Berita baik buat semua penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan kerana pada Jumaat ini, 3 Disember 2021 diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan sempena kejuaraan pasukan bola sepak Kuala Lumpur City FC menjuarai TM Piala Malaysia 2021.
Gambar Kredit : Berita Harian |
Kemenangan tersebut adalah pencapaian yang terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir kemenangan pada tahun 1989
Justeru itu adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat, 3 Disember 2021 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutian Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC.
Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Wilayah Persekutuan.
0 Comments