Hidangan Bakso Madura Dan Lamb Skewers Di Premiere Hotel Klang Bermula 1 Mac 2022

Ini berita baik buat semua peminat bakso dan lamb skewers kerana bermula  1 Mac 2022, Premiere Hotel Klang bakal mengetengahkan 2 menu ini sebagai signature dish mereka.




Apa yang lebih menarik, bakso yang bakal dihidangkan ini ialah Bakso Madura yang dihidangkan bersama mee kuning dan bihun, dilengkapi dengan suhun goreng, sambal kicap pedas serta taburan bawang goreng dan daun bawang yang akan membangkitkan lagi aroma Bakso Madura istimewa Premiere Hotel Klang ini.


Dijual pada harga hanya RM25 per set, Premiere's Madura Bakso ini pastinya akan menambat selera anda terutama buat peminat tegar bakso.


Secara jujur aku dah pun mencuba Premiere Madura Bakso dan rasanya sangat menambat selera makan aku dengan rasa kuahnya yang enak dan kombinasi bersama suhun goreng, bawang goreng dan daun bawang menambahkan lagi keenakan rasa bakso tersebut.


Dan pada pandangan aku, kuahnya yang dimasak sempurna itu yang menjadi kunci keenakan rasa Premiere Madura Bakso ini ditambah lagi dengan bebola daging yang lembut dan enak.


Dan bagi mereka yang gemarkan hidangan ala arab, apa kata anda mencuba Grilled Lamb Skewers Arabic Style yang bakal turut dihidangkan pada 1 Mac ini.


Kelembutan rasa daging yang dipanggang sempurna langsung tidak mengeringkan tekstur daging malah masih terasa sangat juicy.


Dihidangkan bersama salsa, yogurt mint berkrim dan Premiere Special Homemade Spice Sauce menyempurnakan lagi rasa Grilled Lamb Skewers Arabic Style.


Aku yang bukan peminat lamb turut jatuh hati dengan hidangan ini hingga tidak sedar yang aku makan adalah lamb kerana ianya dimasak sungguh sempurna.


Hidangan ini dijual pada harga RM36 per set dan sangat berbaloi untuk dibeli.


Bagi anda yang ingin dapatkan 2 signature dish yang bakal dihidangkan pada 1 Mac ini, boleh la membuat tempahan melalui ;

Tel : +603 33256828 / 03 33256800

Post a Comment

1 Comments

  1. Bakso dia nampak menarik sangat lerr... boleh cuba ni kalau ada singgah sana..

    ReplyDelete