Sebagai anak jati Pahang aku memang agak cerewet bab nak makan sambal hitam pahang. Biasanya untuk belimbing hitam tu aku mesti cari belimbing hitam yang direbus guna cara tradisi sebab rasanya lebih umphhh tambahan pula dengan rasa asap dari kayu api ketika merebus belimbing tu menaikkan lagi aroma belimbing hitam.
Tapi memandangkan belimbing buluh kat rumah ni berbuah lebat sangat sampai tak tahu nak buat apa, so akhirnya buat juga belimbing rebus atau belimbing hitam ni sendiri guna cara moden..tak guna cara tradisi.
Maklum la rumah tak de ruang pun kalau nak rebus cara tradisi yang guna dapur kayu tu tambahan pula memang renyah kalau nak masa guna cara tu.
Jadi aku ambil keputusan nak mencuba rebus belimbing buluh ni menggunakan pressure cooker. Caranya pun mudah je, pertama sekali bersihkan dulu belimbing buluh tersebut dan buangkan tangkai serta segala kekotoran. Untuk permulaan ni aku masak dulu 1 penapis besar.
Kemudian basuh bersih-bersih dan toskan air. Masukkan garam kasar (aku guna suku peket kecil garam kasar). Masukkan dalam pressure cooker dan aku set kan custom. Biarkan dia masak dalam 1 jam. Selepas 1 jam inilah hasilnya ;
Ok la kan? Jadilah untuk makan sendiri. Buat sambal hitam pahang pedas-pedas memang sedap sangat ni.
Dari penuh tapis tadi dapatlah hasil 1 bekas macam dalam gambar ni. Nanti Insyallah nak sambung masak lagi sebab ada 1 baldi penuh lagi belimbing buluh belum direbus kat rumah ni..hehe..
Apa pun selamat mencuba terutama pada anak-anak jati Pahang yang dah kehabisan stok belimbing hitam kat rumah dan dah lama tak balik kampung.
3 Comments
Lebatnya buah belimbing
ReplyDeleteWaaa agak menarik laaa, nanti nak cubalah, sebab jiran sini selalu offer belimbing ni, tapi tak tau dan malasnya nak membuatnya hahahaa.. lepas ni guna AF aje ekk
ReplyDeleteSedap tu....
ReplyDelete