Cystone Dari Himalaya Bantu Sihatkan Buah Pinggang Anda

Pernahkah anda dengar tentang penyakit batu karang? Penyakit batu karang merupakan sesuatu yang lazim dalam kalangan rakyat Malaysia. Bayangkan, setiap tahun, 1 daripada 1000 orang dewasa di Amerika Syarikat akan dimasukkan ke hospital disebabkan masalah batu karang.


Cystone Dari Himalaya Bantu Sihatkan Buah Pinggang Anda


Di benua Asia pula, batu karang selalunya berlaku dengan kekerapan sebanyak 10% hingga 20%. Untuk mendiagnosis penyakit batu karang, pesakit mungkin perlu melakukan ujian air kencing dan juga ujian pengimbasan. Batu karang merupakan penyakit yang lazim berlaku di kalangan orang dewasa yang berada pada pertengahan umur.


Aku juga tidak terkecuali dari pernah terkena penyakit ini ketika berusia belasan tahun. Namun setelah mendapatkan rawatan, Alhamdulillah kini sudah sembuh sepenuhnya.

 

 

Apa itu batu karang?


Batu karang merupakan deposit keras yang terbentuk akibat pengumpulan mineral dan garam di dalam kawasan buah pinggang. Ada banyak punca yang menyebabkan pembentukan batu karang. Antaranya ialah ;


  • Diet
  • Berat badan berlebihan
  • Masalah kesihatan tertentu
  • Pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan

 

Secara purata, 1 daripada 10 orang akan mengalami masalah batu karang. Selain itu, batu karang boleh terbentuk di sebelah buah pinggang atau kedua-duanya.Individu yang mengalami masalah batu karang selalunya akan diserang rasa sakit yang amat sangat. Jika tidak dirawat dalam jangka masa panjang, penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan dan merosakkan buah pinggang.

 

Penyakit batu karang juga boleh berlaku kepada kanak-kanak pada usia seawal 5 tahun. Antara punca keadaan ini ialah tabiat pemakanan yang tidak sihat.Contohnya, ibu bapa zaman ini selalu memberikan anak mereka mengambil makanan yang bergaram seperti kentang goreng dan snek kerepek kentang.

 

Namun, bukan makanan bergaram sahaja yang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami batu karang, makanan bergula pun sama! Oleh sebab itu, pantau kesihatan anak-anak anda. Elakkan memberi mereka makanan yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi.

 


Jenis-jenis Batu Karang

 

Batu karang akan terbentuk apabila urin menjadi pekat. Ini akan menyebabkan mineral melekat bersama lalu membentuk hablur. Terdapat beberapa jenis batu karang yang perlu anda ketahui, iaitu ;

 

1. Batu karang kalsium

 

Kebanyakan batu karang merupakan dari jenis batu kalsium dan selalunya dalam bentuk kalsium oksalat. Untuk pengetahuan anda, oksalat ialah bahan yang boleh dijumpai secara semula jadi di dalam makanan seperti kekacang dan juga coklat.

 

2. Batu struvite

 

Batu struvite terbentuk akibat jangkitan pada kawasan saluran kencing. Batu jenis ini boleh membesar dengan cepat tanpa sebarang simptom.

 

3. Batu urik asid

 

Batu jenis ini terbentuk dalam kalangan individu yang kehilangan terlalu banyak air disebabkan cirit birit yang kronik ataupun mempunyai masalah penyerapan, terutamanya yang mengamalkan diet tinggi protein atau mempunyai penyakit diabetes.

 

4. Batu cysteine

 

Batu ini terbentuk dalam kalangan individu yang mempunyai penyakit keturunan yang dikenali sebagai cystinuria. Penyakit ini menyebabkan individu tersebut mengkumuhkan terlalu banyak asid amino keluar daripada buah pinggang.


Cystone Dari Himalaya Bantu Sihatkan Buah Pinggang Anda
Sumber : helloDoktor


 

Apakah Simptom Penyakit Batu Karang?


Jika batu karang yang berada di dalam saluran air kencing bersaiz kecil, pesakit mungkin tidak akan alami sebarang simptom. Malah, mereka juga mungkin tidak tahu bahawa dirinya pernah alami batu karang.

 

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai batu karang yang bersaiz besar, anda mungkin akan alami simptom seperti berikut:

 

1. Sakit pada bahagian bawah abdomen.


Penyakit batu karang akan mendatangkan kesakitan apabila ia menyebabkan iritasi atau tersumbat pada saluran air kencing. Apabila batu karang tersangkut, pengaliran air kencing akan tersekat dan ini akan menyebabkan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian abdomen.

 

Kesakitan yang disebabkan oleh batu karang boleh berubah-ubah mengikut lokasi. Sebagai contoh, pesakit mungkin akan rasa semakin sakit apabila batu tersebut bergerak melalui saluran air kencing.

 

2. Pedih ketika membuang air kecil.


Rasa pedih ketika kencing merupakan salah satu tanda penyakit batu karang. Walau bagaimanapun, ia selalu disalah anggap sebagai jangkitan saluran kencing atau UTI. Ini apa yang aku alami suatu ketika dahulu. Rasa sangat pedih ketika membuang air kecil juga rasa tidak puas membuang air kecil. Keadaan ini sangat menyiksakan.

 

3. Terpaksa membuang air kecil dengan kerap.


Pesakit yang mengalami batu karang akan kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Selain itu, mereka juga sering rasa ingin terkencing secara tiba-tiba atau alami masalah kecing tidak lawas.

