Kenali Apa Itu Nikotin

Nikotin  ialah sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau (daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi). Sebanyak 0.6–3.0% daripada berat kering tembakau dianggarkan terdiri daripada nikotin. Kandungan nikotin yang berjumlah surih juga ditemui dalam tumbuhan famili Solanaceae termasuk tomato, terung, ubi kentang, dan lada hijau.



 

Pada asasnya nikotin boleh menghasilkan beberapa kesan terhadap fisiologi tubuh. Nikotin akan memasuki sistem peredaran darah manusia melalui pertukaran gas di paru-paru. Nikotin di dalam peredaran darah  cuma memerlukan lebih kurang 10 saat sahaja untuk menghasilkan kesannya terhadap fisiologi tubuh manusia.


Organ paling utama yang dirangsangkan oleh nikotin adalah otak manusia. Hasil rangsangan ini meningkatkan rembesan neurotransmitter yang dikenali sebagai dopamine dan ia akan memberi kesan rasa seronok dan kepuasan. Pendedahan lama terhadap rangsangan seperti ini di otak boleh menyebabkan berlakunya ketagihan.



Dopamine yang dirembeskan ini selain daripada merangsang perasaan seronok dan kepuasan, ia juga akan menyebabkan degupan jantung seseorang itu meningkat. Selain itu , nikotin juga boleh menyebabkan salur darah manusia mengecut dimana diameter bukaan salur darah serta peningkatan degupan jantung boleh menyebabkan tekanan darah meningkat. Tekanan darah meningkat pula lama kelamaan akan merosakkan fungsi organ lain dalam tubuh seperti buah pinggang dan salur darah pada jantung itu sendiri. Oleh sebab itu pengguna nikotin terdedah kepada risiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi, serangan jantung, serangan strok dan kegagalan buah pinggang jika tekanan darah tidak dapat dikawal dengan baik. (Rujukan : What Is Dopamine)




Nikotin Menyebabkan Ketagihan


Apabila seseorang individu kerap mengambil nikotin, lama kelamaan ia akan jatuh ke dalam fasa ketagihan. Dalam fasa ini, pengguna nikotin akan merasakan kesan tarikan sekiranya tiada nikotin dalam peredaran darah. Secara farmakokinetiknya, nikotin cuma boleh berada dalam tubuh manusia dan memberikannya kesan lebih kurang 2 jam sahaja sebelum ia dikumuhkan melalui air kencing. 


Antara kesan tarikan yang akan dirasai oleh pengguna nikotin apabila tiada nikotin dalam tubuh adalah seperti gelisah, kekosongan, murung, cepat marah, gangguan tidur dan tumpuan pemikiran yang berkurangan.



Pada 16 Mei 1998, Ketua Pakar Bedah Amerika Syarikat, C. Everett Koop mengatakan ketagihan nikotin adalah hampir sama dengan ketagihan heroin dan kokaina, tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau. Simptom tarikan yang berlaku termasuk sakit kepala, keresahan dan keterengsaan (irritability). Simptom ini mencapai tahap akut dalam 48 hingga 72 jam dan akan berakhir dalam beberapa bulan atau tahun.


Walaupun kandungan nikotin dalam rokok amat sedikit, pengguna masih boleh membentuk kebergantungan fizikal terhadap nikotin. Kandungan nikotin yang diserap badan bergantung kepada beberapa faktor, contohnya jenis tembakau, sedutan asap rokok, dan penggunaan penapis/turas.


Namun begitu jika anda anda memang seorang perokok tegar, anda tidak perlu berhenti merokok kerana terdapat alternatif lain seperti menggunakan rokok elektrik yang dikatakan lebih selamat penggunaannya. (Rujukan : Everything You Need To Know About Nicotine)



Adakah Kandungan Nikotin Dalam Sayuran Boleh Menyebabkan Ketagihan?


Dalam terung terdapat sekitar 0.01 mg nikotin per kg. Dalam tomato pula ada sekitar 0.008 mg nikotin per kg. Manakala di dalam kentang terdapat sekitar 0.01 mg nikotin per kg.





 

Kandungan nikotin melebihi 5 mg boleh menyebabkan ketagihan. Mengambil kira faktor bioavailbiliti nikotin adalah 12%, dan sebatang rokok mengandungi 8-9 mg nikotin, pengambilan melebihi 4-5 batang rokok menyebabkan ketagihan.

 

Katakan sebiji tomato dan kentang beratnya adalah 200 g, maka dalam sebiji tomato terdapat 0.016-0.02 mg nikotin. Bioavailabiliti nikotin adalah 12%, maka dari pemakanan sebiji buah tomato, terdapat sekitar 0.002 mg nikotin dalam darah. Jadi adalah mustahil kandungan nikotin di dalam sayuran akan menyebabkan ketagihan mahupun mendatangkan bahaya.




Aku sendiri adalah penggemar sayuran seperti tomato dan kentang malah kadangkala mengambil sayuran ini dalam kuantiti yang besar namun tiada istilah ketagihan terhadap sayuran ini.Harus diingatkan bahawa pengambilan kandungan nikotin yang rendah iaitu di bawah 5mg tidak akan menyebabkan ketagihan. (Rujukan : 4 Sayur yang Mengandung Nikotin)

Post a Comment

14 Comments

  1. Waahh, ada dalam sayuran juga ya. Tapi tak lah merbahaya kan? Ada khasiat-khasiat dan vitamin lain yang kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul..yang dalam sayur tidak membahayakan kesihatan..hehe..

      Delete
  2. Serius la dalam sayur pun ada nikotin? 😱😱

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul..cuma ia tidak membahayakan sebab kandungannya sikit je

      Delete
  3. Dok ingat dalam rokok jer ada nikotin. Dalam sayoran pon ada .. serius baru tahu 😅. Tq sharing info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring hehe..kalo tak memang ramai tak tahu jugak

      Delete
  4. kelakar pulak bila tau sayur ada nikotin . tapi kalau yang part rokok tu memang biasa sangatlah dengar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar tapi benar sebab ini memang berdasarkan kajian sahih kak..cuma yg dlm sayur tak membahayakan kesihatan

      Delete
  5. Baru sis tahu dalam sayur pun ada nikotin tapi idak la sampai ketagihan. Sis suka tomato dan kentang tu. Bersyukur juga hubby sis tak merokok. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  6. Sebab tu la org yg merokok jd susah ya nak berhenti... Sbb dah jd ketagih

    ReplyDelete
  7. Baru ku tahu .. tq sangat sebab share . Nampak sangat diriku kurang dalam pembacaan .

    ReplyDelete
  8. Kita tiada pengalaman dalam menghisap rokok sebab tu tak tahu macam mana pengalaman dan perasaan bila nikotin tu masuk dalam badan... Bila baca sini baru tahu bahaya sangat yer huhuhu tapi itu yg lagi suka orang buatkan...

    ReplyDelete