Hotel Review | Grand Barakah Hotel (Formerly Know as De Palma Hotel Ampang)

Untuk entri kali ni, suka aku untuk berkongsi pengalaman menginap di Grand Barakah Hotel yang dahulunya dikenali sebagai De Palma Hotel Ampang.



Hotel ini terletak di laluan strategik berhadapan dengan Ampang Point dan laluan terus lebuh raya KESAS dan MRR2. Dahulunya dikenali sebagai De Palma Hotel Ampang , namun telah diambil alih oleh pengurusan yang baru pada Oktober tahun lepas iaitu tahun 2021 dan namanya juga telah ditukar kepada Grand Barakah.




Ketika ditanya mengenai penukaran nama kepada Grand Barakah menurut General Manager Grand Barakah iaitu En. Azman Aziz, nama Grand Barakah dipilih kerana dua sebab iaitu ;


1. Barakah lebih Islamik dan mesra Muslim (Muslim friendly) terutama kepada rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Tambahan lagi Grand Barakah Hotel ini sememangnya hotel patuh syariah.


2. Di ambil sempena nama agensi pelancongan yang juga diurus oleh pemilik yang sama iaitu Barakah Travel & Tours yang menguruskan Haji dan Umrah.



Hotel Review | Grand Barakah Hotel (Formerly Know as De Palma Hotel Ampang)


Jumaat lepas aku menginap di Grand Barakah Hotel dan memilih bilik jenis Premier Deluxe yang berkeluasan 26 sqm. Buat pengetahuan, bilik-bilik di Grand Barakah Hotel ini terbahagi kepada 2 floor iaitu ;


ROOM TYPE

ROOM SIZE

BED PREFERENCES

ROOM RATE

NO BBF

BBF

PREMIER FLOOR

Premier Deluxe

26 sqm

Queen / Twin

RM230

 

RM260

Premier Junior Suite

45 sqm

King

RM330

RM360

Premier Executive Suite

65 sqm

King

RM430

RM460

DELUXE FLOOR

Deluxe

26 sqm

Queen / Twin

RM200

 

RM230

Junior Suite

45 sqm

Queen / Twin

RM270

 

RM300

Executive Suite

65 sqm

King

RM370

 

RM400



Hotel Review | Grand Barakah Hotel (Formerly Know as De Palma Hotel Ampang)
Bilik yang aku menginap iaitu Premier Deluxe

Dan di setiap bilik turut dilengkapi dengan kemudahan seperti ;

  • Air-conditioning
  • Wi-Fi Internet access
  • En-suite bathroom
  • Prayer mat
  • Telephone
  • Hot/cold Shower
  • Minibar fridge
  • LCD TV
  • Coffee/tea making facilities
  • Complimentary drinking water
  • Electronic safe


Antara fasiliti yang terdapat di hotel ini selain swimming poolnya yang luas, terdapat juga surau yang luas yang membolehkan solat Jumaat dijalankan di sini pada setiap hari Jumaat. 


Ini adalah antara keunikan Grand Barakah Hotel yang tidak terdapat pada hotel-hotel lain lazimnya.


Surau turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian Muslimin dan Muslimat (lelaki dan perempuan). Kelengkapan seperti mana kelengkapan lazim yang disediakan di surau turut disediakan di sini seperti sejadah, telekung, kitab-kitab dan Al-Quran serta selipar.




Sarapan dan Hi-Tea di Rumbia Coffee House



Bagi mereka yang menginap di Grand Barakah Hotel, sarapan pagi sudah termasuk di dalam pakej penginapan untuk 2 orang.


Sarapan pagi disediakan di Rumbia Coffee House bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga pukul 10.00 pagi dengan pelbagai hidangan buffet disediakan untuk menepati selera pelanggan.


Tidak hanya menyediakan sarapan, Rumbia Coffee House turut menyediakan Hi-Tea pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 4.00 petang dan harga pula adalah seperti berikut ;

Dewasa : RM58
Warga Emas : RM38
Kanak-kanak (umur 6-12 tahun) : RM28



Hari-Hari Hari Raya di Warisan Bonda



Bermula 1 Februari 2022 yang lepas, pihak Grand Barakah Hotel mula memperkenalkan menu hari raya seperti lemang, ketupat palas, burasak, lepat lui, rendang ayam, limpa hitam, asam pedas ikan parang dan banyak lagi.


Menu-menu menarik ini boleh di dapati setiap hari pada harga buffet hanya RM30 sahaja. Aku sudah pun menikmati pelbagai menu raya di sini dan ternyata ianya sangat berbaloi untuk dinikmati.


Bayangkan, burasak dan lepat lui yang sangat susah didapati juga ada dihidangkan di sini. Tetapi jika ditanya pendapat peribadi aku, aku paling sukakan masakan limpa hitam yang ada di sini. Memang sangat sedap!



Waktu operasi Warisan Bonda adalah seperti berikut ;

  • 10.00 pagi - 6.00 petang
  • 6.00 petang - 11.00 malam (Buffet Nasi Lemak)



Al-Azzraf Turkish And Arabic Cuisine


Selain Rumbia Coffee House dan Warisan Bonda, juga terdapat restoran Al-Azzraff yang terletak di aras 3 Grand Barakah Hotel.


Restoran ini menyediakan hidangan Turki dan Arab. Dengan dekorasi berkonsepkan Timur Tengah, restoran Al Azzraf beroperasi setiap hari bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.



Galeri Perkahwinan


Bagi mereka yang mencari dewan atau galeri untuk sebarang majlis, pihak Grand Barakah Hotel turut menyediakan sebuah galeri perkahwinan.


Antara pakej yang disediakan di sini ialah ;

✔️ Pakej Pertunangan
✔️ Pakej Pernikahan
✔️ Pakej Perkahwinan

Dan harga untuk pakej-pakej ini bermula dari RM38 hingga RM88 untuk hidangan buffet atau dome set.

Pendek kata, segalanya ada di Grand Barakah Hotel ini. Baik dari fasiliti seperti swimming pool dan surau yang membolehkan solat Jumaat diadakan di sini sehinggalah kepada restoran-restoran yang terdapat di sini.


Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh terus menghubungi pihak Grand Barakah Hotel di talian ;

Alma : 019-6543909
Eddy : 019-4932281
Luqman : 014-6276524
Rawi : 019-2656858
Office : 03-42707070

Atau anda boleh layari mereka di ;

Facebook : GrandBarakahHotel


Jangan lupa menyertai telegram group ini untuk lebih banyak hotel review https://t.me/hotelreviewbymin


@bebelancikmin Dah tau ke yg sekarang De Palma Ampang dah tukar kepada Grand Barakah Hotel? @grandbarakahhotel #staycation #grandbarakahhotel #hotel #hotelhunter ♬ Pussycat Dolls Buttons Showmusik Remix - Showmusik Sounds

Post a Comment

4 Comments

  1. menarik betul uiii...dah dekat sangat dgn rumah Sally...mmg nmpk terpampang bufet juadah Raya tuuu...dah mmg niat nak pergi...hehehe

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaa. memang dah lama teringin nak bawa family pergi kalau turun KL ni. harap2 ada rezeki

    ReplyDelete
  3. macam macam ada. yang best Warisan Bonda tu, hidangkan makanan hari raya. Kalau rindu ketupat rendang boleh la try kan? hehe

    ReplyDelete