 

4. Darah di dalam air kencing.


Air kencing yang berwarna merah jambu, merah gelap atau coklat merupakan tanda pendarahan. Selain itu, pesakit juga mungkin akan alami simptom lain seperti air kencing yang keruh dan berbau busuk.



Cystone Dari Himalaya Bantu Sihatkan Buah Pinggang Anda


Cystone adalah tablet daripada herba terpilih yang digunakan untuk mengatasi masalah jangkitan kuman di saluran kencing. Antara kelebihan Cystone adalah membantu merawat dan mencegah penyakit-penyakit seperti ;


  • Kencing kotor
  • Kencing berdarah
  • Batu karang
  • Membersihkan buah pinggang
  • Gout

Cystone Dari Himalaya Bantu Sihatkan Buah Pinggang Anda



Apa yang terkandung di dalam Cystone ialah ;

Saxifragra Ligulata

Saxifraga ialah genus terbesar dalam keluarga Saxifragaceae, mengandungi kira-kira 440 spesies tumbuhan saka holartik, dikenali sebagai saxifrages atau rockfoils. Perkataan Latin saxifraga bermaksud secara literal "pemecah batu", dari bahasa Latin saxum ("batu" atau "batu") + frangere ("untuk memecahkan"). Ia biasanya dianggap menunjukkan kegunaan perubatan untuk rawatan batu kencing (dikenali sebagai batu ginjal atau pundi kencing), dan bukannya memecahkan batu.

 

Didymocarpus Pedicellata

Didymocarpus ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Gesneriaceae dan tipikal puak Didymocarpeae. Terdapat kira-kira 100 spesies yang diketahui diedarkan di India, Nepal, Bhutan, Myanmar, selatan China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand dan Semenanjung Tanah Melayu, dengan satu spesies menjangkau hingga utara Sumatera. Sesetengah ahli genus terkenal dengan khasiat perubatannya, terutamanya untuk menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang.

 

Rubia cordifolia

Rubia cordifolia, sering dikenali sebagai common madder atau Indian madder, ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga kopi, Rubiaceae. Ia telah ditanam untuk pigmen merah yang diperoleh daripada akar.

 

Nama biasa tumbuhan ini termasuk manjistha dalam bahasa Sanskrit, Marathi, Kannada dan Bengali, majith dalam bahasa Hindi dan Gujarati, བཙོད་ dalam bahasa Tibet, tamaralli dalam Telugu, manditti dalam bahasa Tamil.

 

Tribulus terrestris

Tribulus terrestris ialah tumbuhan tahunan dalam keluarga caltrop (Zygophyllaceae) yang tersebar luas di seluruh dunia.  Ia disesuaikan untuk tumbuh di lokasi iklim kering di mana beberapa tumbuhan lain boleh hidup. Ia berasal dari kawasan sederhana panas dan tropika di selatan Eurasia dan Afrika. Ia telah diperkenalkan secara tidak sengaja ke Amerika Utara dan Australia. Spesies invasif yang agresif dan tahan lasak, T. terrestris dikenali secara meluas sebagai rumpai berbahaya kerana buahnya yang kecil berkayu – bur – mempunyai duri panjang yang tajam dan kuat yang mudah menembusi permukaan, seperti berkaki ayam atau kasut nipis pekerja tanaman dan lain-lain. pejalan kaki, getah tayar basikal, dan mulut serta kulit haiwan meragut.

 


Bagaimana Cystone dapat membantu? Cystone membantu menguraikan keluar batu-batu kecil dari buah pinggang bagi mereka yang menghidap penyakit batu karang. 


Manakala bagi mereka yang tidak menghadapi masalah penyakit batu karang pula, Cystone membantu buah pinggang dan saluran kencing berfungsi dengan normal dan sihat secara keseluruhan.



Dos Yang Dicadangkan


Berikut adalah dos pengambilan Cystone yang dicadangkan ;-

1. Bagi mereka yang menghidapi penyakit batu karang, ambil 3 biji 2 kali sehari selepas makan sehingga batu karang dapat dikeluarkan

2. Untuk mereka yang ingin menghalang pembentukan batu karang , ambil 1 biji 2 kali sehari selama minima 6 bulan

3. Bagi mereka yang mengalami masalah Gout atau kencing kotor, ambil 2-3 biji 2 kali sehari sehingga sembuh.


Cystone Dari Himalaya Bantu Sihatkan Buah Pinggang Anda




Jika anda berminat untuk mengetahui lanjut mengenai Cystone dari Himalaya ini, anda boleh layari  laman web mereka di https://www.himalayawellness.com/








Post a Comment

6 Comments

  1. bagus la himalaya ni keluarkan produk macam ni dan yes memang trusted brand dari dulu. siapa yang ada masalah batu karang memang kena rawat..boleh la try cystone ni

    ReplyDelete
  2. I'm Himalaya fan for some of its hair care & health supplements, yet to try this & thanks for sharing your personal review of this. Will check out for sure :)
    Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. I am Himalaya brand fans, taking constantly their multivitamin and also soap products. It is a trusted brand with superior quality.

    ReplyDelete
  4. antara produk yg bagus utk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran.. dan jenama ini sendiri mmg dipercayai

    ReplyDelete
  5. Wahhh terbaik ni. Boleh rekemen pada kawan kawan yang ada batu karang

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah sekarang ni tak ada lagi sakit kronik dan minta jauh dari semua tu... Himalaya ni memang jenama yang dah terkenal dan popularkan...

    ReplyDelete