada tengah malam.  | 
 
| 
   Jumaat,
  25 Februari  | 
  
   Operasi mencari dan menyelamat dilakukan bermula
  tidak lama kemudian. Bagaimanapun, sehingga petang Jumaat dia masih hilang. Penyiasat yang memeriksa bot berkenaan dan menemui
  kaca dengan kesan wain merah. Manakala tandas bot berkenaan rosak. Ketua polis tempatan, Kol Pol Chaturon Anurakbandit,
  berkata lima rakan bot Tangmo telah menghubungi penyiasat dan akan membuat
  kenyataan.  | 
 
| 
   Sabtu,
  26 Februari  | 
  
   Pelakon berusia 38 tahun itu masih ditemui terapung di sungai sekitar
  jam 1.10 tengah hari kira-kira 38 jam selepas dilaporkan terjatuh. Luka sepanjang 30 sentimeter (cm) dikesan pada paha. Jasadnya dibawa ke jeti  tempat
  ibu Tangmo, Panida Sirayootyotin, 67, sedang menunggu, bersama teman lelaki
  dan rakan pelakon itu. Siriyudthayothin berkata dia cuba menghubungi pengurus anak
  perempuannya, Idsarin Gatick pada hari Jumaat tetapi panggilan telefonnya
  tidak dijawab.  | 
 
| 
   Ahad,
  27 Februari  | 
  
   Siriyudthayothin berkata kepada Bangkok Post dia
  sangsi akan kematian anak perempuannya yang dikatakan terjatuh secara tidak
  sengaja. Dia ingin tahu siapa yang mengatur sesi fotografi
  Tang Mo. Malah katanya tidak masuk akal memikirkan mereka semua di dalam bot
  itu hanya untuk menjamu selera kerana melalui foto, semuanya berpakaian
  cantik. Melalui perkongsian gambar Tangmo yang muram, si ibu
  mengesyaki sesuatu telah yang berlaku. Rakan Tangmo, Wisapat berkata pada hari dia sedang
  melihat telefon bimbit ketika pelakon itu memegang kakinya di bahagian
  belakang bot sebelum tergelincir ke dalam sungai.  | 
 
| 
   Isnin,
  28 Februari  | 
  
   Pemandu bot didakwa atas kematian Tangmo. Tanupat Por Lerttaweewit
  dan pemilik bot; Phaiboon Robert Trikanjananun yang ditahan di bawah waran
  tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Nonthaburi atas dua pertuduhan iaitu
  pertama mengendalikan bot tanpa lesen dan kedua atas kecuaian yang
  menyebabkan kematian. Bagaimanapun kedua-duanya dibenarkan ikat jamin pada Ahad.  | 
 
| 
   Selasa,
  1 Mac  | 
  
   Polis bercadang untuk menggunakan alat pengesan
  penipuan ke atas kelima-lima rakan bot Tangmo. “Setiap jawapan daripada rakan-rakan Tangmo mesti
  disokong dengan alasan. Polis akan melihat siapa mereka hubungi selepas
  kejadian itu dan kemungkinan sebarang serangan fizikal. “Kami akan memeriksa jika terdapat sebarang
  pertikaian atau kemungkinan insurans nyawa terlibat,” kata Ketua Polis
  Thailand, Jeneral Suwat Jangyodsuk. Ketika itu, keputusan bedah siasat, ujian darah dan
  ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperolehi.  | 
 
| 
   Rabu,
  2 Mac  | 
  
   Polis telah menemui luka pada paha Tangmo tetapi masih belum
  mengesahkan sama ada ia datang dari kipas bot. Terdapat juga calar kecil di
  kaki kirinya. Kecederaan juga dikesan pada lengan dan bahu rakan bot pelakon itu,
  Nitas Kiratisoothisathorn. Kesan calar pada lengan lebih besar daripada saiz
  kuku manakala dan lebam pada bahu pula disebabkan oleh hentakan dengan objek
  keras. Urin pada bahagian belakang bot dan pakaian Tangmo cuba dikesan.
  Polis menyatakan kelima-lima rakan bot pelakon itu kemudian disifatkan
  sebagai saksi dan bukannya suspek. Keputusan ujian DNA masih belum
  diperolehi. Melalui data telefon, seorang lelaki yang menaiki bot terbabit menelefon
  beberapa individu  untuk mendapatkan
  nasihat dan mengaku memandu hingga menyebabkan bot itu hilang kawalan di
  dalam air. Polis memanggil kelima-limanya rakan bot Tangmo yang bersamanya di
  dalam bot untuk menghadapi pertuduhan kecuaian yang membawa kepada kematian
  serta memberi kenyataan palsu.  | 
 
