Resipi Sardin Roll Berkeju

Aku pasti zaman kanak-kanak anda pasti dihiasi dengan makanan kegemaran waktu zaman sekolah dan antaranya ialah sardin roll iaitu roti yang digulung, di dalamnya berintikan sardin dan kemudiannya di celup ke dalam telur sebelum di goreng.


Untuk entry kali ini suka aku kongsikan resipi mudah namun digemari ramai baik dari golongan kanak-kanak hingga ke golongan dewasa. Tapi memandangkan anak-anak zaman sekarang sukakan menu yang mengandungi keju, jadi untuk resipi sardin roll kali ini aku letakkan sedikit keju.


Resipi Sardin Roll Berkeju



Resipi Sardin Roll Berkeju


Bahan-bahannya ;

1. Roti (aku guna jenama Gardenia)
2. Sardin
3. Mozzarella cheese
4. Serbuk roti
5. Telur


Cara-caranya ;

1. Roti dicanaikan sedikit menggunakan penggelek adunan
2. Letakkan sedikit sardin yang telah dihancurkan terlebih dahulu
3. Letakkan sedikit Mozzarella cheese
4. Gulung roti tersebut
5. Celup ke dalam telur
6. Salutkan dengan serbuk roti
7. Goreng sehingga warna keemasan
8. Sedia dihidang


Resipi Sardin Roll Berkeju



Menu ini sangat sesuai dijadikan bekal buat anak-anak ke sekolah selain dijadikan menu sarapan atau minum petang.



Post a Comment

0 Comments