Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Howard Gardner

Howard Gardner dilahirkan pada tahun 1943 dan merupakan seorang ahli psikologi perkembangan yang banyak menulis buku tentang psikologi perkembangan. Karyanya banyak memberi fokus kepada perkembangan kretiviti kanak-kanak dan orang dewasa.


Minatnya dalam kreativiti bermula pada tahun 1970 semasa beliau membuat kajian tentang hubungan seni dengan perkembangan manusia. Bukunya yang bertajuk Artful Scribbles, mengkaji tentang kreativiti. Beliau mendapati kreativiti kanak-kanak menurun apabila mereka mencapai kematangan. Gardner membuat kesimpulan bahawa pada akhir zaman kanak-kanak, mereka lebih bergantung kepada kemahiran bahasa yang baru dikuasai. Mereka tidak perlu lagi berkomunikasi dengan bahasa bukan lisan seperti lukisan.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Howard Gardner


Sumbangan terbesar Gardner ialah Teori Pelbagai Kecerdasan. Beliau telah memperkenalkan teori pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) yang pada masa ini dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah. Gardner mendefinisikan kecerdasan (intelligence) sebagai the capacity to solve problems or to fashion products that are valued in one or more cultural setting. Gardner telah membahagikan kecerdasan kepada tujuh aspek, iaitu ;


  • Bahasa - kebolehan menulis, melahirkan idea dengan bahasa yang retorik, pantun, sajan dan bercerita.
  • Logik-matematik - kebolehan menaakul, mengira dan membuat analisis.
  • Ruang (spatial) - kebolehan mencorak, melukis dan mengukir.
  • Muzik - kebolehan mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik dan bermain alat-alat muzik.
  • Kinestetik - kebolehan dalam membuat gerakan, menari, berlakon, sukan dan permainan.
  • Interpersonal - kebolehan berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dan bekerjasama dalam kumpulan.
  • Intrapersonal - kebolehan memahami perasaan diri sendiri dan motivasi diri

Sertai link berikut untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu pendidikan awal kanak-kanak https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl


Post a Comment

1 Comments

  1. nice sharing...anak2 belajar smuanya bermula dari pendidikan awl mcm ni

    ReplyDelete