RichWorks Komited Bantu Usahawan Bangkit Semula

Tahun 2021 kita telah diuji dengan pelbagai cabaran yang berat. Dalam keadaan yang masih berperang dengan pandemik COVID-19, ekonomi yang masih tidak menentu dan tiba-tiba dilanda banjir besar yang mengorbankan tidak sedikit nyawa serta ribuan mangsa kehilangan harta benda. Ujian ini sesungguhnya amat berat untuk kita. 


Musibah ini bukan hanya dirasai oleh mereka yang terlibat, bahkan seluruh rakyat Malaysia ikut merasa tempiasnya. Kerugian yang ditanggung melibatkan rumah kediaman, kenderaan dan perniagaan.


RichWorks Komited Bantu Usahawan Bangkit Semula


Banyak premis terpaksa ditutup. Pemilik perniagaan yang terlibat suka atau tidak perlu mencari jalan untuk bangkit kembali. Sesungguhnya ini semua ujian Allah SWT yang perlu dihadapi dengan penuh sabar.


Memahami ujian yang menimpa setiap mangsa terutama dari golongan usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang turut diuji dengan jangkitan COVID-19 bersama 31 orang ahli keluarganya yang lain yang turut mengorbankan nyawa ibu mertuanya bertekad untuk membantu golongan usahawan bangkit semula selepas ujian yang bertimpa-timpa.


Justeru itu, Datuk Wira Dr. Azizan Osman  yang kembali sembuh setelah sembuh dari bertarung nyawa telah menganjurkan banyak program-program percuma dengan harapan dapat membantu ramai orang untuk kembali bangkit. Lebih tepat lagi, sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 


Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu. Malah salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


RichWorks Komited Bantu Usahawan Bangkit Semula


Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).


Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu,

 

ujarnya.





 

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

 

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion. Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).


Melalui program bimbingan Spire RichWorks yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya. Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.


RichWorks Komited Bantu Usahawan Bangkit Semula




Begitulah komitednya RichWorks cuba membantu golongan usahawan untuk bangkit semula di tahun 2022. Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.


Untuk melihat lebih jelas perjalanan RichWorks dalam membantu usahawan bangkit semula, saya sediakan video yang mungkin dapat memberikan anda sumber inspirasi selepas menontonnya ;





Sedikit Tentang RichWorks


Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.



Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 


Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.


Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.



Kesimpulan 


Ujian yang berlaku tak patut dijadikan sebagai titik berhentinya sebuah perjuangan. Tidak kira perjuangan itu bersifat peribadi atau umum (perniagaan), kita perlu meneruskannya. 


Walaubagaimanapun, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidak hanya sekadar keluarkan modal, beli stok dan jual. Dunia usahawan ini tidak semudah itu. Jika minat berniaga carilah mentor seperti RichWorks ini. Berguru dari mereka yang berpengalaman supaya segala ujian bisnes yang datang dapat ditempuhi dengan bijak. 


Post a Comment

7 Comments

  1. Terbaik..Selamat maju jaya buat team RichWorks

    ReplyDelete
  2. Memang terbaikk arr, pandemik ramai yang terkesan, kalau takde yang membantu untuk menaikkan semangat mereka, susah juga kan.. tahnish Rickworks

    ReplyDelete
  3. Semoga dgn usaha ini dapat membantu lebih ramai usahawan untuk berani bangkit berniaga

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  5. usaha murni Richworks yang patut dicontohi..:)

    ReplyDelete
  6. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
  7. 2021 sangat mencabar. Tapi tetap dapat diharungi RIchWorks! Tahniah!

    ReplyDelete