Terletak di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kompleks Kerajaan, Kuala Lumpur, Arte Mont Kiara antara tempat penginapan yang hangat diperkatakan kini kerana dekorasinya yang cantik.
Arte Mont Kiara agak viral kebelakangan ini terutama bagi mereka yang suka memenuhi laman sosial dengan gambar-gambar yang menarik. Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, Arte Mont Kiara telah dibangunkan melalui kerjasama bersama antara firma
arkitek yang berpangkalan di Singapura Spark Architects dan pemaju hartanah
Malaysia Arte Corp. Buat pengetahuan, reka bentuk
seni bina Arte Mont Kiara ini diilhamkan oleh bentuk Cap Jari Manusia.
Hotel Review | Arte Mont Kiara
Bagi mereka yang kali pertama ingin menginap di Arte Mont Kiara , anda perlu tahu tentang pilihan tempat penginapan anda kerana di Arte Mont Kiara (buat masa ini) terdapat 4 jenis penginapan yang dimiliki oleh 4 syarikat yang berbeza iaitu ;
- Arte by Thomas Chan
- AMI Suites
- Zetter Suite
- KL Staycation
Harga juga sudah pastilah berbeza! Namun begitu mereka berkongsi fasiliti yang sama. Baik gym, swimming pool, ruangan parkir dan segala fasiliti yang ada di Arte Mont Kiara semuanya dikongsi bersama tak kira anda menginap di penginapan yang mana satu.
Arte Mont Kiara meliputi kawasan tanah seluas 3.3 ekar terdiri daripada 3 menara
berbeza, menampilkan iaitu ;
- Menara 1 mempunyai 35 tingkat,
- Menara 2 mempunyai 52
tingkat dan
- Menara 3 mempunyai 36 tingkat.
Terdapat sejumlah 1,706 unit
tersedia di bangunan mewah ini, menyediakan 18 unit setiap tingkat dan
termasuk 4 hingga 5 lif setiap bangunan. Jenis unit dibahagikan kepada dua
kategori: simpleks dan dupleks, dengan saiz unit antara 422 kaki persegi hingga
1,142 kaki persegi.
Seperti aku tempohari, aku menginap di KL Staycation Suites. Memandangkan aku hanya berdua bersama suami, jadi aku tidak memerlukan suite yang besar. Memadai suite yang selesa buat kami.
Suite yang kami pilih dilengkapi dengan segala keperluan sepeti TV, peti sejuk, peralatan memasak, dapur, pinggan mangkuk, malah WiFi turut disediakan .
Jika anda tidak mahu memasak, jangan bimbang! Di bahagian bawah bangunan ini terdapat sebuah kedai serbaneka yang menjual segala keperluan anda termasuk roti dan sandwich. Tapi macam aku tempohari, aku lebih memilih untuk order makanan melalui Grab Food dan Food Panda je.
Untuk ruangan parkir pula, semestinya ruangan parkir disediakan dan sudah semestinya percuma buat penginap. Namun oleh kerana banguanan Arte Mont Kiara ini agak baru dan masih ada bahagian di dalam pembinaan, ruangan parkirnya agak gelap dan suram jadi dinasihatkan agar berhati-hati atau lebih selamat jika berdua andai kata anda ingin ke ruangan parkir.
Itulah sedikit sebanyak yang boleh aku kongsikan buat semua. Dari segi dekorasi Arte Mont Kiara ini sememangnya tiada tandingan. Setiap tempat sangat instragrammable dan wajib untuk anda abadikan gambar kenangan di sini.
Insyallah dilain kali aku akan kembali lagi ke sini dan mencuba suite-suite yang lain pula. Semoga perkongsian aku ini bermanfaat buat mereka yang mencari tempat penginapan di sekitar Kuala Lumpur.
0 Comments