Senarai Penuh 13 Peserta Gegar Vaganza 8

Berita baik kepada semua peminat Gegar Vaganza kerana Gegar Vaganza musim ke-8 akan kembali beraksi pada 21 November 2021 ini.


Menggunakan tagline Bintang Kembali Menyengat, pentas berprestij Gegar Vaganza 8 (GV8) akan menjadi medan penentu bagi 13 peserta yang merangkumi 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Senarai Penuh 13 Peserta Gegar Vaganza 8
Gambar kredit : Gempak.com


Berikut adalah 13 peserta yang menyertai pentas Gegar Vaganza pada musim ini ;


  • Aweera
  • Azan Scan
  • Datuk Fazley Yaakob
  • Shidee
  • Bandi Amuk
  • Aliff Aziz
  • Adibah Noor
  • Ani Mayuni
  • Suki
  • Nikki
  • Upiak Isil
  • Saiful Apek & Yassin
  • Nico

GV8 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri professional. 

Penaja utama bagi program GV8 ini adalah ;

  • Farm Fresh
  • Adabi
  • CUCKOO
  • Digi (sebagai Telco rasmi)

Datuk Ramli MS masih dikekalkan sebagai juri tetap musim baru ini ditemani dengan kehadiran Hetty Koes Endang dan Datuk Syafnaz Selamat.

Juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

Konsert GV8 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam bermula 21 November ini.

Siapakah juara pilihan anda? 

Post a Comment

6 Comments