Rayan Akhirnya Meninggal Dunia Setelah Dapat dikeluarkan Dari Perigi Sedalam 32 Meter

Berita gembira yang telah disampaikan pada pukul 4.30 pagi waktu Malaysia tentang Rayan, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang terperangkap di dalam sebuah perigi sedalam 32 meter dapat diselamatkan tidak bertahan lama. Selepas seketika, Rayan diumumkan meninggal dunia. Berita itu diterima duka oleh bukan sahaja oleh keluarga dan rakyat Maghribi malah oleh penduduk seluruh dunia yang mengikuti perkembangan Rayan sejak hari pertama.




Berita kematian Rayan itu disahkan Istana Diraja Maghribi. Menurut laporan media antarabangsa, Raja Maghribi Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.


Terdahulu, Rayan Awram telah dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah perigi sedalam 32 meter. Ayah Rayan yang dikatakan sedang membaiki perigi tersebut ketika itu berkata anaknya terjatuh 'seketika dia mengalihkan pandangan darinya'


Operasi menyelamatkan Rayan diketuai oleh Direktorat Perlindungan Awam Maghribi setelah usaha keluarga Rayan untuk menyelamatkan Rayan menemui jalan buntu. Keluarganya kemudian memohon pertolongan dari pihak yang berkuasa untuk menyelamatkan Rayan. 



Operasi menyelamat di bandar kecil utara Tamorot, sekitar 100km dari bandar Chefchaouen bermula dari petang Selasa. Rakaman pada Khamis dari kamera yang diturunkan ke dalam perigi oleh pihak penyelamat menunjukkan bahawa Rayan masih hidup dan sedar.


Keadaan menjadi sukar kerana lubang perigi tempat terjatuhnya Rayan terlalu sempit dan dalam, ditambah lagi dengan keadaan tanah yang tidak stabil dan berpasir menyukarkan lagi usaha pihak penyelamat untuk menyelamatkan Rayan.



Pujian harus diberi kepada kerajaan Magribi yang prihatin dan bersungguh menyelamatkan Rayan. Dalam operasi menyelamatkan Rayan, 5 jentolak telah digunakan, sebuah helikopter turut disediakan dan pegawai perubatan dan ambulan turut bersedia.


Namun begitu, sudah ketentuannya Rayan meninggal dunia. Salam takziah buat seluruh keluarga Rayan. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.


Lihat detik-detik Rayan berjaya dibawa keluar di video ini https://vt.tiktok.com/ZSesupe4H/

Video usaha menyelamatkan Rayan https://vt.tiktok.com/ZSesHpcgT/


Post a Comment

3 Comments

  1. Innalillahiwainnailaihiraajiuunnn.
    Sedih sangat dengar berita ini. Moga ibu dan ayahnya tabah.

    ReplyDelete
  2. terkesan dengan berita ni harini :(

    ReplyDelete