TopzMall sebuat platform e-dagang yang membantu memasarkan produk-produk jualan kini tampil membantu memasarkan produk tempatan setelah yakin dengan model perniagaannya kerana telah mencapai RM16 juta pada tahun pertama operasinya.
Berkesempatan menghadiri sendiri majlis pelancaran TopzMall baru-baru ini, aku agak kagum dengan dengan kehandalan platform ini walau baru sahaja bertapak. Model perniagaannya memberi fokus kepada produk tempatan sekaligus mampu memartabatkan barangan keluaran Malaysia dipersada dunia.
Hebatnya lagi, pelanggan TopzMall bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga Filipina, Vietnam dan China. MDEC dan SIDEC saran SME Malaysia untuk menyertai dan menikmati penyenaraian percuma produk TopzMall. Pada masa yang sama, platform ini juga menyediakan kandungan menarik untuk mempromosikan produk peniaga dan mewujudkan ekologi e-dagang yang baik.
Menurut Ketua Pegawai Operasi TopzMall, Encik Calvert Choo,terdapat pelbagai produk Malaysia yang berkualiti dan TopzMall merupakan platform e-dagang terbaik untuk memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Tahun lalu kami hanya mencuba pasaran, melihat kepada jumlah jualan dalam tempoh setahun iaitu 16 juta, kami yakin model perniagaan dengan bergabung bersama rakan strategi telah berjaya. Selepas ini, kami akan bergabung dengan lebih ramai rakan strategi. Sebagai contoh aplikasi Yippi, penggunakan aplikasi berkenaan boleh mengakses TopzMall secara terus tanpa perlu mendaftar, sebalik mereka terus boleh membeli-belah. Kami juga merancang untuk mewujudkan halal kategori dalam TopzMall. Masyarakat Muslim bukan sahaja ada di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.Oleh itu, kami mahu membawa produk halal jenama tempatan masuk ke pasaran antarabangsa
jelas Encik Calvert Choo.
Jelas Encik Calvert Choo lagi, pihaknya yakin produk halal tempatan akan mendapat sambutan di TopzMall kerana kreadibiliti sijil halal Malaysia yang cukup diyakini di peringkat antarabangsa.
Sijil halal Malaysia mempunyai kreadibiliti yang kukuh berbanding sijil halal antarabangsa lain. Bukan mudah untuk mendapatkannya dan perlu melalui pelbagai prosedur yang cukup teliti. Jadi, kami berharap selepas ini peniaga produk halal tempatan boleh menyertai kami di TopzMall dan menjual produk mereka ke seluruh dunia.Buat masa ini kekuatan kami adalah di China kerana majoriti pelanggan datangnya dari sana. Pasaran halal di China juga cukup besar, kami berharap pemilik produk halal tempatan tidak akan melepaskan peluang yang ditawarkan apabila kategori halal diperkenalkan dalam TopzMall
Bagi mereka yang mempunyai produk dengan pensijilan halal, kelebihan bagi produk anda kerana permintaan untuk produk yang mempunyai sijil halal JAKIM sangat mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi.
5 Kelebihan Menyertai TopzMall
1) Menjangkaui pelanggan di seluruh dunia - Tidak menghadkan perniagaan hanya di pasaran tempatan malah meliputi dan mampu menarik pelanggan di seluruh dunia
2) Trend Program Mini - Trend baharu e-dagang di asia tenggara, pengguna boleh mengakses TopzMall dengan mudah daripada mana-mana aplikasi seperti Yippi
3) Kempen Jualan Kreatif - TopzMall akan mengadakan pelbagai kempen seperti Double Digit Sales Campaign. Peniaga juga boleh mempromosikan produk secara kreatif melalui TopzMall Group Buy, Flash Sale dan lain-lain kempen jualan kreatif.
4) Khidmat pemasaran dengan KOL - Promosikan produk dengan menggunakan khidmat KOL untuk memperkenalkan jenama dan memberi keyakinan kepada pelanggan
5) Kursus panduan jualan secara intensif (one-to-one) - Tak pandai berniaga dalam e-dagang? Jangan risau, TopzMall menyediakan panduan jualan secara one-to-one kepada setiap peniaga yang menyertai.
Itu adalah antara kelebihan menyertai TopzMall. Bukan hanya meniaga semata-mata, malah setiap peserta akan diberi bimbingan agar perniagaan menerusi TopzMall ini pasti berjaya.
Cara Download Aplikasi TopzMall
Dalam majlis yang sama, TopzMall turut melantik penyanyi Jeryl Lee Pei Ling sebagai duta kempen ‘TopzMall 2022 CNY Goods.
Untuk maklumat lanjut mengenai TopzMall, anda boleh layari ;
Laman web Rasmi:topzmall.com/
Facebook: facebook.com/topzmallofficial
Instagram: Topzmall
Youtube Channel: TopzMall Official
1 Comments
tak pernah dgr lagi pasal Topzmall, tapi 16 juta kurang drpd setahun mmg wow!
ReplyDelete