| 
   Khamis,
  3 Mac  | 
  
   Kipas bot hilang di Sungai Chao Phraya semasa
  lakonan semula bagaimanapun ditemui semula selepas 20 minit pencarian. Bagaimanapun analisis sistem navigasi satelit (GPS)
  mengesahkan pelakon itu jatuh ke dalam sungai antara jam 10.29 malam hingga
  10.34 malam. Sementara itu,polis meminta orang ramai supaya tidak
  menyebarkan gambar mayat Tangmo sebagai menghormati keluarga mendiang. Polis tidak menolak sebarang kemungkinan kematian
  Tangmo disebabkan oleh pengabaian lima rakan botnya yang lain.  | 
 
| 
   Jumaat,
  4 Mac  | 
  
   Bangkok Post melaporkan pengurus dan rakan rapat pelakon itu memutar
  belit fakta kejadian. Ia susulan kenyataan salah seorang saksi, Surattanawee
  Suviporn yang juga rakan baik mereka berdua. Surattanawee percaya fakta
  tragedi telah diputar belit pengurus Tangmo itu. Difahamkan, setakat ini
  seramai 29 saksi termasuk empat daripada rakan bot Tangmo telah disoal
  siasat. Dalam pada itu, ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin memaafkan dua
  rakan bot iaitu dua daripanya iaitu iaitu Tanupat Por Lerttaweewit dan
  pemilik bot; Phaiboon Robert Trikanjananun yang dikatakan secara konsisten
  menghubunginya. Ibu mendiang menafikan memaafkan suspek kerana pampasan yang akan
  diterima. Bagaimanapun, dia enggan memaafkan pengurus Tangmo kerana beranggapan
  wanita itu menjadi punca kematian. Malah Gatick juga difahamkan tidak
  menghubungi Siriyudthayothin sehingga tiga hari selepas kejadian (kredit kronologi : Sinar Harian)  | 
 
Menurut beberapa video yang tular di TikTok, ada yang menjelaskan bahawa rakan baiknya merangkap PA iaitu Gatick telah pun membuat pengakuan bahawa dia telah menerima sejumlah wang daripada seorang VVIP berpengaruh di Thailand untuk 'menjual' Tangmo.
![]()  | 
| rakaman yang dijelaskan bagaimana Tangmo 'terjatuh' | 
Namun Tangmo menolak permintaan tersebut dan penolakan itu menyebabkan kematian beliau. Ada juga video CCTV yang jelas tentang 'meeting' yang diadakan oleh 4 orang yang terlibat di dalam kejadian tersebut.
Malah video tentang VVIP tersebut telah tular dan menjad bualan hangat di sosial media. VVIP yang dimaksudkan tersebut adalah ACM. Satitpong Sukvimol seorang Pengarah Bukan Eksekutif Syarikat Ketua Marshal Udara yang mempunyai hungan dengan Raja Thailand,
Sukvimol menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Komunikasi Massa dari Universiti Chiang Mai. Beliau telah dilantik sebagai Grand Chamberlain dan Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Raja maha Vajiralongkorn dan Grand Chamberlain, Biro Keluarga Diraja pada 2017-2018
Jika benar tentang penglibatan beliau, tidak hairanlah kenapa pihak Polis Thailand membuat kenyataan bahawa kematian Tangmo adalah kerana kemalangan bukannya kerana konspirasi. Apa pun semoga kematian Tangmo mendapat pembelaan sewajarnya.
@bebelancikmin Hurm..speechless 🥺 #justicefortangmo #justicefortangmonida #tangmo #tangmonida #moneyisking #thailand #corruption ♬ เสียงต้นฉบับ - _F_ 
  
  
0 Comments